Wednesday, July 26, 2006

To my dearest dear...

To My Wonderful Wife, Rozlin...

How do I begin to tell you how lucky I am
to have you in my life?
I'll start by saying what a gift you gave me
the day you became my wife.
You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.
I never thought I could feel this loved
until you became my wife.
You made this year and every year
the best one of my life.
HAPPY BIRTHDAY...

Love always,
AzD

Monday, July 24, 2006

Esok is My Day

Assalamualaikum everybody....

Sudah lama tak update blog. Ada org kata susah nak baca tulisan kat blog ni sebab dah tukar skin baru. Hehehehhe...kesian kak sam. Nanti2 kitorg tukaq to skin lama ok? These past few days agak busy menjadi a good host to Sam's family who is currently staying with us sementara nak kelik balik mesia for good next monday. At the same time jadi godmother to Danish (yg suka menangis...manja tuu) ngan Firas (pak lawak merangkap gangster mukim wollongong..hahaha). Last week they went to gold coast. Syoknyer budak2 ngan mak bapak budak. Hari ni lak gi Melbourne. To Sam n Nosy, beronggeng habis-habisan sebelum balik mesia eh???





Hari ni nak tulis pendek je. A bit anxious for tomorrow's BIG day. Not that I'm anxious pasal nak bertambah setahun lagi umur (Alhamdulillah, still breathing di bumi Allah ni), but actually tomorrow nak start gi school dah ni...jadi budok skoloh.
Mama tanya beg sekolah ngan barang2 nak gi school dah siap ke?? pen cukup? uniform sekolah ada? nak bawak bekal apa gi school?? perrghhh...perli yerrr????? hehehehehe
Hmmm.....hopefully my supervisor ni baik, ok, gentleman, sporting, kelakar, bla bla bla dan yg sewaktu dgnnya. Pastu tak yah datang lab hari2. Buat experiment kat umah je. Pastu boleh la luangkan masa jumpa senduk ngan kuali lagi. Hahahahahaha....

Ok lah everybody. Ada date ngan Dr McDreamy kat Seattle Grace Hospital. Doa2 la semoga everything goes smoothly. Bersemangat dan bertahanlah Elyn!!!!! iyah iyah iyah
Eh, lupa lak. Esok is MY birthday!!! (highlight tu!!)hahahahahahaha.... rasa2 Encik Wan Azdie nak bagi apa ek????
~elyn~

Monday, July 17, 2006

Salam Selamat Malam

Salaam...

Last week genaplah setahun aku dan elyn bermukim di bumi Australia ini, dan selama itu jugalah rindu-janji-remuk-redam kami kepada bumi Malaysia tercinta terpaksa ditahan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar setakat ini, dan pada hari bersejarah ini, elyn telah pun menamatkan era surirumahtangganya dengan mendaftarkan diri kembali sebagai seorang pelajar di University of Sydney. Aku tumpang berbangga, dan aku doakan elyn akan mencipta satu lagi kejayaan sepertimana kejayaan2 yang diciptanya pada masa lalu. Elyn, ingat tak masa kita student dulu la masa paling best kan? ye la, dok mabuk cinta. Semoga cinta kita terus mengeluarkan putik-putik bunga yang kemudiannya mekar mengharumkan lagi bahtera rumahtangga yang sedang kita harungi ini. Bukan apa, orang kata kalau dua2 buat PhD sama2, maka disebabkan kepala masing2 pening dan penuh dengan masalah research, silap2 dapur tak berasap, mesin basuh tak berpusing... hahaha... tapi diorang tak tahu kita macamana kan elyn? Whatever it is, congratulation on your enrolment! I will always be there for you and support you no matter what. One advice, jgn tension2, jgn asik nak marah2 orang, and take it easy.. it's just your PhD, not your whole life!

Stop!!, banyak lak membebel. Before I put my keyboard off, just wanna share with you guys a tazkirah for this time...

Suatu hari, duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama minum Starbuck.. tempat2 cam tuh ah. Eh, ko camner lak?"Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau, masjid... ".

Just muhasabah ourselves back, how much do we spent our money in the way of Allah but we already feel like it was too much and costs us a lot, and how much do we spent buying things that sometimes are not really necessary for us but we feel that it was still not enough...

Wassalam
~AzD~

Wednesday, July 12, 2006

Mimpiku, mimpi ku jua....

Mcm bagus je bunyi tajuk blog hari ni... hehehe...ok la. This time nak citer pasal mimpi la pulak. Dah selalu sgt dok citer pasal makan pastu siap dok tepek2 gambar food. Once in a while kene ada variety, nanti bosan pulak. Lagi satu reason sebab kesian kat cik itot, asyik2 dok mengalami episodes of drooling of saliva...kesian kesian.
So why do we dream? What is the function of dream? Dulu masa posting PSY, pernah came across pasal Sigmund Freud yg ckp dreams as an interaction between the unconscious and the conscious. And banyak la study pasal association between REM sleep ngan dreaming.
Anyway, tak nak bg lecture but instead nak bukak citer pasal mimpi mlm tadi. Awat tak tau selalu dok mimpi2 skrg ni. Nak kata tak bc doa before going to sleep, dah berbuih2 dah baca. Dah la sejuk. Tak leh la pasang heater 24hrs. Kang over lak bil letrik (kedekut betul!!).
Bila dah tido tu mula lah mimpi ntah apa2.
Mcm malam tadi...jeng jeng jeng. Tiba2 ada kat satu tempat...mcm kat hotel. Tapi mcm kat The Mall pun ada (opposite hotel pan pac tu) . Jalan sorang2...was looking for an elevator. Pastu tetiba je kene kejar ngan 2 org mamat ni (tak nampak muka). Tengah dok lari2 tu, masuk la dlm satu building. Berlari naik tangga tp tak jumpa the way out. Punya la byk pintu tp satu pun tak blh bukak (hmmm...mcm dlm Alice in Wonderland je). Last2 dpt jugak bukak satu pintu ni, bila bukak je tiba2 ada escalator. So turun la escalator tu. By this time dah tak de adegan kejar2 dah. Keluar je dari building tu nak kene lintas jalan. Pastu aaaihh... jumpa pulak pelakon CSI New York..yg police tu. Apsal mamat ni ada dlm mimpi ni??? Nak kata hensem, tak hensem pun. Tak pe lah, abaikan dia.
And then bila lintas je jalan, tukar scenario pulak. Ada kat sekolah lama. Masa ni ramai la budak2. Ntah depa buat apa, tp bising kemain!!! Rupanya2 ada mcm group discussion (cewah.. mimpi yg berakademik). Pastu ada satu minah ni dia kata aku punya turn lak nak kene test. Test amende lak ni?? Aku tgk kat tgn ada satu notebook kecik. Mcm2 ada tulis dlm tu. At the same time i was trying to menghafal about satu product ni. Kopi kot tak salah aku. Nak kene hafal nama company dia, bila product tu keluar market, ingredients apa semua etc etc. Rasanya kopi tu nama "HitBit". Hahahahaha......klakar giler nama kopi --> Kopi cap HitBit. hehehe...
After a while tetiba je rasa berdebar2 sebab nak kene test dah ni!! Apsal ntah lepas abis je hafal pasal kopi HitBit tu aku dok menghafal something in Chinese pulak (going international ni). Dalam dok menghafal tu, tetiba ada org tepon kata test start pukul 11.58am. Pelik betul time dia. Ingatkan Abah je suka guna odd time mcm tu (Dulu2 masa student, kalu nak suruh abah amik: "abah, nak amik elyn pukul berapa??" So dia mesti jawab, "ok ok, nanti abah amik pukul 2.47pm"....tak pun 4.51pm..ikut suka dia je...hehehehe). Ok back to my mimpi.. Aku pun jalan la (ntah mana2 ntah dok jalan2) pastu masuk dlm satu toilet ni sambil pegang notebook kecik tu. Dah keronyok2 dah pun buku tu. Pastu ada hantu pulak keluar kat toilet tu..maaaak!!! Apsal tak terjaga lagi ni!!!! Hantu tu hantu pompuan. Cantik la jugak muka dia tp tak kenal. Ingatkan hantu ni typical hantu but it turned out to be hantu cantik yg baik. Dia kata, "Hah cepat..meh sini nak test...cakap dlm bahasa Arab". Alaa...dia suruh ckp arab la pulak. Tadi dah la kene menghafal cakap cina. Aku kata la apsal nak kene ckp arab pulak, dah la org tak reti, pastu penat je hafal ckp cina in the first place. Hantu tu mcm terkejut (nasib baik dia tak bertukar jd ganas..hehehe). Pastu dia mintak notebook kecik tu. Dia tanya apa benda aku dok tulis dlm buku tu??? Mcm tulisan cacing je.. Aku ckp ntah le. Pastu hantu tu gelak. Tapi tak de la takut pun masa dia gelak. Sebab dia gelak mcm sopan santun je. hahahahha... Last2 tu terjaga jugak sebab nak kene goreng karipap utk wan azdie bwk gi school. Hmmm...mcm mak2 la pulak rasa.
So, tu je la yg teringat pasal mimpi mlm tadi. Ada lagi before that mimpi ntah apa2 but tak leh nak recall. Mimpi yg ni pun boleh teringat sebab pasal kopi HitBit tu la...hehehehehhehe...
sekiaaannnn......

~elyn~

Sunday, July 09, 2006

Aktiviti hujung minggu di musim sejuk

Salaam to all...

"Kerna Terpaksa, aku tulis blog ini... " (ikut mcm Francesca Peter)

Baiklah, kali ini aku akan menulis seratus peratus bahasa melayu ( orang tu suka guna bahasa rojak). Hari ini hari Ahad, semalam adalah malam paling sejuk di Sydney utk musim sejuk kali ini. Ada tempat seperti di Liverpool turun sehingga kosong degree celcius. Sejuk-sejuk cenggini asik nak makan ajer... hahaha!! Tapi awas, aku dah banyak lemak!

Walaupun sejuk, aku terjaga awal jugak sebab dok teringat nak kena submit written proposal minggu ni. HY (supervisor aku) baru balik holiday 2 minggu pi Fiji. Dia nak tengok apa aku dah buat, hmm... ada apa2 kemajuan dlm 2 minggu ni? err... buntu!

Menu Hari Ini

Pastu dekat pukul doblas, perut dah rasa lapaq. "Nak makan apa kita hari ni?" aku berkata. "Udang ader, ayam ader..." jawab elyn seperti biasa, tanpa memberi jawapan tepat. "Dah bawak keluaq udang ka?" aku kata. "I don't feel like eating rice today," kataku, sebab semalam dah makan gulai ikan mackerel masa Dr F mai rumah. "abg buat pasta mcm dulu tu lah, ok?" maka makanlah kami spageti ngan udang for lunch...opps, utk makan tengahari. Habislah stok udang dalam peti ais tu.

Dok sat dah nak gelap. Winter ni tak syoknya siang tu agak pendek. Pukul 5 dah masuk maghrib. Maka otomatiklah masuk waktu makan malam. Selesai solat maghrib, aku singkap kain pelekat ala2 mamak, tapi tak tahan dolat sebab sejuk, aku turunkan balik kain aku. Kalau tengok lawak jugak sbb pakai kain pelekat sekerat, pastu pakai stokin belang2. Aku dan elyn masuk dapoq. Malam ni nak makan beefsteak. Elyn ni memang suka makan beef. Daging dah diperap dgn bahan2 terpilih sejak tengah hari tadi lagi. Bila oven dah panas aku pun letak daging atas rak pembakar dan masukkan dalam oven. Orang kata pompuan takleh pegang daging lama2, nanti daging jadi keras, betui ka? Maka elyn punya tugas ialah sediakan salad dan kentang lenyek. Aku bakar daging dan masak sos cendawan. Beberapa ketika kemudian makan malam yang seimbang seperti di dalam gambar di bawah pun tersedia...

CHO dari potato
Protein dari daging lembu dan susu
Lemak dari daging dan minyak zaitun dan buah zaitun
Vitamin dan mineral dari daging, salad, cendawan dan buah

Eh, esok pagi final, ops, perlawanan akhir bolasepak piala dunia la. Boleh la stay up buat keje malam ni (konon2 kalau tak tido nak tengok la). Sapa menang???



Chiaw...
~AzDiE~

Friday, July 07, 2006

something with a hole in the middle




Did nothing much today. Went out to Westfield Miranda. Was tempted to go there after kak sam buat promo free about how big the westfield is. Got there around 2.30pm. Yuuup, it was big alrite. Syok betul. Rasa mcm jln2 kat KLCC or 1Utama. But of course kat KL lagi power. hehehehhe... Jalan2 lagi. Then my eyes caught Krispy Kreme!!! yay yay!!! After some time craving for the doughnuts. I think the last time we had krispy kreme was masa tunggu nak amik kak sam kat airpot dulu. How long was that???
Anyhow...now I know the nearest spot to get krispy kreme. he he he. There are a few other places but susah nak pergi...in the heart of sydney (first time mkn krispy kreme, with azlil ngan kausa, but couldnt recall the exact location), kat dlm airport and next to Formula1 hotel dekat2 ngan airport jugak. And now adding to my list is westfield miranda. Bestnyer bestnyer... Bought a dozen of doughnuts... assorted + glazed. As u can see in the pic, tinggal dah tak sedozen dah. Sebab some of it dah selamat didigestkan by our gastric juice. hahahahaha!!! Tak boleh tahan. Now let see if I can remember the names.....glazed cinnamon, cinnamon apple filled, glazed blueberry, glazed choc cake, caramel kreme crunch, dulche de leche, glazed rasberry filled, glazed lemon filled, powdered blueberry filled...and i can go on and on and on and on.......
I remembered watching the Oprah Winfrey Show a few months ago. She talked about how krispy kreme devoured all around the world (except that we dont have krispy kreme kat mesia, do we?). To this day, there are just four people who really know the secret recipe that makes those doughnuts so good (do they not know the word "sharing" exists ??). The recipe, which is of course locked up some where kat mana2 ntah, is blended into a mystery mix (hmm..ada dadah ke? coz once cuba, you'll end up craving for more..hehehe) and shipped off to Krispy Kreme stores everywhere. Hmmm....nak bukak kedai doughnut la pulak....mesti those ppl with a sweet tooth suka.....hahaha!!!!
p/s: kak sam, betul laaa.....sedap chicken rub tu!! :p
~elyn~

Wednesday, July 05, 2006

In the month of July....


It's the time of the month....July!!! I looooove this month. why??? because I like the number 7. hehehe... Yesterday was abah's birthday. HAPPY BIRTHDAY to you dear ABAH!! Semoga panjang umur, murah rezeki & diberkati Allah selalu.... Sorry we could'nt make it for the cake cutting ceremony (cewah)...hehehe. Reena told me u received quite a handful of presents...but mostly cakes and bouquets..hahaha...Suka giler la reena ada berbijik-bijik cake secret recipe (sampai naik muak dah tgk kek dia kata).. hooo laaaah dok nok buak guane. Anyway to abah, didie and I sure hope that u'll use the 'voucher' that was included inside the birthday card!! hahahaha..... Promotion ends by 2009 (hopefully with NO extension). By the way, happy journey to Jakarta and semoga selamat balik!!!!!
Then what else is happening in July??? yuuuppp...abah and mama's anniversary...jeng jeng jeng!! It's the day for the romeo and juliet to berromeo and berjuliet...hehehehehehehehhe.
theeeen, my birthday July 25!!! yeah yeah.. I'm making free ad for myself everybody, siap guna red font lagi kat date tuh...how pathetic!!! hahahaha. A year older, but forever young at heart...ceeewaahh!!!!
Just a couple of weeks away before converting myself to a student (errrrkkk....). Must beronggeng habis-habisan before the time comes!!!! Must...must...must.... zzzzzzzzzzzzzzz........
~elyn~
Related Posts with Thumbnails