Wednesday, January 26, 2011

.::T.H.I.N.K::.

Perghhh...hari2 hujan minggu ni...
Last week hari2 panas...
Sedap ooooo kalu buleh tarik selimut, time sejuk2 ni..zzzzzzzz

******
Tetiba sendu kejap...teringat zaman dulu2...masa keje kat hospital
Ada sorang patient ni, kena admitted sebab ada abdominal mass.
Muda dan sweet sgt orangnya...cakap pun lembut je.
Cikgu sekolah rendah, anak baru sorang, masa tu kalau tak silap anak lelaki dia baru nak masuk 2 tahun kot.
So buat la thorough investigations bla bla bla...

Tup-tup, dapat tahu dia ada ovarian cancer (sedihnya, dah stage 3 kalu tak silap)
So bermula lah treatmentnya...

Disebabkan saya jaga ward gynae time tu, mmg saya yg incharge utk patient ni..
seronok borak dgn dia... walopun dia sedih, tapi dia redha and masih menaruh harapan utk pulih sepenuhnya sebab anak dia masih perlukan ibunya.

Dia pun ada bercerita, makcik2 kat kampung dia suruh try rawatan kampung, try makan ubat itu ini, jumpa tok bomoh itu ini dan yg sewaktu dgnnya, sebab depa kata cikgu ni kena buatan orang --> busung ke amende ntah la... haishhh!!
Tapi patient saya ni tak amik pusing, dia kata dia percaya dgn rawatan modern.

After some time, saya bertukar ke department lain pulak.
Jadi saya tak sempat nak follow up dgn kes cikgu ni..

Tapi satu hari saya dapat tahu, dalam perjalanan dia ke hospital bersama2 dgn suami + anak (naik motor), mereka kemalangan :(
Dan yg paling sedih, suaminya meninggal dunia....
Anaknya pulak patah tangan...ibunya hanya cedera ringan..
Ya Allah, beratnya dugaan dia....Tak terbayang perasaan saya kalau saya di tempatnya :(

Teringat saya pada arwah suaminya...
Senyap tetapi sanggup amik cuti semata2 nak temankan isterinya..
Kalau azan berkumandang, mesti nampak dia bersiap2 nak ke surau berdekatan...
Kadang2 kalau tgk isterinya lemah sangat sebab muntah2 etc, arwah suaminya solat di tepi katil..
Isterinya pun, selagi terdaya, tak pernah pulak saya tgk dia tak solat.. tu dgn drip berselirat kiri kanan tuh...

Tgk patient yg lain, walau pun nmpk lebih sihat, boleh gerak ke sana sini, boleh gelak kuat2., dan boleh pulak makan sampai licin tray....buat derk je tak solat.

Apa agaknya kesudahan nasib patient saya tu...
Harapan saya semoga Allah memanjangkan usianya...walaupun saya tahu kanser ovari ni biasanya has no happy ending....
Semoga Allah memelihara anak lelakinya dan mencucuri rahmat ke atas arwah suaminya..
~Amiiinnn.....~

~My two heroes whom I love most mmuahh~

**********

Dah alang2 tersentuh bab rawatan alternatif ni, saya kdg2 pelik mcmana orang esp. org Melayu ni senang sangat nak percaya kat benda2 ni. Yang menipu pun org Melayu jugak. Shabash!!!

Contohnya, makan ubat/guna certain alat ni boleh merawat sakit darah tinggi, kencing manis, asma, sakit buah pinggang, blah blah blah...
Pakai gelang ni, boleh cuci darah...
Pakai batu ni, badan rasa kuat dan sihat..kalah superman! hehehe
errkkk apa lagi ek?

Sedih but that's the reality
kdg2 tu ada patient yang mempunyai masalah kencing manis + buah pinggang yg admitted ke ward dlm keadaan yg tenat.
Bila check2, korek2 rupanya default treatment, tak amik ubat, tak pergi dialisis..
why???
sebab ada hamba Allah ni promote ubat alternatif sekali dgn mesin ajaib yg boleh membantu mencuci darah dan mengHILANGkan penyakit kencing manisnya. Pastu dia suh stop amek ubat hospital...dan prescribe benda lain. So patient pun dgn semangat berkobar2 sanggup berbelanja lebih dan folo treatment plan yg diberi. Last2 wht hepeng?? masuk ICU...

Ok first of all, senang cakap... kalu dah diagnosed dgn kencing manis, setakat pagi ni la...tak de lagi ubat yg boleh cure 100%...yg ada cuma utk control the sugar level dalam darah supaya nanti takkan ada komplikasi yg lebih teruk pada organ2 yg lain.

Kalau ada ubat yg boleh pulihkan terus penyakit2 kronik yg fofular spt darah tinggi ke, kencing manis ni ke... alhamdulillah..senang sket keje doktor, nurse, pharmacist, dietician dan semua org lah! Tak ke???

~googled pic fr sarah-palin-2012.blogspot.com~

Masalahnya skrg, ramai suka amek jalan mudah...
Patient education masih di tahap rendah
tak salah nak try cari alternatif lain (kerana sesungguhnya semua benda ada penawarnya kecuali mati)
Tapi berpada2 lah...
Dan silalah gunakan otak yg dikurniakan Allah utk berfikir..
Kalau ada baca/ dipromote benda2 mcm 'ala2 ishh boleh percaya ke ni?'... maka sila lah buat research dulu... google mana yg patut.
Jangan senang tertipu...
Dan jangan suka menipu.... (sila click sini)
tak baik tawwww!!!!


p/s: kalu ada yg tersentap, mintak maap ye... :)

Tuesday, January 25, 2011

School part II

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 Aiman kat school baru.
So far Alhamdulillah, tak la seliat mcm nak htr ke school lama dulu.
Maybe sebab dia tahu school dia yg sekarang ni dlm kawasan yg sama mama and babah dia work.
Mula-mula tu ingatkan just nak survey2 je dulu school baru ni, nk register for baby nanti.
Tup2 skali nmpk mcm menarik jer, 2nd day operated terus htr Aiman ke situ. Hahaha...

First time tunjuk kat Aiman pun, he was excited dgn school baru ni.
Walaupun ada a few things yg still under construction, tp cikgu2 pun dah ramai and tgk syllabus/activities for a 4 y.o kid pun mcm acceptable.
Dari office, nursing room, classroom, kitchen, eating area, toilet (kiuuutt giler!!) sampai ke bilik teacher berjaya diskodeng. keh3x

Tapi this time Aiman tak dapat uniform (except for the sport attire) sebab baru 4 y.o.

Sport attire baru saya..peace!!

Pepagi letih jugak la tunggu budak kecik ni pilih baju nak pakai apa gi school.
Semalam pakai baju askar.

Peace no war bebeh!

Hari ni nak pakai baju Tigger (mana muat sayang ooi, tu baju masa awak umur setahun!)
Baju Tigger idaman hati Aiman

Last2 dia pilih nak pakai shirt yg ada gambar racing car.
Aiseh...esok baju apa pulak budak kecik ni nak pakai????

So fees yg dah selamat dibayar kat sekolah lama tu apa jadi?
Err..burn je la kot... kira sedekah la ye babah..huhuhu

Aiman's version of orang lidi yang ada tummy hahaha

Thursday, January 06, 2011

Merapu di kala hujan

Gloomy weather outside...
As gloomy as the 'weather' inside...(hahaha..padahal baru melantak sebungkus famous amos!)
hujan je hari2...where is mr sunshine? (dah berhari2 baju + bantal busuk aiman tersadai kat luar, tak kering2 lagi)
dok dlm bilik pun rasa mcm nk jadi frozen beef
sejuk....(off the a/c - done)
Rasa nak zzzzzzzzz.......bantal tak de.


Bila nok buleh ke laut nih??

***************
This week aiman has been a good boy
He even wanted to be the first to arrive at his school yesterday (sebab Wednesday is his sports day) and he didnt bother to hv breakfast as usual (sebab nk breakfast kat school katanya)
So eager to wear his new sports attire and not so new pair of shoes, his face showed a little disappointment when he saw some of his friends had already arrived.
Tak pe la Aiman, tak jadi no.1 to arrive pun, number lain pun dpt point jugak (ayat bila main game dgn dia... hehehehe)
But i reckon the kids only managed to play for a short period of time because it started to rain after that.

******
Back at home last nite, Aiman was telling me Tasha (his friend) brought yo yo to school but refused to give him a chance to try it out
"kesian kat aiman, tasha tak bagi aiman play," he said sambil buat muka seposen.
Alahai kesian la pulak kat budak tecik ni.... nanti mama cari yo yo satu kat Aiman ok!!

*****
In search for a yo yo for budak tecik Aiman.
Found a few in Carrefour but omg...the price ranges from rm15 - rm40!!
Kensel mak! apa benda punya yo yo je pun kemain mahalnya..
Makan 2 org kat Black Canyon pun konyang!!
Nanti kita gi cari kat kedai lain hokey!

*****
Sekian, enough babbling for today

Tuesday, January 04, 2011

School

4/1/11

Dah pun day 4 of 2011..how time really flies.
Rata-rata ramai dok post status kat fb on their kid's first day at school
Ramai yang teruja....comel je tgk gambar budak2 tecik ni pakai uniform tadika..
Of course every parents wants the best for their children.
Skrg ni pun bersepah kindy to cater budak2 from the age of 4-6
Ada Smart Reader la, Montessori la..apa benda Caliph la...
But of course, ramai jugak yg merungut fees utk hantar anak ke kindy ni mak aaihhh mahal giler!
Tapi sebab nak yg terrrrrbaik utk anak, ramai parents yg tutup sebelah mata bayar terketar2 every month.. hehehehe

As for Aiman, he'll only turn 4 bulan Mei nanti, and this year marks the 2nd year Aiman @ Tadika Bistari Ilmu.
Ala, tadika dekat ngan umah je pun, kuar pagar, panjangkan leher sket, nmpk la tadika dia.
Mula2 dulu ingatkan nak hantar ke nursery je dulu sebab dia pun baru 3 tahun. Tapi ada jugak dok survey2 tadika yg sesuai...
Ada satu kindy ni, HM dia Chinese lady, siap explain tadika dia adapt chinese school punya system, ada homework la exam la..and then ada extra co-curricular xtvt ie. swimming lesson, computer class, taek wan do blah blah blah..
I was like maaaak aiihhh... padatnya jadual.. ni belum masuk Std 1 lagi (dengar2 citer dah ada entrance exam skrg, next ada Band2 apa mende ntah..)

Pastu went to this Montessori nearby..mmg menarik.. uniform pun kiuuuuut je. I loike. Tapi at that time they cannot accept Aiman because he was not 4 yrs old yet. So tak pe lah, cari kindy lain.

Last2 hantar kindy dekat ngan umah ni...
So far Alhamdulillah..ok je.
Dia dah boleh hafal surah2 pendek...basic doa etc
Cuma masa mula2 dulu standard la ada adegan meraung2 tanak gi school
In fact sampai skrg pun kalau angin kus2 dia dtg, haihhh blh bertukar jadi aimanzilla!!

Yang kelakar every morning bila dia bgn tido, siap tanya lagi berapa hari Aiman kena gi school?
And then bila dia nak cuti?
kalau boleh, dia nak cuti 100 days... hahahahaha over hokay!!
Gi school nak 2-3 days je, tapi cuti nak lama2... voleh?

Malam2 kena make sure by 10pm dah tido, kalau tak bgn pagi esok mesti dia dok membebel "Aiman sleepy...."
And then before going to school, mesti nak kena breakfast kat kedai dulu
(yang ni mama dia suka sebab tak yah prepare breakfast..yahoooo)

Bila nak hantar gi school, dia dah warning "Aiman tak nak sleep kat school"
Apa2 je lah aiman, asalkan tak kacau orang.

Bila dah petang dlm pukul 5++ tu, time to fetch him.
Nanti ada la dialog "kenapa mama amik aiman lambat? Tgk Aiman dah balik number 4 dah.... Aiman nak balik number 1"
Hehehehehehehehhehe.....

Muka budak tecik yg masam kena paksa gi school tanpa kerelaannya..hik hik hik
(early 2010)

So semalam since it was the 1st day of schooling in the year 2011, of course there will be some new students coming in.
Dalam kereta lepas amik aiman, he was telling me about this one new kid in the kindy:

Aiman : Tadi ada budak baru kat school Aiman

Me : Dia cry tak? Apa nama dia?

Aiman : Aiman tak tanya nama dia. tapi dia asyik cryyyyy ajer.... Aiman dah
kata jangan cry tapi dia cry jugak

Me : Ala dia baru masuk school, takut2 lagi. Kawan aiman tu nak mama dia
kot. Mcm Aiman dulu2

Aiman : A'ah.. dulu Aiman pun cry jugak, tapi kejap aje. skrg kan aiman dah
good boy. tapi kdg2 aiman nak cry jugak

Me : Tak mau la cry..kan aiman dah besar. nnti muka tak hensem kalau cry

Aiman : Eh teacher kata aiman hensem laaaaa. mcm org Australia!!

Wakakakakakakakaka........perasan!!!!
Related Posts with Thumbnails