Saturday, May 26, 2007

Happy 3 weeks old to Aiman...

Salamm...
Bagi memenuhi permintaan cik itot, maka saya dengan ini akan berblog... hehehe... apa nak citer ek? Hmm...tup tup dah 3 minggu dah umur Aiman... sekarang ni dia kuat betul menyusu... sampai nak kena top up ngan formula milk.
Meh nak citer aktiviti Aiman on a typical day. Kita mulakan pada pukul 12 pagi. Haaa...time ni, masa mama ngan abah dia dok mamai2..Aiman dengan happynya akan buat kuih dia sesedap rasa. Yeaahh....setelah selesai dgn hasil ciptaannya, maka Aiman akan disumbat pula dgn sebotol susu supaya tuan putera seorang ini dpt tido dgn lenanya. Skrg dah pandai, tido asyik nak kena tepuk..tak pun kena cuddle. Sejak 2-3 hari ni bagi susu sebotol mcm dah tak cukup dah. Macam semalam kul 12am bg susu, kul 1am nak lagi. Takpe la, mama Aiman tak kisah. Sumbat je laaa.....
Then 3-4 jam afterwards, Aiman akan mulakan siaran radionya kembali..yeaah..makan time again. Tukar nappy jugak. Kekadang tu, baru je nk letak nappy baru, tak nyempat2 Aiman nak pancut kat abah dia. Hehehe...timing yg sungguh cun. Kena la amik nappy baru. Hmmm...nappy sekotak besar tu kejaaaaap je abis. Kang kalu pakai nappy yg kain tu, tak larat ler aku nak menyental corak2 abstrak si aiman. Time malam ada laa dlm 2-4 kali jugak dia bangun.
Bila dah cerah tu, dlm pukul 9am lebih it's mandi time. Lepas mandi, bagi susu lagi pastu boleh la biaq dia main. Terkebil-kebil sorang2....tersengih2 sorang2...pastu tetido. Tok mama dia rajin la dok melayan...

Bila dah tghari, feeding time lagi, tukar nappy lagi. tgk la mcmana kekerapan dia lapar ngan basah. So basically, mcm tu la activity Aiman dalam sehari. Makan.. tido.. nangis..tukar nappy. Dia ni kalu time lapar, tak leh tahan2 dah. Meraung kuat giler mcm seminggu tak pekena susu. Eh lupa lak nak citer, aiman ni kalu bab2 burrpp ngan kuar angin kot arah selatan tu boleh tahan jugak bunyinya...mcm org besar. Kadang tu confuse, yg bunyi tu abah dia ke aiman. Hehehehe....tp abah dia pandai, tak pasal2 aiman yg kena fitnah kengkadang tuh... Tak apa laaaa, Aiman tak kisah....Hehehehehe!!
Sometimes bawak jugak Aiman kuar jengjalan gi shopping. Tapi biasa lah, sumbat dulu kenyang2 baru kuar rumah. So dia hepi2 je dok dlm pram tak ingat dunia. Tapi kena make sure pram tu sentiasa bergerak, kalu stop radio aiman akan berbunyi. Hehehehe...

Actually masa umuq dia baru nak masuk 2 minggu dah keluar gi jengjalan dah. Mama dia tak tahan aaar dok umah tak tgk dunia luar. Time tok mama dia kuar gi meronggeng ngan kawan dia, mama ngan abah pun kuar senyap2 bawak Aiman gi westfield. Muakakaka... kalu tok mama tahu, kena tembak pang pang la!!!
Haritu bwk Aiman gi jumpa paeds specialist, sebab memalam dok perasan dia mcm restless, pastu as if ada something stuck kat tekak dia, risau gak. But Alhamdulillah tak de apa2. It was just a reflux je. Hmmm....bila timbang terkejut gak uiikk, cepatnya naik berat budak ni. dr kata dont overfeed him. Hahahaha... kesian, kecik2 dah kena diet ye sayang??!
Kesimpulannya, penat memang la penat, especially time malam. Tapi dah nama pun anak... eeeeeiiii..sayangnya kat Aiman!!!!!

Apa lagi nak citer yer? Kdg2 bila tgk perut yg dah kempis dan pinggang yg ramping ni (muakakakaka), rindu gak time2 preggy dulu. Rindu nak rasa something gerak2 tendang2. Kejap je 9 bulan tu. Ingatkan time nak bersalin tu, nak mintak epidural. Tapi tak sempat. Anyway, Alhamdulillah....my labour experience tak de la traumatic sangat. Sakit??? hmm... mestilah sakit. Tak penah pulak seumur hidup aku jumpa or dengar ada orang yg kata beranak tu sedap. Hehehe....
Apa2 pun, it was a memorable experience. Ye lah, time sakit nk bersalin tu, cuma kitorg 3 ketul je (me, azd ngan the midwife). Nasib baik Azd tak passed out ke apa, sebab dia x berani sangat tgk darah. But he was there 24/7...bagi encouragement and everything...Thank you dear!!

Apa yang aku dok perasan, procedure and environment nak bersalin kat sini is totally different ngan kat Mesia. One thing for sure, labour room dia mmg cantik & besar. One patient per room. Sekali tgk mcm private hospital. Tapi rasanya private hospital kat mesia pun kalah kot. Pastu sepanjang2 dok kat labour room, sekali pun tak jumpa OBGYN MO depa. Semuanya midwife, pulak tu midwife on duty tak ramai pun aku tgk. Bila dah sampai time nak push tu, there was only one midwife yg attend. Pastu cool je midwife dia. Bila midwife tu jenis yg soft spoken, cool...so tak de la rasa pressure sgt. And one more thing, episiotomy kat sini is not a standard procedure unless kalau nak kena forcep or vacuum or if the midwife thinks there'll be an inevitable tear or whatsoever. That's why la I got a tear as well that needed a few stitches. And when the baby is delivered, terus2 pass kat mak dia lepas potong cord. Takde nak bersih2 dulu ke apa sampai la the next day baru la mandikan baby tu. So mana2 baby yg ada darah berkerak2 kat kepala tu, nasib laaa mak dia nak sental pagi esoknya tuh. Hehehehe. Nasib baik Aiman OK, boleh tahan clean.
Dulu masa kat Hospital Taiping, labour room dia jenis bilik besar je, so yg mengasingkan every patient is just a curtain. And then, almost every first timer, sure kena episiotomy. The number of staffs/midwife pulak memang ramai. And every moment mesti ada houseman yg on duty. And at least once or twice MO/Specialist dtg buat round. Bila dah time nak push tu, ingat lagi...kekadang mcm cheerleader lak dok bersorak2 bg semangat kat patient. Riuh sekampung! Ekekekeke......Bila baby dah kuar, tunjuk kat mak dia kejap and then gi timbang and cuci2 baby, barulah bg kat parents utk pegang baby tu.
Masa kat hospital hari tu, mcm aku citer tadi la, memang tak nampak batang hidung doktor pun from the first moment aku stepped in ke labour room sampai la discharge balik umah. Except for ada sekali tu, paeds MO datang buat neonatal check up utk aiman. Tu pun dia gi check memalam buta time org nak tido. Ada ke patut..... But nevertheless, semua staff nurse ngan midwife kat situ mmg baik sesangat. A salute to them......
Aiseh....panjang jugak berblog kali ini. Ekekekekekekekekekekeke........ok lah. Nak gi tgk Aiman buat apa. Kesian dia main sorang2. Abah aiman tak de satu hari ni. Dia gi canberra ngan org2 MSD....hidup MyPSA!! hehehehehe. Daaaaaa.....

~elyn~

Sunday, May 13, 2007

Happy Mother's Day.....

Happy Mother's Day to yours truly..Me....yeay!! hehehehe...and to my Mama who is currently here in Sydney and also to my Mama in Taiping. Thank you for everything and may Allah bless us all... Ameeen.




~elyn~

Thursday, May 10, 2007

Sebuah kelahiran

The beginning....
Jumaat, 4 Mei 2007, elyn mula merasa contraction dari pukul 4 pagi lagi. For the whole Friday, we just stayed at home until 11 pm. Elyn telefon labour room hospital, and the midwife asked a few questions like ' how often do you feel the contraction; is there any discharge; etc' and we decided to stay home after the midwife told us not to worry still. Everytime we called Malaysia telling the families about the situation, they all kalut2 asking us to go straight away to the hospital. Based on what have been told to us by friends who delivered their babies here in Australia, the midwives will tell you to go back and stay at home if you do not fulfill the criteria of a women going to deliver soon enough. Being different in Malaysia, if you start feeling the labour contraction, no matter how mild it is, you will be admitted to the ward, and then when the time comes you will be pushed into the labour room.
So I stayed with elyn for the whole day at home, feeling unsettled. She still can smile and laugh, so it was obviously not the time yet, i said. Mrs Y with her hubby and daughter came to visit at about 8 pm, telling all her 'petua' she has learned during her time. Mind you, I think she should write a book on all the 'petua' she has, beginning from early pregnancy, until you are done with the confinement period, plus confinement guide for husbands too..haha!!






Gambar Aiman baru beberapa minit keluar dari perut mama..



The transition...
Then at 11pm, I finally decided to take elyn to the hospital. She was examined by a midwife and a CTG was done to see how the baby was going. Everything was fine, the midwife said that the cervix was not really dilated yet, and she suggested us to stay for a while and see how it went. After a while, another midwife, Patricia, came in and checked again by just touching the belly to feel the contraction. She then gave elyn the pethedine at about 12.30am. Elyn then went to sleep with contraction pain every now and then. At 2am, she started to feel the contraction becoming more frequent and strong. Greg, a male midwife came in and increased the 'happy gas' content and asked elyn to breath in more as the pain came in. She did not really like the gas but she tried. The gas made her feel dizzy and not really in her world.

Dok tengah2 high menghisap happy gas tu, elyn bertanya," abang, dah bayar ke KFC tu? ambik ajer". Aku tersenyum sendirian, sambil terus berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.



First day, asik tidoooo jer, sampai nak kena gerak suruh makan






The time has come...
Pat datang semula sekitar pukul 3pagi, dan memberitahu pintu rahim dah terbukak sekitar 7cm. It was a good progress. Pukul 12 masih lagi less than 1cm, and within 3 hours dah terbukak lebih dari 6cm. Masa ni muka elyn dah mula lain, no more sembang2 in between the pain. To make the story short, elyn mula push dalam pukul 4am. Aku terus bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan berzikir sepanjang waktu, terutama semasa elyn tengah pushing. Tak ada apa yang boleh dibantu selain berada di sisi dan beri semangat kepada isteri tersayang. Allaahu Akbar! dah nampak sedikit rambut! push lagi sayang, lagii!!


Pengalaman menemani elyn sewaktu labour tak akan aku lupakan. Hanya elyn, aku dan Pat di dalam bilik bersalin. aku amat mengagumi semangat elyn, tidak sekali dia bercakap yang bukan2, jauh sekali melempar kata2 yang kurengs atau menyakiti aku. Cuma erangan dan teriakan yang tidak terlalu kuat yang kedengaran, sambil sesekali menggenggam erat tangan dan rambut aku... Alhamdulillah, elyn memang strong! Allah berikan kekuatan yang aku rasa tidak ada dalam diri mana2 lelaki di dunia ini untuk menghadapinya kepada insan yang bernama ibu.
Ready nak balik rumah

Alhamdulillah...
Tepat jam 5.56am, Sabtu 5 Mei 2007 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1428H, lahirlah Wan Muhammad Aiman ke dunia, disambut dengan penuh kesyukuran oleh kedua ibubapanya sambil menitiskan air mata kegembiraan. Maha Suci Allah, betapa indahnya ciptaanMu, dan betapa hebatnya kekuasaanMu! Seorang lagi insan telah lahir ke muka bumi dan kali ini ianya disaksikan oleh aku sendiri, kini seorang ayah! Semoga Aiman membesar menjadi anak yang soleh, ameen...


More pics at http://sarmentosum.fotopages.com


Tidur dalam dakapan kasih sayang...

Tuesday, May 01, 2007

Baking day II...


Salaaamm....


Ye selamat sejahtera puan-puan semua. Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan masak-memasak. Hari ini saya ingin bercerita tentang satu resepi yang baru sahaja saya cuba pagi tadi. Resepi tersebut boleh puan-puan cari di dalam majalah Better Homes and Garden keluaran Mei 2007. Jadi tanpa membuang masa, mari saya perkenalkan nama resepi tersebut iaitu "Caramel and Pecan Swirl". Yeee...agak tergeliat utk saya menaip nama resepi tersebut namun jangan khuatir puan-puan kerana nak membuatnya tidak sesusah mana pun. Yang penting yakin dengan diri sendiri. Hehehehehe....


Asalnya resepi tersebut menggunakan brown sugar utk ditabur di atas doh tersebut. Tetapi saya menggunakan lateral thinking dan sebaliknya menggunakan jam rasberry utk rasa yg lebih uumphh. Perlu dinyatakan bahawa resepi ini tidaklah sama rasanya serta teksturnya seperti mana2 pastry yang biasanya ada dijual di kedai bakery, tetapi rasanya seperti roti. Resepi ini begitu sesuai utk dimakan di waktu petang bersama-sama dengan kopi.

Jadi saksikanlah hasil tangan mak buyung kali ini dan semoga terliur.... Muakakakakaka.....

~elyn~
Related Posts with Thumbnails