Friday, August 15, 2008

"Aiman bagus skalii!!"

Alhamdulillah, Aiman good boy. Baru balik solat jumaat kat masjid bankstown ni, jalan kaki 6 minit 60 saat sampai la. Nyaris tak pegi sebab earlier aiman ngengada, nangis la, merengek la. Lepas bagi makan, siapkan susu ngan air masak ngan tingting, tolak jugak naik stroller. He was OK all the way, tengok bird. Kat masjid, biasa la, parking kat tikar ujung sekali kat luar, biar aiman ngadap jemaah. Masjid tu kecik aje, so depa hampar tikar kat parking lot. Imam dah baac khutbah suku dah. Dalam hati dok doa aiman tak meragam la, sebab dia sleepy dah tu. Biasanya Jumaat kat school, hari ni second time usung aiman pi masjid. First time dulu ada pakngah dia.
Ramai budak2 muda, hat tua pun ada, dok lepak kat belakang tepi pagar, dok bersembang. Depa ni tak tau kot kalau tak dengaq khutbah takdak padhilat solat jumaat la, dok buat laghaa. Seb baik khutbah lagi kuat dari sora depa ni. Bila solat dah nak mula, kalut la mai dok masuk barisan. Keluar dari kereta yg parking dekat ngan aiman sorang bapak budak dok dukung anak pompuan dia, besaq sikit dari aiman. Dia masuk dok ujung sekali tepi aku, dan letak anak dia sebelah dia. Dok diaam ja budak tu sampai pak dia abih solat. Dalam hati kata, "hmm ada jugak geng bapak2 mcm aku, kena bawak anak pi masjid". Aiman pun good boy, kelik pok kelik pok mata dok tgk orang semayang.
Gambar ataih stroller tu masa dah nak balik, sengih ja. Aku bukan apa, masa kat masjid Penshurst dulu tok imam tu kasi warning, " it is a sin if you bring your children to Jumaah prayer". Mungkin sebab bebudak ni bising kot, pastu masjid tu takdak compound yg luas macam kat bankstown ni. Tapi kan, tak tau la mana mai kata berdosa bawak budak pi masjid. Kadang2 tok2 imam ni cakap tak pikiaq, bila kata lagu tu mola ada orang yang tak pi masjid langsung sebab nak kena jaga anak. Patutnya dia habaq la suruh bapak2 ni kawai anak2 depa, bukan pi habaq kata berdosa mai masjid bawak anak. Bukan ka? Bila pikiaq2, ada hikmah aku mai pindah bankstown ni. Bukan takat kata buleh bawak anak pi masjid, dapat dok saf depan lagi. Sebab masjid tu kecik, lepas khutbah, belakang imam akan berjalan keluaq dan pi dok kat depan sekali. Kiranya aku dok line depan la, walopon jauh dari imam. Satu ja, doa bagi AIman tak keriau sudah.
Tok imam hari ni cerita pasal nisfu Syaaban, pastu ramadan dah dekat. Malam esok ada program lepas solat Isya' sempena nisfu Syaaban. Kalau kat malaysia kebanyakan masjid dan surau buat baca Yasin 3 kali. Kat sini depa tak buat. Malam ni kat MyHall ada ceramah sempena isra' mi'raj. Tak dengaq cerita pulak pasal nisfu Syaaban. Mphh takpa, kita pakat buat sendiri la no. Bukak buku baru ni harap2 berkurangan la catatan dosa, buku hat lama ni tak tau la banyak mana merah.
OKlah, nak pi makan tumpang aiman dok lena. Dia terlena masa on the way back tadi ataih stroller. Wassalam.
~AzD~
Related Posts with Thumbnails