Wednesday, September 04, 2013

Journey To The East

Last week, the whole family (except my brother's family 3 ketul) went to Hong Kong for a family vacation. This is my story utk panduan diri sendiri di kemudian hari, kot la nk pegi lagi hew hew hew dan juga utk sesapa yg nk ke HK in the future. Masa kami pegi, currency exchange was 100HKD = RM42.60. Nak senang, kita bulatkan figure, so apa2 just bahagi 2...gittewwww...

Flight:
Macam biasa, everybody can fly.....naik Air Asia. Tiket kami booking bulan 5 haritu, time ada promotion. First time naik AA, takut jugak kalau ada bad experience tp alhamdulillah, time pergi balik semua ok. Flight attendant pun hensemmmm... Delay tu biasa la..nk buat mcmana....traffic kat HK airport memang busy. kena tunggu turn nak naik ke langit. Cuma masa balik tu (flight mlm), ingatkan nk beli in flight food, buat kudapan...tp nan hado. yg tinggal cuma jeruk mangga dgn drinks. nasib baik dh isi perut kat airport. Btw, di HK airport terminal 1, ada satu halal outlet: Popeye (fastfood chain, ala2 KFC).

~view dari perut kapatebang~

Accommodation:
Kami stay kat 'homestay' di Mong Kok. Apartment 3 bilik, 1 bathroom + kitchen. ada fridge dan washing machine. Dapur sempit, memang berlaga bontot. Toilet pun kicik juga. Tapi just nice utk tido rehat2, not bad. Selesa pun selesa. Tempat pun strategic. Turun je bawah, depan tu terus area Ladies Market (ala2 Petaling Street). Mcm2 ada; women accessories, segala purse, handbag, baju, lingerie, key chain, fridge magnet, shawl, jade, souvenirs.

~Bilik tido anak dara~
~bilik tido mak dara, pak dara dan anak2, gigih mak panjat katil tiap2 mlm huhu~



~ruang dapur yg sempit, kawasan mem besar bersilat main masak2~
~gayat betul nk sidai baju kat tingkat 22 ni, kena bukak tingkap~



 Places of attraction:
1) Ladies market
Tempat beli2 barang (as mentioned kat atas nun). The main point is, kena pandai bargain. Nak lagi best, pegi masa nk tutup kedai. Ladies Market bukak from 11am-11pm.
Tapi ada penjual yg garang...kena pandai tgk muka penjual tu. agak2 muka buleh mintak kurang harga, please proceed. kalu muka ketat je garang nk mampos, sila beredar dan cari mangsa yg lain. kalau kita sakan dok mintak kurang, skali tak jadi beli, memang kena sumpah la berbakul2...Ai is takut! nasib baik ada bonda tercinta yg pandai bab2 bargaining. memang tabik spring kat dia.
Penjual2 ni letak harga tinggi giler, kalau kita pandai tawar, buleh dpt murah. contoh: nk beli gelang jade (tatau la ori ke tak). amoi tu letak harga asal HKD 180 seketul, kitorg (mak, adik ngan saya) dok tawar2...last dpt la HKD 30 each. See??? mark up harga tinggi betul! Tapi esoknya bila pergi The Peak Tram (ala2 kat bukit bendera, naik tram), skali kedai kat situ jual gelang jade HKD 20 je each... cissssss!!!!!
Waktu malam di Ladies Market ni ada yg buat live show, mcm band...not bad suara diorg. Ada satu group org pencen ni buat show, yg makcik ni mcm tgh manic phase kot, pakai rambut pelesu colorful mcm clown, dressing pun bling bling menari2 sambil ada watak tambahan, seorang pakcik yg tatau buat gaya apa menari ala2 maikel jeksen....apakah???!! tiap2 malam ada...

~View from our room, Ladies Market di waktu mlm~
~sekitar Ladies Market~

~waktu petang di area Ladies Market, org dh start ramai~


 2) The Peak Tram

Kawasan atas bukit. Nak naik kena guna tram (eh rasanya nak taxi pun blh kot sbb kat situ pun ada rumah2 org).  Bayaran return utk tram dalam HKD40 kalau tak silap. Cantik view, boleh nampak Hong Kong. Kat sini jugak ada Madame Tussauds. Sebab dah pernah masuk masa kat Sydney tahun lepas, so this time tak masuk lah. The Peak ni boleh tahan besar kawasan dia. Ada shopping mall jugak, souvenir shops ada, kedai makan ada, setabak ada, mcm2 lah. Masa naik tram tu, boleh nmpk rumah2 org HK yg dibina atas bukit. Takde nya nk tarah2 bukit mcm kat msia ni. Kekaguman seketika.

~otw to The Peak Tram~
~entrace utk ke The Peak Tram, area kaunter utk beli ticket. Madame Tussauds is located inside The Peak~

~View dari dalam tram~
~tunggu turn naik tram~

~rumah tinggi2~
~tokey coach..koh koh koh~

3) Hong Kong Disneyland
Tempat yg kanak2 suka, org tua pun suka sbb blh jadi kanak2 balik. hehehehe...Aiman was soooo excited.
HK Disneyland is located in Lantau Island. Satu pulau dgn HK airport. Kat sini ada 2 resorts available. Depends on ur budget and plan. Kalau ada budget lebih boleh stay dlm resort Disneyland. Cuma nnti nak jln2 town jauh sikit la but dont worry, the public transportation kat sini is quite efficient. Janji tau baca line MTR.
Tiket masuk utk 2 hari was HKD 585 (adult) and HKD 415 (kids age 3-11). Humaira masuk free yahoooo! I think u need 2 days to explore the whole disneyland area sbb ada byk sections. Plus the waiting time utk masuk certain2 indoor event tu adalah lama (average 20-40 mins). Sila la gugel apa yg menarik kat dalam tu. Nak makan, jgn risau..sebab ada 2 locations utk halal food kat dalam tu..... Tempat solat, tak jumpa la pulak yg designated ones. kami cuma solat kat kawasan lapang, tersorok sikit dari org ramai.

~ada train comel ke disnilen, tp kena tukar2 line~
~tiket masuk ke disnilen~


~view entrance ke disnilen on our 2nd day, kurang sikit manusia sbb hari mendung nk hujan~
~Woody yg tinggi mcm galah~

~masuk2 je disnilen, terus nampak ni, kat belakang tu ada train station yg bawak round sekitar kawasan disnilen~
~acara wajib utk tgk, manyakkkk syiok. tapi in Cantonese, ada screen yg tunjuk subtitle. lagu2 is in english~


~day 1 dlm disnilen, mkn nasik ayam..bolehhh lah. ada a few choices/theme: indonesian, korean, chinese~
~last day di disnilen, stay sampai mlm utk tgk firework, cantik. show starts at 8pm. sila la cop tempat awal2 ye~
~xde gambar firework sbb malas nk hamek gbr hohoho~

Oh one more thing, masa nak masuk nnti, staff2 akan check beg kita, in case bawak makanan (yg dlm bekas especially), sbb kalau ikutkan rules dia mmg tak blh bwk food.
Pastu kalau kita nk bergambar dgn charactor2 Disney, boleh amik dgn camera sendiri plus akan ada staff yg memang amik gbr kita utk dijual. bila dah siap, kita boleh pilih gambar mana yg cantik. Satu gambar tu dlm HKD 100++ kot.
Sesiapa nk beli ole2 from the souvenir shops dipersilakan. banyaaaaaak kedai kat situ, boleh rambang mata. Baju princess pun byk, macam macam ada! The price is a bit on the highish side, biasa la..ori gitu...Contoh, a small soft toy key chain bentuk any disney character ie. buzz lightyear ke mickey ke, dlm HKD 68 gittewwwwww. Tshirt dlm HKD 160 - 200 ++.
Kalau setakat key chain biasa2 yg ada gambar mikimos ke donald duck ke, kat Ladies Market pun byk, dia jual sepeket, 5 bijik dlm HKD 100-120. Cantik je.
Lagi satu, jln lupa minum air byk2. maybe sebab time kami dtg, cuaca agak panas dan melekit. mandi peluh huhuhuhu......


4) Victoria Harbour
Di Tsim Sha Tsui. Kalau cuaca mengizinkan, pukul 8pm akan ada the largest lighting and music show dipanggil Symphony of Light kat area harbour tu. Ala lampu kaler2, laser2 ikut lagu. Cantik la. Tapi mak aihhhhh...ramai sgt org berpusu2. tak koser mak nk tunggu lama2...huhuhuhu

~lampu laser2 baru nk setat, mak dh belengas badan nk tunggu lama2..org mcm semut~


Byk lg tempat2 menarik di HK, boleh search sendiri. Yg penting, kena stamina kuat sebab kena banyak berjalan. Nasib baik public transport di HK ok. Cuma kena anticipate ramaaaaaaaaaiiiiii org. sekian.

Makan/Masjid
Insya allah, kat area Ladies Market ada a few kedai halal, kedai arab dan india. Harga tutup mata je lah ye. Kat area Kowloon dan Wan Chai pun byk kedai halal. Both of these area ada masjid and Islamic center yg besar. Kat masjid + Islamic center di Wan Chai ada 1 restoran halal (level 5, dipanggil canteen). Ada Dim Sum (sedaaaaappp, available from10am-3pm) dan jugak menu2 lain ie. beef noodle, lauk2 lain.

~masjid di Kowloon, dekat dgn exit MTR. Masa solat kat sini, ramai btol Indonesians, dok jual2 lunch dlm tupperware~


~masjid ammar and islamic centre di Wan Chai, sgt selesa. tapi penat angkat stroller turun naik tangga sementara nk sampai ke lift~
~makan di canteen masjid ammar Wan Chai level 5, sedap weh dim sum dia~

~menu di kedai arab~
~yg ni adik pompuan saya yg order, tatau apa nama~







































































Transportation
Bila sampai je di HK airport, sebelum keluar, sila lah beli octopus card. Kad ni boleh guna time nk naik any public transportation dan jugak certain kedai2. mcm debit kad la. boleh top up kat train station and any convenience store (value top up dlm HKD 50, 100). Bila nak balik, just return back the card, any balance dlm card tu akan dipulangkan semula. Cuma akan ditolak HKD 9 sebagai service fee kot.
Train depa --> MTR sgt kerap dan banyaaaak line. Kena pandai tgk map dia.
Bas pun byk, double decker.
Mini bus pun ada  (ala2 van panjang) tapi tak try pun yg ni.
Tram pun ada.

~Station2 MTR~~
~line MTR~
~Suasana dlm mtr station, selalunya ramaaaai org~






Kesimpulan trip ke HK:

1) Tak perlu visa utk ke HK
2) public transportation : bagus dan selesa. tak perlu nk pikir pasal minyak petrol naik harga lalalalala ;p
3) Toilet: so far yg saya masuk, semua bersih (my 1st impression was that the toilets here kotor, but I was wrong. kalah kat mesia huhuhu. Toilet kat masjid pun bersih)
4) Org2 sini: motto--> sapa cepat, dia dapat (dlm bab2 nk masuk train, bab nk masuk tgk show kat disnilen. kalu kena tolak tu tak heran lah)
5) Suasana HK: Hidup 24/7....the city that lives all day long. Jarang nmpk sampah kat tepi2 jalan. Sokmo laa ramai org...datang dari celah mana ntah :p
6) I think Indonesians are like Kelantanese, they are everywhere...*ehhhh* :p
7) Gaji org buat pizza HKD 12 000! Ok sapa2 nk tukar profession, sila bungkus baju gi HK
8)  Nasik putih kosong rege HKD 15 hahahahahahahahaaaa.......sila bawak rice cooker kecik ye puan puan.
9) Rata2 tempat kat HK ni berbukit2....kalau rajin menapak boleh kurus badan. Punggung pun ada kemungkinan boleh melentik awwwwww!
10) Parents yg ada anak kecik, sila bawa stroller yg ringan2 and simple shj. Sebab kalau nk turun naik MTR station, kdg2 takde elevator. Semput hokeh!
11) Kat disnilen boleh sewa stroller. kalau bawak stroller sendiri pun, if nk masuk tgk show, ada tempat utk park the stroller. Insya Allah selamat.
12) Sesiapa yg hantu jam (mcm toklaki saya), HK ni berderet kedai jam. seriously! pusing kiri kedai jam, pusing kanan kedai jam. tengok atas, kedai jam, tgk bawah nampak jalan..ehhhh....Sasa outlet pun banyak. siap longgok SKII mcm tuuuu je. takde nak susun cantik2 siap ada special kiosk fefeeling org duit berkepuk2 je blh beli mcm kat mesia ni :p
13) org kat kaunter customer service di MTR station prefer to use sign language bila berkomunikasi dgn kita. hehehehehehehe. boleh ajak main Charade!
14) people will give way their seats in MTR to us kalau nmpk kita berendeh2 dukung anak. To ceh..to ceh...!

Ok tu je perkongsian lawatan sambil mengular kami ke Hong Kong.....
Lepas ni duduk diam2...maklumlah, harga minyak naik huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Wednesday, July 17, 2013

Entry bedak compact :p

Huaaa......BAPAK lama tak hapdet blog (pinjam ayat aiman).
Sesungguhnya masa amat mencemburui kita wahai blog ku....huhuhu...maafkan lah tuan tanah.
Tuan tanah memang malas semalas-malasnya.....hanya rajin BW sajork tp sendiri punya rumah tidak up to date. acanerrr???
Dek kerana kemalasan yg melampau, maka tuan tanah akan ringkaskan dan compact kan semua acara mara yg berlaku dari last entry hingga la ke tika dan waktu ini (tu pun kalau ingat semua..huhuhu).

March

~Bday Humaira~

Humaira dah sambut birthday yg ke 2. Sambut di rumah saja, beli kek kecik comey. dia dan aiman sama2 excited to blow the candles. Humaira juga membesar dengan jayanya, alhamdulillah, walaupun tak sah kalau tak kena demam/batuk/selsema-itu pakej wajib. Sampai sekarang masih lg memilih bab2 makan.
Bulan 3 ni jugak ada tambahan binatang peliharaan kat rumah. Akibat terlalu comel, maka kami terbeli sepasang arnab teddy bear yg kiut lagi gebuzzz. Awal2 memang eksaited tp lama2 babah aje yg pulun dok jaga. huhuhuhu....kesian pulak kat arnab2 ni kekurangan kasih sayang. Dah la sokmo kena atack dgn semut pahang yg ganas tu... ada sapa2 nk arnab ni? kami nak let go. lelong lelong!

~sepasang arnab gebu untuk di-let go....anyone interested??~


April
Nothing much happened during this month except that it was a month full of campaign for PRU13. Gambar roket, bulan, dacing, pensel, alarm clockbersepah2 kat tiang letrik, kat pokok, kat tepi jalan, kat rumah, kat kereta. Time ni jugak la mcm2 acronym keluar; ABU, ABAI, ABNA, ABCD.....XYZ je takdop huhuhu

May

~birthday celebration di educare~

Aiman's 6th birthday. Mcm biasa, beli kek, tiup2 lilin. Sambut di Gombak sebab kebetulan ada di KL. Kebetulan hari mengundi jatuh pada harijadi Aiman (05/05/13). First time tuan tanah pergi mengundi, area Gombak Setia. Perghhh semangat! Sehingga kini  undi ai adalah rahsia :p
Last2 yg menang adalah dacing. PRU adalah sangat 'noisy'; dengan isu undi hantu lah, blackout lah, dakwat kekal yg tak berapa nk kekal lah bla bla blaaa.... @_@'
Time tu jugak semua org kat fb sakan tunjuk jari masing2 yg bercalit dakwat kekal...gittewwwww (termasuklah saya hahahahaha).
~dakwat kekal saya :p~

Bulan ini jugak bread maker (BM) secara rasminya telah melihat dunia luar setelah berada di dlm kotak tak bukak2 hampir 3 tahun lebih. Kesian bibik saya ni. Maka saya telah meng-exercise-kan BM saya dgn membuat bun2 yg sedap (ecehhhh...). Namun malang nasib bibik saya ini kerana pada bulan ini ia telah kembali ke tempat asal di dalam kotak. Duduk diam2 dulu ye bik, kasi rest...nanti kita main2 lagi hokeh.
~bibik malaya ku~
~roti bun sedap..hiksss~


June
Bulan jerebu. Teruk ya amat.....rumah kedai depan rumah pun tak clear. Sebab apa jerebu. wellllll....sudah terang lagi bersuluh. Jiran tetangga kekal dlm peta dunia ittew sgt baik hati menyebarkan asap2 dgn pembakaran terbuka. Saya juga kagum sebab tiap kali jerebu, masih ramai manusia yg dok bakar duit berkepuk2 sambil puhhhh puhhhh puhhhhh buang asap. Eeeeeiiiiii haku laaaa!!

~Pemandangan kabus jerebu yg menyesakkan mata dan hidung~

17/06/13 pula adalah hari ini dalam sejarah untuk Aiman sebab dgn rasminya Aiman telah bersunat. Alhamdulillah, sepanjang procedure takde masalah. Cool je mamat nih. Cuma yg seksa sket adalah proses lepas bersunat. huhuhuhuhuhuhu hoi sangatlah mencabar menjaga budak 6 tahun post circumcision. Org tanya kenapa sunatkan Aiman awal. Jawapan: dia yg nak sangat, asyik dok mintak nak bersunat.

~time ni blh la senyum, time nk letak ubat huhuhu.....senyum ke laut sudaaa~
Saya memang byk kali jadi raksasa gorgon time nk letak ubat kat Aiman. punyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa la payah. Tu belum masuk bab nk mandi, kencing apa semua lagi. Haihhh dugaan sungguh. Dengan ini saya menyarankan ibu2 bapak2 di luar sana, kalau boleh sunatkan la anak lelaki anda seawal yg boleh. Senang nk jaga.....

July
Mula berpuasa, alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita semua utk berjumpa dengan Ramadhan :)
Sudahpun habis seminggu berpuasa, semoga kita semua lebih istiqamah dan berlumba2 untuk beribadah dan mencari keredhaanNya. Tuan tanah setakat ni berjaya menahan diri dari membeli makanan kat bazaar2 ramadhan. Nak cuba masak sendiri bulan puasa ni. Bukan apa, nanti bila pegi tak tahan godaan nafsu. Beli itu ini, membazir. pastu tak sedap, marah2..komplen...kurus pahala mak....huhuhuhu....
oh ye, awal bulan July baru ni jugak beger glamer; Burger Bakar Abang Burn dan mula membako di kuantan. Seronok...tapi sampai sekarang belum berkesempatan utk try. Haritu semangat pi cari stall dia, skali tak bukak lg. Pastu nak dijadikan citer, baru je bukak, dah tutup balik sebab grill terbako...katanyaaaaa... Tak sure dah bukak balik ke belum skrg ni....
Apa2 pun dalam kita bergembira, ada jugak saudara2 kita on the other side of the world yg sedang berduka, tertindas, dizalimi. Palestine, Rohingya, Syria dan yg terbaru Mesir....Sedih sangat. Dah la dizalimi musuh Islam yg memang terang-terangan bukan Islam, skrg ni org Islam sendiri yg menzalimi saudara seagama....
mesti musuh2 Islam bertepuk tampar bersorak kegembiraan bila sesama Islam bergaduh berperang..
Haaaii lah dunia akhir zaman.... sedih :'(


Semoga kita semua ditetapkan iman dan dipelihara Allah. Semoga Allah memberi kemenangan kepada saudara2 ku yg sana.....ameeennn...
:(



Tuesday, February 19, 2013

Abang vs Adik

Lama tak update pasal anak-anak.....
Moh la kita tulis entry ini utk dibuat kenang-kenangan utk esok hari....

Aiman sekarang dah almost 6 y.o, adik pulak bulan depan nak masuk 2 y.o, let's compare abang and adik this time:

chenta hati saya :)
Gigi
Abang Aiman start tumbuh gigi masa umur 4 bulan. awal tu! mula2 dok perasan mcm tunggul kat gusi dia. ingatkan apa benda, punya la gi tonyoh2 tapi keras je rasa...rupa2nya gigi susu dia yg pertama sudah mau tumbuh time tu. Bila dah start banyak gigi, harus la diajarin budak kecik utk rajin gosok gigi. Alhamdulillah, aiman senang je nk gosok gigi dia. Maybe sebab time tu, mak bapak rajin melayan..angkat dia duduk kat sink, gosok gigi sambil tgk muka kat cermin, sambil gosok guna berus gigi yg ohsem pakai bateri automatik putar sendiri berus tu ala2 oral B yg kalu beli mahal nak mampus (hamek ko tak cukup satu nafas statement penerangan)...tapi yg ni kami beli kat Aldi je, siap corak Pooh lagi...murah murah...

Adik pulak start tumbuh gigi lambat sikit...dlm 6 bln mcm tu...tapi part nak gosok gigi ni maaaaakkk aihhh... susah betul!! pandai mintak berus gigi siap suh letak tooth paste tapi nanti dia pegaaaang je la berus gigi tu. or kdg2 dia pegang berus gigi sambil nyanyi2 gelek2...takpun kalau dia terlebih rajin, dia gi berus lantai dgn berus gigi tu! Ewwww dik oiii... bukan main payah nak gosok gigi dia, nak kena kepit celah kaki buat aksi ganas sambil dia melalak2 mcm kena dera..huh! kesian adik, bilik air skrg takde tempat boleh duduk2 kat sink sambil belek2 muka yeee..

Nappy
eh lupa dah mcmana ajar aiman toilet train....tapi Aiman was nappy free when he was around 2-2.5 years old kalau tak silap. Masa kecik2 dulu, selalu jugak dia kena sembelit. buah cukup, air pun cukup, sayur pun mkn...tapi sembelit jugak. kesian sampai nangis2 time ukk-ukk...usually ok bila bg prune juice. skrg dah jarang2 sembelit :)
Adik ni, bila nak start toilet trained? skrg dah reti kata ukk-ukk kalau ada isi dlm nappy. pun selalu sembelit mcm abang dia jugak. merah2 muka meneran...kesian tgk aihhh...dah tu, buah pun kurang, air masak je yg blh tahan laju...ish ish ish......ni kalu bg prune juice, confirm dia sembur balik, tak minum!!

Makan
Aiman masa kecik2 dulu kalau bab mkn takde masalah sgt. Sumbat la apa2, dia telan je..masa dia baby, rajin buat puree bagi aiman mkn, guna carrot la, pumpkin la, potato la, avocado la...pastu kalau buah pun, dia laju je. paling senang nk bg dia makan, kalau buat 'long' ie. anything yg noodle based...('long' to him is noodle). buat bihun sup simple2, suap dia..setel. tapi sampai sekarang pun makan still bersuap. kdg2 tu dia blh je mkn sendiri, tapi bercinta nak habiskan sepinggan. lepas satu suap, gi main toy, lepas satu suap lagi, sambung tgk tv......boleh bersawang tunggu dia abis mkn. nak kena remind; aiman! gigit kunyah kunyah telan..gigit kunyah kunyah telan! kalau tak, mau dia peram mknan tu dlm mulut! So utk elak dari kena bebelan mak dia ni, dia pun selalu la ckp, mama je la suap saya, laju sikit. hehehehe..bijak bijak.. memang sampai skrg pun mkn bersuap. anjeeee...

Adik pulak, sampai skrg tak tau apa favourite food dia. so far suka telur kot. pandai mintak kalau nampak egg. maybe suka mknan yg pasta based. tapi kalau harini buat macaroni, mkn blh tahan byk..nanti bila buat lagi, tak makan pulak. dah tu acaner??? mcm last week, keje dia nak mkn bread je.
Dia jenis tak berapa adventurous bab mkn kot. usually bila masuk mulut, dia kunyah2 sikit pastu luah balik. Ala2 jadi food processor la....tak telan, kunyah and luah. buah pun tak mkn sgt...sayur lagi la....sila jgn memilih ye adik! dlm rumah ni seme org kena makan sayur, including you hokeh! nasib baik kuat minum siuuu siuuu (susu). Lagi satu kalau nak kita nak suap dia mkn, very the eksyen...semua nk buat sendiri... in the end memang bersepah2 mknan..banyak yg tumpah dari yg masuk mulut. kalau nak suap dia jugak, mau mengamuk budak ni! siap baling2 sudu tunjuk perasaan tak puas hati. huihhhh takut i!

Baju
Suka main lawan-sapa-cepat -pakai-baju-dia-menang. Hehehe..tapi selalunya dia kalah, sebab mulut tu asyik nak bercaaaaakap je, tangan tak gerak2. bila nak siap nak ooiii... ni pun satu lagi anjee dia, suka nk org pakaikan dia baju, seluar, spentot bagai. Sometimes suka pilih baju sendiri utk di-match-kan. nowadays, prefer pakai seluar panjang, nak tutup aurat kekdahnya. bagus anak mama :)

Adik pulak, disebabkan faktor umur, maka terpaksa pasrah dipakaikan baju apa saje..hahahaha....tapi baru2 ni, dah reti nak cabut buang seluar dgn penuh kepayahan iyahhh iyahhh bunyinya... org nk tolong, marah...tak bagi. dtg angin kus2 dia, seluar baju pun nak pakaikan sendiri...ada tu baju masuk ikut kaki, sampai sudah tak dapat2..pastu mengamuk hahahahaha...tapi last week dia berjaya pakai seluar tanpa pertolongan dari mama, babah or abang. syabas adik!! lagi satu perangai, suka cilok spentot abang dia, pastu nak pakai...okay, jadi la superman, spentot kat luar.
babah tgh berusaha nak biasakan adik pakai tudung, tapi punya la payah...menggelupur tak bagi letak anything kat kepala dia. haiiipppp..nak kena ni!

Tidur
Oleh kerana aiman adalah anak sulung, maka dari kecik sudah terbiasa tido sekatil dgn mak bapaknya..tido di tengah2 katil. Masa baby dulu ada la baby cot, tapi last2 jd deco je, takpun jadi tempat letak barang. sebab masa tu tgh breast feeding, rasa payahnya la nak angkat letak angkat letak tgh2 mlm, so letak dia sekatil, senang keje. tapi sampai skrg still tido sekatil. bila suh tido sendiri, nanti buat muka seposen, kata ala saya nk peluk mama & babah :(
babah dia pun sebenarnya tak nak berpisah, alasan; rindu nk peluk anak...hohohoho. pastu bila tido tangan tu mesti merayap nak gentel2 telinga org.

Adik masa baby memang tido dlm cot. bila dah besar sket, tido sekatil. huihh mencabar tido atas katil queen size empat beranak hahahahaha! skrg ni adik dah tido kat cot dia balik. tak banyak songeh. mula2 dulu time tak biasa lagi, lepas dia tertidur baru angkat dan letak dlm cot. tgh2 mlm, bila dia terjaga, mesti nangis suruh angkat. skrg ni dah good girl. kdg2, dia sendiri yg suruh letak nak tido dlm tu. sampai babah dia komplen, susahnya nk tido dgn adik, nak tido sambil peluk adik..tak mcm aiman, asyik nak bertepek je. adik ni jenis rimas kalau time tido, kita peluk2 gomol dia. lagi marah ada la! kalau aiman jenis nk tido gentel2 telinga org, adik pulak suka main jari2 org...dulu2 suka gentel/ hisap bucu bantal :)

 Mandi
Ok dua-dua budak kecik ni hantu air! boleh tahan berjam2 dlm bilik air, duduk bath tub, main pancut2 air.....bibir dah biru, jari kaki dgn tangan kedut sejuta pun no hal bebeh!
lepas mandi, pakai baju semua, nak sikat rambut kalu, abang dia no problem, sikat la mcmana skali pun, rambut tetap maintain tercacak...tak yah pakai hair gel. adik pulak, as usual....sangat suka berdiri di atas kakinya sendiri...nak sikat rambut sendiri...

Speech
Aiman kalau bab bercakap, blh la masuk kategori mak nenek. bercakaaaaaaaap je keje. kalau travel ktn-kl or kl-tpg, dia blh bercakap sepanjang perjalanan tu. penat dengar....kdg tu terpaksa suruh dia senyap kejap, bagi mulut dia rest...boleh??! tapi tahan seminit dua je, pastu sambung balik berckp mcm bertih jagung.
bab mengarut blh tahan jugak anak teruna ni...ikut babah dia kot! usik adik no.1! i think by 2 yrs old, aiman dah byk vocab dia....
Adik so far pun ada gaya ckp banyak jugak, although most of the time dia merapu meraban jugak ckp bahasa dia. now she can say words/sentences like mama, babah, abang, siuuu siuuu (susu), ak agi (nak lagi), nanak (taknak), ak aik (nak naik), ak air (nak air)...byk la lagi. sometimes dah blh buat sentences guna 3 perkataan; ak agi acik (nak lagi nasik) or ak agi brek (nak lagi bread). hmmm...come to think of it, banyak la ayat dia yg start with 'ak agi.........' hahahahahahaha. suka sangat tgk Hi-5. suka menari2 bila dgr lagu. mata bulat kalau tgk kartun tgh nyanyi2 kat tv. tak sabar nk tunggu adik dpt lesen bercakap. boleh berlawan pok pek pok pek dgn abang dia!

ok la..i shall stop here...nanti bila2 sambung lagi, save some for later pulak :)
apa2 pun, mama saaaaaayang aiman & humaira ketat2...mmmmuahhhhh!!!!!





Tuesday, January 22, 2013

Di kala hujan renyai-renyai....

Selamat hari Selasa....

Hujan turun non stop sejak dari hari jumaat haritu...kejap lebat, kejap renyai2..kejap berhenti...
baju dok bersidai tak kering betul lagi
jawabnya baju2 lain dlm bakul tu kita hantar ke laundry saje lah ye...
Bila hujan2 mcm ni...jln basah + licin...
Memang berisiko la  terutamanya kpd penunggang motosikal
Yang berkereta blh tahan lagi.
Tapi kepada yg berkereta tu, sambil2 bawak kereta, sambil langgar lopak2 air tu...
tgk2 la kiri kanan, takut ada motorcyclist...
kesian nanti terpercik air kat diorg..
sila lah berhati perut ketika memandu...terima kaseyyy!!

Ok, hari ni sy nk berkongsi sedikit info on what to do when u come across an accident....*tetiba*
Kadang2 time kita tgh drive kat hiway, nak balik kampung misalnya...
Lepas tu kita ternampak ada accident kat situ..
tak kira la kete vs kete ke..lori vs kete ke...bas vs motor vs kete ke...
Should we help or not?
Kalau ikutkan naluri manusia normal yg ada hati dan perasaan...rasanya most of us terpanggil utk tolong
Tapi kadang2 kita tak tahu nak buat apa
Atau pun kita pikir, ala mesti ada org yg tepon ambulance....or takpe, ada org lain yg blh tolong kot.
But in case tetiba terbukak hati kita nk betul2 tolong...apa yg blh kita buat?

Ok, the main goal is to SAFELY transfer the victim to the MOST APPROPRIATE place AS SOON AS POSSIBLE
utmost importance is TO DO NO HARM..
so... depends on the situation at hand...
Kalau ada field casualty mcm ni, first thing to do of course kena activate emergency medical response, call 999.
Then bila kita pergi ke tempat kejadian tu, make sure kawasan tu selamat....
maksudnya takde tangki minyak bocor ke...pastu ada api ke...takut nnti tetiba bommmm meletop...

Lepas dah pastikan kawasan tu mmg selamat utk diri kita dan org2 di sekitar tu, kita pun buat primary and secondary survey to identify reversible life threatening conditions such as airway compromise, severe bleeding ke, open chest wound ke etc...
Kita 'triage' the victims, maksudnya kita sort out victim berdasarkan yg critical to non critical.
Kita blh jerit kata sapa2 yg blh jalan, tolong pergi berkumpul ke satu kawasan yg selamat (ni kira 'triage green', the non critical).

Pastu bila kita berdepan dgn mangsa kemalangan tu, kita kena assess the ABC
A: Airway (periksa laluan pernafasan, make sure tak de block)
B: Breathing (periksa pernafasan, bernafas ke tak)
C: Circulation (periksa nadi)
>>>sila guna google utk dpt info lanjut on this ABC 

Biasanya mangsa yg tidak sedarkan diri, tak dpt mengawal otot2 di badan, termasuklah otot yg control lidah tu. Jadi lidah ni blh jatuh ke belakang tekak dan block laluan pernafasan. Ataupun kdg2 mangsa maybe sblm kejadian tgh mkn apa2, roti ka, cikedis ka yg blh menjadi source of blockage.
So sbb tu kena check laluan pernafasan mereka dan try remove halangan2 tersebut (ie. makanan, muntah, darah).
mcmana nk make sure airway terbukak?
Kita guna maneuver 'head tilt, chin lift'.
Macamana nak buat?
Kita letak tgn di dahi mangsa dan gently but firmly apply-kan pressure tolak ke belakang dgn menggunakan tapak tangan. Tangan kita yg sebelah lagi tu letak di bawah dagu mangsa dan tolak ke atas dan ke depan.
So maintain la buat kat mangsa mcm tu sampai ambulance sampai.
Gambar di bawah:

"Head tilt, chin lift' maneuver, gambar ihsan incik gugel
Basic method ni penting sbb kalu kita transfer mangsa laju2 dgn kete Ferrari skali pun hatta airway dia tertutup, takde maknanya!

Satu lagi yg penting kalau blh kita jgn gerakkan sgt mangsa, sbb kemungkinan dia ada neck/spinal injury.
Kita kena lah make sure yg kepala, leher dan belakang mangsa is in a perfectly still condition, sampai la ambulance sampai.

Katalah darurat sgt, ambulance lambat tak sampai2, kita nk bawak mangsa ke hospital guna kereta tapi takut nak angkat, takut ada patah mana2 ke etc.
Apa nak buat?
Kita blh cuba immobilize the neck and lift the victim as a whole into the car.
Maybe time ni kita blh meng-Mc Gyver-kan diri dgn membuat cervical collar guna suratkhabar dan selotep so that at least leher mangsa tu tak bergerak2 sgt.
Dan kalau ada papan, kayu kayan atau apa saja yg berhampiran, kita blh improvise dan jadikan splint utk menyokong bahagian anggota badan (tgn/kaki) yg patah supaya tak bergerak banyak.
contoh cervical collar yg paramedik pakaikan ke leher mangsa

contoh splint guna batang kayu utk menyokong tgn patah
And if you have a blanket, tikar yg kuat, kain yg besar, we can use it to lift the victim into the car as a whole. Sebabnya kalau sorang pegang kepala, sorang pegang badan, sorang pegang kaki dan angkat mangsa, takut lg memudaratkan sbb masing2 kudrat berbeza, dan ada kemungkinan kita ter-over gerakkan mangsa.
At least, kalau guna tikar/selimut/kain tu, kurang la sikit kot risiko utk gerak2 kan bdn mangsa from every angle. Plus, blh kurangkan kesan2 darah/body fluid dari terkena kat seat kereta :)

Apa lagi eh?
hmmm...kalau mangsa ada bleeding, kita kena try to stop the bleeding.
Kita boleh apply pressure, beri tekanan pada tempat bleeding tu.
Kalau blh gunakan kain yang bersih dan pada masa yg sama, cuba letak something di bawah kaki mangsa supaya kaki mangsa elevated (kaki ditinggikan).

Sebenarnya banyak lg yg kita blh buat utk tolong tp kdg2 kita panik sbb tgh 'emergency'...
Yg penting, sambil2 kita tolong tu, kita blh la suruh mangsa byk2 bersabar..mengucap byk2... ingatkan Allah
Kalau blh kita yg tolong ni, jangan sama2 naik panik!
Sometimes we cannot change what has happened to the patient/victim (primary injury) but at least we can provide reassurance and prevent secondary injuries due to mismanagement or disease process.

Oh maafkanlah bahasa rojak saya yg bercampur English/Malay
Dan maaf juga kalau saya tersalah ajar, kalau ada yg silap tolong betulkan :)

Thursday, January 17, 2013

Reading

When was the last time u read a book?
I mean really really read A book?
I think mine was some time mid last year, a novel by Siti Rosmizah.
It was a thick novel, but unfortunately I didn't enjoy it as much as the rest of her collections.
I dont read the papers that much either.
I occasionally read it when I go back to my parents house
Mainly just flipping through the pages without having the urge to actually read it because most of the time they print out crappy stuffs!
I only reduced my speed of flipping the pages to see certain ads on Giants, Carrefour, Tesco, Guardian etc ;p
Nowadays I usually get my daily dose of updates of wht's happening around the globe from the Facebook
Keh keh keh....

When Aiman was little, I think we used to sit down together and read a book to him a lot.
Showed him pictures and what not.
Books were quite cheap back in Sydney and were of good quality too.
So we would always buy books for him.
But with Adik, aiseh
.
.
.
.
.
.
.
Reading time
Not so much ey!!
Guilty as charged! @#$@!$^%BGFDT#$^^%*##@@!!!
Of course we tried spending time with the kids, reading together with them, playing with them.
But the luxury was not the same as before.
**cehhh...excuses excuses excuses**

Since the other half's resolution this year is to BE POSITIVE
Let us put aside all the negative vibes
and say this out loud:
I will love my kids unconditionally
I will spend time with them
Care for them, pray for them, be there for them
and of course I shall not spoil them too much ;p
(ala bucuk bucuk mama ni, meh sini mama gentel pipi...nak apa? nak toy mahal? amik la...nak apa? nak ceklat ferrero? amik la...nak apa? nak eskrem magnum? amik la.....amik laaa....amik laaaaaa)
@_@'

Anyhow it's exciting when your child is able to read!
Alhamdulillah Aiman can read and spell simple words.
However I noticed that sometimes he's confused when spelling certain words in English/Malay, especially if they have the same sound.
For example, he was searching the Youtube for 'aku anak kampung' song the other day.
But instead of typing 'Aku anak kampung', he typed it "Akoo anak kampong'
Same goes with 'jambu', he went and typed the word 'jamboo'
Huurmmm.....must help him polish up his spelling skills!

Now my next question is.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
When was the last time you read the Quran????!!
okthanksbai!!
;D






Tuesday, January 15, 2013

Dengar sini...

Selingan di petang selasa.....

Dengar sini....
Saya tak pandai bab2 politik, ekonomi dan yg sewaktu dengannya...
Cuma saya terfikir sejenak....
Sebagai contoh....
Kenapa bila ada org bertanyakan tentang 'free education' di msia,
Ada org marah dan berkata;
"Dengar sini...jangan hang gatai pi banding2 malaysia dgn negara lain seperti cuba, argentina bla bla bla..."

Dengar sini...
Tapi bila harga barang itu barang ini naik
Dan org bertanya lagi misalnya kenapa harga minyak naik lagi di msia?
Boleh pulak dijawabnya...
"Dengar sini.....bersyukur la korang harga minyak kat msia lagu tu...hang cuba banding dgn negara lain pastu habaq mai"
Boleh pulakkk.....

Dengar sini...
Ok i dont want to listen anymore!
Peace no war ;p
bai....

cukai jalan

Weekend baru ni parents dtg ke rumah, kebetulan sebab ada jemputan kenduri kawen di area IM.
Seperti biasa Aiman la yg excited kalau tahu ada org nk dtg ke rumah.
Kejap2 tanya bila tok abah nk sampai...

So pepagi sabtu tu, kami sekeluarga kuar breakfast beramai2.
Plan asal nak mkn roti canai Taj (byk cawangan Taj ni kat kontan).
Pehtu tukar plan, breakfast di Bkt. Beirut Bkt Bay Route (baru perasan mcm ni rupanya ejaan dia hehehe)
Memang ramai la manusia...makanan pun banyak.
ada laksam, laksa terengganu, nasik dagang, nasik lemak, pulut kuning, nasik kerabu, nasik minyak dan segala jenis kuih.
Selesai melantak dgn jayanya, kitorg pun round2 kat area peramu, tgk rumah2 yg baru siap dari luar (tak jumpa showhouse) and then off to pantai sepat.
Suka sgt area pantai sepat ni sebab tak ramai org.
tapi awas, taik lembu kemain berlambak...hohoho...maybe sebab area perkampungan.
ada banyak la kambing, lembu, sheep bek bek...
kdg2 sampah pun byk tp haritu area parking adalah bersih sbb rasanya baru buat operasi kutip2 sampah kot.
Budak2 dua org tu biasalah, hantu air..tapi sbb tak plan pun nk mandi ke apa...lagipun nanti tok mama bising "tokyoh laaa..ombak kuat tu" ..
so diorg main sand aje...tu pun puas pesan jgn baling2 sand, tp berjaya jugak depa menyapu sand kat rambut....

Lepas tu on the way balik, berenti tepi jalan
petik pucuk paku..
walawehhhhh tok mama nak buat bubur lambuk!!!
me loikey so much!!!!
sessi mencari pucuk paku di tepi jalan pantai sepat
so mereka semua bergumbira petik2 pucuk paku...
siap tok abah jumpa buah kemunting (eh ke kemuning???)
Yang katanya dulu2 masa dia kecik, buah tu dijadikan peluru, main tembak2 guna buluh..
skrg makin pupus kot pokok tu.
Sempat la merasa buah tu sebijik..
tapi kesian Aiman tak dan nak rasa...."kesian saya...saya nk rasa 'blueberry malaysia' tu", aiman merajuk...
takpe la Aiman, nanti kita cari blueberry yg betul punya ye....

Sampai di rumah, tok mama pun start bersilat di dapur, buat bubur lambuk..lepas tu buat pulak kuih kaswi (mcm ni ke eja??)
and then tok abah ajak ke bandar, cari bulb lampu kete (yg katanya bikin problem otw dtg ke kontan).
sebelum sampai ke bandar, isi minyak dulu...

Abah: eh ni road tax mati bila? bulan ogos?
Saya: ye la kot (sambil continue isi minyak)
Abah: awak ni biar betul... ogos 2012...ke lupa nk tampal roadtax baru?
Saya: hah??? ogos tahun lepas?! (dlm hati: mak aihhh dah 5 bulan roadtax mampus!).
Abah: dah renew blom? kot u all terlupa nak lekat yg baru.
Saya: errr....rasa mmg tak renew lg..haritu baru renew kete satu lg..yg ni terlupa kot!
Abah: uihhh teruk la awak ni...hahahahahahaha....kalau dah mati seminggu dua blh tahan lg.. ni dah 5 bulan! dah tu, berani tak nk bwk gi bandar?
Saya: takpe abah, kita gamble je...ekekekekeke

Maka saya pun bawak je la kete yg roadtaxnya dah mamfusss masuk round2 bandar sambil punya laaaa berdoa dan bertawakal jgn ada road block ke haper ke....
time tak tahu senang hati je bawak kete tu gi sana sini..
bila dah tahu roadtax dah mati, dan dan tu jugak tak senang hati wehhhhhhh!
dalam kete asyik kena gelak ngan tok abah...cessss!!!

Nasib baik haritu selamat, takde roadblock bagai..
skrg kete tu terdampar depan umah...
nanti2 la kot kita renew roadtax awak eh abang ford...
last week baru je renew roadtax adik nissan..
kita kasi gap sikit... kalu tak kopak duit tok laki i...huhuhuhu..
so u rest2 first hokeh, nanti i bagi u eksesais round2 dekat area rumah je ok
>>> apahal weiiii roadtax kat msia ni mahal berdengung!!!!


Related Posts with Thumbnails