Moh la kita tulis entry ini utk dibuat kenang-kenangan utk esok hari....
Aiman sekarang dah almost 6 y.o, adik pulak bulan depan nak masuk 2 y.o, let's compare abang and adik this time:
chenta hati saya :) |
Abang Aiman start tumbuh gigi masa umur 4 bulan. awal tu! mula2 dok perasan mcm tunggul kat gusi dia. ingatkan apa benda, punya la gi tonyoh2 tapi keras je rasa...rupa2nya gigi susu dia yg pertama sudah mau tumbuh time tu. Bila dah start banyak gigi, harus la diajarin budak kecik utk rajin gosok gigi. Alhamdulillah, aiman senang je nk gosok gigi dia. Maybe sebab time tu, mak bapak rajin melayan..angkat dia duduk kat sink, gosok gigi sambil tgk muka kat cermin, sambil gosok guna berus gigi yg ohsem pakai bateri automatik putar sendiri berus tu ala2 oral B yg kalu beli mahal nak mampus (hamek ko tak cukup satu nafas statement penerangan)...tapi yg ni kami beli kat Aldi je, siap corak Pooh lagi...murah murah...
Adik pulak start tumbuh gigi lambat sikit...dlm 6 bln mcm tu...tapi part nak gosok gigi ni maaaaakkk aihhh... susah betul!! pandai mintak berus gigi siap suh letak tooth paste tapi nanti dia pegaaaang je la berus gigi tu. or kdg2 dia pegang berus gigi sambil nyanyi2 gelek2...takpun kalau dia terlebih rajin, dia gi berus lantai dgn berus gigi tu! Ewwww dik oiii... bukan main payah nak gosok gigi dia, nak kena kepit celah kaki buat aksi ganas sambil dia melalak2 mcm kena dera..huh! kesian adik, bilik air skrg takde tempat boleh duduk2 kat sink sambil belek2 muka yeee..
Nappy
eh lupa dah mcmana ajar aiman toilet train....tapi Aiman was nappy free when he was around 2-2.5 years old kalau tak silap. Masa kecik2 dulu, selalu jugak dia kena sembelit. buah cukup, air pun cukup, sayur pun mkn...tapi sembelit jugak. kesian sampai nangis2 time ukk-ukk...usually ok bila bg prune juice. skrg dah jarang2 sembelit :)
Adik ni, bila nak start toilet trained? skrg dah reti kata ukk-ukk kalau ada isi dlm nappy. pun selalu sembelit mcm abang dia jugak. merah2 muka meneran...kesian tgk aihhh...dah tu, buah pun kurang, air masak je yg blh tahan laju...ish ish ish......ni kalu bg prune juice, confirm dia sembur balik, tak minum!!
Makan
Aiman masa kecik2 dulu kalau bab mkn takde masalah sgt. Sumbat la apa2, dia telan je..masa dia baby, rajin buat puree bagi aiman mkn, guna carrot la, pumpkin la, potato la, avocado la...pastu kalau buah pun, dia laju je. paling senang nk bg dia makan, kalau buat 'long' ie. anything yg noodle based...('long' to him is noodle). buat bihun sup simple2, suap dia..setel. tapi sampai sekarang pun makan still bersuap. kdg2 tu dia blh je mkn sendiri, tapi bercinta nak habiskan sepinggan. lepas satu suap, gi main toy, lepas satu suap lagi, sambung tgk tv......boleh bersawang tunggu dia abis mkn. nak kena remind; aiman! gigit kunyah kunyah telan..gigit kunyah kunyah telan! kalau tak, mau dia peram mknan tu dlm mulut! So utk elak dari kena bebelan mak dia ni, dia pun selalu la ckp, mama je la suap saya, laju sikit. hehehehe..bijak bijak.. memang sampai skrg pun mkn bersuap. anjeeee...
Adik pulak, sampai skrg tak tau apa favourite food dia. so far suka telur kot. pandai mintak kalau nampak egg. maybe suka mknan yg pasta based. tapi kalau harini buat macaroni, mkn blh tahan byk..nanti bila buat lagi, tak makan pulak. dah tu acaner??? mcm last week, keje dia nak mkn bread je.
Dia jenis tak berapa adventurous bab mkn kot. usually bila masuk mulut, dia kunyah2 sikit pastu luah balik. Ala2 jadi food processor la....tak telan, kunyah and luah. buah pun tak mkn sgt...sayur lagi la....sila jgn memilih ye adik! dlm rumah ni seme org kena makan sayur, including you hokeh! nasib baik kuat minum siuuu siuuu (susu). Lagi satu kalau nak kita nak suap dia mkn, very the eksyen...semua nk buat sendiri... in the end memang bersepah2 mknan..banyak yg tumpah dari yg masuk mulut. kalau nak suap dia jugak, mau mengamuk budak ni! siap baling2 sudu tunjuk perasaan tak puas hati. huihhhh takut i!
Baju
Suka main lawan-sapa-cepat -pakai-baju-dia-menang. Hehehe..tapi selalunya dia kalah, sebab mulut tu asyik nak bercaaaaakap je, tangan tak gerak2. bila nak siap nak ooiii... ni pun satu lagi anjee dia, suka nk org pakaikan dia baju, seluar, spentot bagai. Sometimes suka pilih baju sendiri utk di-match-kan. nowadays, prefer pakai seluar panjang, nak tutup aurat kekdahnya. bagus anak mama :)
Adik pulak, disebabkan faktor umur, maka terpaksa pasrah dipakaikan baju apa saje..hahahaha....tapi baru2 ni, dah reti nak cabut buang seluar dgn penuh kepayahan iyahhh iyahhh bunyinya... org nk tolong, marah...tak bagi. dtg angin kus2 dia, seluar baju pun nak pakaikan sendiri...ada tu baju masuk ikut kaki, sampai sudah tak dapat2..pastu mengamuk hahahahaha...tapi last week dia berjaya pakai seluar tanpa pertolongan dari mama, babah or abang. syabas adik!! lagi satu perangai, suka cilok spentot abang dia, pastu nak pakai...okay, jadi la superman, spentot kat luar.
babah tgh berusaha nak biasakan adik pakai tudung, tapi punya la payah...menggelupur tak bagi letak anything kat kepala dia. haiiipppp..nak kena ni!
Tidur
Oleh kerana aiman adalah anak sulung, maka dari kecik sudah terbiasa tido sekatil dgn mak bapaknya..tido di tengah2 katil. Masa baby dulu ada la baby cot, tapi last2 jd deco je, takpun jadi tempat letak barang. sebab masa tu tgh breast feeding, rasa payahnya la nak angkat letak angkat letak tgh2 mlm, so letak dia sekatil, senang keje. tapi sampai skrg still tido sekatil. bila suh tido sendiri, nanti buat muka seposen, kata ala saya nk peluk mama & babah :(
babah dia pun sebenarnya tak nak berpisah, alasan; rindu nk peluk anak...hohohoho. pastu bila tido tangan tu mesti merayap nak gentel2 telinga org.
Adik masa baby memang tido dlm cot. bila dah besar sket, tido sekatil. huihh mencabar tido atas katil queen size empat beranak hahahahaha! skrg ni adik dah tido kat cot dia balik. tak banyak songeh. mula2 dulu time tak biasa lagi, lepas dia tertidur baru angkat dan letak dlm cot. tgh2 mlm, bila dia terjaga, mesti nangis suruh angkat. skrg ni dah good girl. kdg2, dia sendiri yg suruh letak nak tido dlm tu. sampai babah dia komplen, susahnya nk tido dgn adik, nak tido sambil peluk adik..tak mcm aiman, asyik nak bertepek je. adik ni jenis rimas kalau time tido, kita peluk2 gomol dia. lagi marah ada la! kalau aiman jenis nk tido gentel2 telinga org, adik pulak suka main jari2 org...dulu2 suka gentel/ hisap bucu bantal :)
Mandi
Ok dua-dua budak kecik ni hantu air! boleh tahan berjam2 dlm bilik air, duduk bath tub, main pancut2 air.....bibir dah biru, jari kaki dgn tangan kedut sejuta pun no hal bebeh!
lepas mandi, pakai baju semua, nak sikat rambut kalu, abang dia no problem, sikat la mcmana skali pun, rambut tetap maintain tercacak...tak yah pakai hair gel. adik pulak, as usual....sangat suka berdiri di atas kakinya sendiri...nak sikat rambut sendiri...
Speech
Aiman kalau bab bercakap, blh la masuk kategori mak nenek. bercakaaaaaaaap je keje. kalau travel ktn-kl or kl-tpg, dia blh bercakap sepanjang perjalanan tu. penat dengar....kdg tu terpaksa suruh dia senyap kejap, bagi mulut dia rest...boleh??! tapi tahan seminit dua je, pastu sambung balik berckp mcm bertih jagung.
bab mengarut blh tahan jugak anak teruna ni...ikut babah dia kot! usik adik no.1! i think by 2 yrs old, aiman dah byk vocab dia....
Adik so far pun ada gaya ckp banyak jugak, although most of the time dia merapu meraban jugak ckp bahasa dia. now she can say words/sentences like mama, babah, abang, siuuu siuuu (susu), ak agi (nak lagi), nanak (taknak), ak aik (nak naik), ak air (nak air)...byk la lagi. sometimes dah blh buat sentences guna 3 perkataan; ak agi acik (nak lagi nasik) or ak agi brek (nak lagi bread). hmmm...come to think of it, banyak la ayat dia yg start with 'ak agi.........' hahahahahahaha. suka sangat tgk Hi-5. suka menari2 bila dgr lagu. mata bulat kalau tgk kartun tgh nyanyi2 kat tv. tak sabar nk tunggu adik dpt lesen bercakap. boleh berlawan pok pek pok pek dgn abang dia!
ok la..i shall stop here...nanti bila2 sambung lagi, save some for later pulak :)
apa2 pun, mama saaaaaayang aiman & humaira ketat2...mmmmuahhhhh!!!!!