Salaam to all...
"Kerna Terpaksa, aku tulis blog ini... " (ikut mcm Francesca Peter)
Baiklah, kali ini aku akan menulis seratus peratus bahasa melayu ( orang tu suka guna bahasa rojak). Hari ini hari Ahad, semalam adalah malam paling sejuk di Sydney utk musim sejuk kali ini. Ada tempat seperti di Liverpool turun sehingga kosong degree celcius. Sejuk-sejuk cenggini asik nak makan ajer... hahaha!! Tapi awas, aku dah banyak lemak!
Walaupun sejuk, aku terjaga awal jugak sebab dok teringat nak kena submit written proposal minggu ni. HY (supervisor aku) baru balik holiday 2 minggu pi Fiji. Dia nak tengok apa aku dah buat, hmm... ada apa2 kemajuan dlm 2 minggu ni? err... buntu!
Menu Hari Ini
Pastu dekat pukul doblas, perut dah rasa lapaq. "Nak makan apa kita hari ni?" aku berkata. "Udang ader, ayam ader..." jawab elyn seperti biasa, tanpa memberi jawapan tepat. "Dah bawak keluaq udang ka?" aku kata. "I don't feel like eating rice today," kataku, sebab semalam dah makan gulai ikan mackerel masa Dr F mai rumah. "abg buat pasta mcm dulu tu lah, ok?" maka makanlah kami spageti ngan udang for lunch...opps, utk makan tengahari. Habislah stok udang dalam peti ais tu.
Dok sat dah nak gelap. Winter ni tak syoknya siang tu agak pendek. Pukul 5 dah masuk maghrib. Maka otomatiklah masuk waktu makan malam. Selesai solat maghrib, aku singkap kain pelekat ala2 mamak, tapi tak tahan dolat sebab sejuk, aku turunkan balik kain aku. Kalau tengok lawak jugak sbb pakai kain pelekat sekerat, pastu pakai stokin belang2. Aku dan elyn masuk dapoq. Malam ni nak makan beefsteak. Elyn ni memang suka makan beef. Daging dah diperap dgn bahan2 terpilih sejak tengah hari tadi lagi. Bila oven dah panas aku pun letak daging atas rak pembakar dan masukkan dalam oven. Orang kata pompuan takleh pegang daging lama2, nanti daging jadi keras, betui ka? Maka elyn punya tugas ialah sediakan salad dan kentang lenyek. Aku bakar daging dan masak sos cendawan. Beberapa ketika kemudian makan malam yang seimbang seperti di dalam gambar di bawah pun tersedia...
CHO dari potato
Protein dari daging lembu dan susu
Lemak dari daging dan minyak zaitun dan buah zaitun
Vitamin dan mineral dari daging, salad, cendawan dan buah
Eh, esok pagi final, ops, perlawanan akhir bolasepak piala dunia la. Boleh la stay up buat keje malam ni (konon2 kalau tak tido nak tengok la). Sapa menang???
Chiaw...
~AzDiE~
Suara Keramat
8 years ago
11 comments:
Fuyooo..sedap nye sehingga menjilat jari..camni nak pi penhurst..
k.sam
frances st
chef wan, caner buat gravy tu ek? cam sedaaaaap tgk! pass la kat chef wan glasgow resipi die okeh?
chef wan glasgow, pah ni buleh la buat international collaboration..huhuhuhu...
~bini chef wan~
dear patin...
Bahan2 yang digunakan tadi adalah:
bawah besar dicincang
garlic sikit aje
tomato dicincang
cendawan potong la lagu mana pun
oyster sauce
worcestershire sauce
kicap cayaq
herbs (ikut suka nak rasa apa)
black pepper
tepung jagung dibancuh ngan air sejuk
mula2 tumis bawang+garlic+tomato with olive oil till lembik. pastu masuk la benda2 lain tu. Actually masak pakai sesedap rasa jer, so bleh senaraikan bahan je lah, mu ejah seniri deh! sdak dok dak leh tanyo kak eling mu..
~AzD~
kain pelekat sekerat ngan stokin belang2? hmmm, cam kartun yg jadik banduan jek...
pompuan takleh pegang daging lama2? hmmm, kesimpulannya, takyah la memasak, muahahahhaha...
tu muka sapa yg tgh mkn dgn syoknya tu? dah sah la conman nie, sbb cover mata!
HAHAHAHHAHAHA terer sehhh die kecek klate+ganu!!!! sapo cekgu?
tidakkkk!!!!! abg azdie lak start tepek gambo food yer??/ ni takleh sbr dah nih. mmg tak buleh!! skang jugak sy pi umah! :D
jap takpaham part gambo mata itam tu. apa kah itu? ooo..makan steak kene pakai cenggitu ke? emmmm..(angguk2).
oh antar written doc ye? sesama kita yer..good luck!
kak ja, kain pelekat sekerat ngan stoking belang2 tu la yg menambah kemachoan conman itu..haha
fathing...hooo laaaa, big boh terer doh kecek rojok tu. kelate +ganu =kelanu. hahaha... dok prektih sokmo sapa bbuih muluk!!kdg tu hok tok bbutir ade jugok.. sie..sie... :p
itot, gambo mata itam tu mcm gaya anonymous la konon2. alaa..mcm dlm paper tu.. nak rahsiakan identiti sebab mkn banyak... hahahaha!! yeah..tepekan gambar sudah bermula.. this is just the beginning muakakakakaka
kak ja> tak best pakai seluar, nak kain pelekat jugak walaupun berstokin belang.
fatin> doh nok wak guane.. kawin ngan org keturunan kelanu.. kwang3X
itot> Sila jempu mai dtg...itamkan mata bukan apa, kang ada yang tergoda ngan renungan mata I kang susah lak... ;p All the best with ur writing..
~AzD~
ish..cun la gamba2 makanan sini..esp steak tu.pandai amik gamba.sape yg pandai itu??
u all ni rajinnya memasak..nanti leh la akak mintak resepi ye..
kaknjt ni ucunajat yer? tengok la wife sapa yang tangkap gambar, mesti la cantik, tapi lagi pandai sapa yang arrange food tu supaya gamba tu jadi cantiks.. ekeke
~AzD~
Post a Comment