Friday, August 11, 2006

trip to snowy mountain



Dah sebelas hari mama & abah aku duduk kat rumah aku, dan dah banyak tempat aku bawak diorang gi jalan2. Yang paing jauh kitorang pegi main snow kat Snowy Mountain, ikut rombongan student Indon. kitorang naik coaster dari wollongong pukul 12.30 pagi hari Sabtu 5hb ogos, sampai kat Cooma, pekan paling dekat dengan snowy mountain tu dalam pukul 5.30 pagi. Duduk lepak2 jap sementara tunggu tempat nak sewa baju tebal bukak. Then pukul 6 tu masuk dalam kedai tu, Skico, untuk sewa baju tebal ngan boot dengan satu toboggan. Masing2 kesejukan, pastu pegi breakfast kat playground dekat situ. Sejuk sampai ke tulang... makan minum terketaq-ketaq. pastu perjalanan diteruskan ke snowy mountain.

Sampai kat satu area ni dah mula nampak tompok-tompok putih, salju di tepi2 jalan tu. Then nak dekat pukul 9 kot kitorang pun sampai kat Perisher, tempat orang naik ski. tapi aku tengok je la org main ski, kasut roda pun aku tak lepas nak berangan main ski. naik toboggan ni pun dah best, ala2 main upih pinang masa kecik kat rumah Pah.. tapi kali ni takde org tarik la, dari atas bukit tu turun meluncur. Sonok beb, macam budak2 je rasa. takde nak malu2 dah, bukannya orang kenal aku kat sini. Sonok main salji, aku ngan elyn siap makan lagi salji tu, krup-krup bunyi dia. Ni kalau bawak sirap merah, jagung dlm tin, kacang merah ngan lengkong ngan cendol leh buat ABC nih! hmm... slurrpp!!



mak aku dah masak nasi lemak siap ngan timun, ikan bilis, kacang n sambal tumis dari rumah noor lagi, jadinya lunch hari tu berkelah atas snow la kami. cewahh... lapaq punya pasai abis satu bekas nasi aku makan. orang lain semua tinggal ada belen, last2 aku gak yang tolong perabih belen elyn...hahaha... Masa ni jugak la first time amik wuduk ngan salji, sejuk nak mampus, tapi gasak je lah. ni antara pengalaman yang paling best sejak aku kat sini, sebab mak bapak aku ada sama.

then around 3 pm. kitorang berkumpul dan bukak baju tebal masing2, get ready nak balik. sampai wollongong dalam pukul 11mlm tu jugak. konon nak terus balik sydney, dah keta tak bleh start pulak. jadi makanya tidoq la kat rumah noor malam tu. isok pagi pi cari bateri baru, bleh la start, then baru balik rumah... hmm... aku dah agak dah, duit nak keluaq lagi la ni... mmg pon, minggu ni abih kat keta je dah beratus AUD. esok nak pi wollongong lagi, pasal kereta jugak la.. nak save duit nak bawak mak bapak aku jalan2, tup2 abis ke lain... tak ape lerrr... ujian Allah...

nanti gambaq kami kat snowy mountain soh elyn bubuh. ka kat fotopages ka nanti. gambaq semua ada dlm laptop dia. Elyn, tolong upload gambaq kat sini nanti na! C ya!

~AzD~

4 comments:

Anonymous said...

vah vahh vahhh..bermain salji tu...best best..tullah kalu ada mak ayah sekali sure lagi seronok meriah gitu ek. wee sejuk eh...lenkali pi kene bawa 2-3 bekas nasik kot abgazdi? :D

Anonymous said...

noor dah upload gmbr kat fotopages..tp..x semua..nnt upload lg..tp..makan naik lmk atas snow..mmg best!!!hehehe

SAMPOY said...

best nye ...

Elyn said...

wokeh, thanks noor.
Sam, memang best. meh la sini lagi tahun depan ke? hahaha....main snow kat genting x syok.
~elyn~

Related Posts with Thumbnails