ntah, tak tau nak tulih apa. buntu, bingung, bengang, bengong, stuck, ngantuk, malas, geram, mengada-ngada, mcmnn expresi emosi diri di kala ini, aku sendiri pun tak tau.
hmmm... mari kita tulih pasal makanan. lama dah rasanya takdak crita pasal makanan kan!? food is my passion, ianya membawa ketenangan dan kepuasan (and of course kekenyangan dan seterusnya kegemukan jika tidak terkawal). Makanan bukanlah semata-mata benda yang dimakan secara fizikal, tetapi makanan juga mempunyai pelbagai nilai, makna dan maksud yang tersendiri. Maka apabila kita menjamah makanan, kita bukan hanya makan makanan secara materialnya, tetapi juga kita makan makna makanan... Mungkin kita akan pelajari tentang antropologi makanan dan pemakanan di episod yang lain.
OK, apa menu kita harini? Sebagai peringatan, makanan2 di bawah adalah antara makanan yang dimakan minggu ini, bukannya dimakan pada masa yang sama... tomok la kalau masak macam2 yang nak makan hanya dua setengah orang!
Gambaq yang pertama ni ialah ikan snapper stim bersama champignon dan sayoq2 lain. nasihat aku ialah toksah beli ikan snapper yang besaq2 sangat, sebab isi dia dah keras, ikan toa kot. tapi memandangkan tukang masak yang masak tu hensem dan berkaliber, tua-tua si ikan snapper, sedap jugak bila dimakan.
Gambaq kedua ni ialah kerabu parsley. apa orang melayu panggey parsley ha? tak ingat pulak. sedaap, nasib baik sini ada jugak juai nyoq parut, buleh jugak buat kerisik. kerabu kalau tak boh kerisik tak syoq. walaupun bekas dia tak cantik mana, tapi sebab orang yang potong daun parsley tu comey, mengandung pulak tu, menambahkan kesedapan bukan sahaja di tunas rasa, namun di mata dan jugak hati. Di tambah pulak dengan kaler2 bahan yang dibubuh dalam kerabu tu, meriah sungguh. Tapi kan, aku asik dok teringat makan kerabu perut minggu lepas kat rumah member, dia buat house warming. pergh... meleleh ayaq lioq. dah dah! silap2 satgi esok pagi jugak aku pi cari perut lembu.
Gambaq yang ketiga ni western sikit. Kaya dengan omega-3, rasa pun sedap sekali. ish, terlioq pulak sorang2 tengah2 malam ni. ni aku buat salmon steak ngan sos lemon yogurt (boh nama sendiri, tak tau nak panggey apa). Makanan sihat, tambah pulak makan dengan salad campoq. kenyang ooo sapa kata ratah ikan tak kenyang, cuba hangpa try tengok. tapi bahan2 dia kena kena la, kalau pi bakaq lagutu saja, paihtu pi tuang yogurt kosong tak sedap jugak. nak tau macamana? sila hantarkan sampul surat bersetem beralamat sendiri beserta money order bernilai AUD25 atas nama saya... kehkehkeh...
OKlah, sekian sahaja ruangan Makanan Minggu Ini. Sehingga bertemu lagi di lain siaran, semestinya bukan pada waktu yang sama dan tidak juga pada hari yang sama, bergantung apabila diminta oleh pengarah... hehe...
~AzD~
Suara Keramat
8 years ago
5 comments:
waaa...suamiku bukan sahaja pandai masak malah pandai buat lawak... hehehehe...... buleh jadi tukang "mawak"!
pergh... meleleh ayaq liuq aku...
parsley tu tak silap aku melayu panggey selasih... betul ke? erk...
adehhhhhhhhh!!!! tolonglahh! baru je termain-main di pikiran ku ini 'sila tanya segala resepi- sila tanya segala resepi', tapi AUD25 tu berjaya meluputkan segalanya. bukan apa, malas nak pi buat money order tu. guna eftpos je takleh ker??
hahahhahaa..
tak koserrr laa..share aaa resepiii... (nangis sambil lap air liur berjejeran)
nyum nyum sedapnya salmon tu. semalam baru je mamam smoke salmon.sedapppppp.
to ucu:
daun selasih depa panggil basil sini. elyn tak suka sebab bau dia. parsley ni macam daun sup sikit, tapi kasaq lagi. dok cari daun selom tak jumpak lagi.
to itot:
kerabu-tumbuk sambal belacan, sediakan kerisik, garam, gula, jus lemon/limau. adjust la bahan2 tu ikut sedap. gaul la dengan parsley ke, togeh ke, perut ke.
salmon-tumbuk bwg puteh ngan lada itam, garem, lemon juice, olive oil. lumur atas ikan, perap sat pastu masuk la oven 180C 15-20 minit.
yogurt sauce-yogurt, black pepper, garam, mint sauce sikit, lemon juice. pukul sampai yogurt lembut. kalau nak jadikan raita, makan ngan nasik briyani, tambah timun parut, pastu tumbuk jintan putih yang telah digoreng kering. wangii aje. buat dip on sodap..
ikan stim- ntah, main ikut suka je
to akak buah-buahan:
jgn makan byk2 smoke salmon tu, byk added salt. go for fresh one.
OK, nak pi tidoq dah.
Post a Comment