Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud,
"Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi {Toha:55}."
"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur {Ali ‘Imran;145}."
Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang benar. Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Betapa mudahnya kematian dengan izin Allah. Jumaat, 23 November 2007 bersamaan 12 Zulkaedah 1428h, Pak Lang telah kembali ke rahmatullah ketika sedang mandi bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Pak Lang pergi di usia 50an. Seingat aku, Pak Lang seorang yang tidak bercakap banyak dan suka menolong orang. Dialah yang menjaga arwah Tok Wan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.
Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan rahmatilah dia. Ya Allah, tempatkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, berikanlah kekuatan dah ketabahan kepada isteri dan anak-anaknya dan peliharalah mereka.
Al-Fatihah buat Pak Lang, Wan Hussin bin Wan Chik.
~AzD~
Suara Keramat
8 years ago
No comments:
Post a Comment