Monday, September 08, 2008

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem

It is almost a week since the month of Ramadan has started. For Muslims who observe the teaching of Islam, it is the month when they fast during the day, beginning from dawn until sunset. During this time, one should not only prevent oneself from eating and drinking, but also avoid doing things that can cease the fast and stop doing unbeneficial actions. It is the best time to double one’s ibadah and recite the Quran, aiming to conclude reading the entire book in one month.


Nevertheless, Ramadan does not stopping us from doing activities together with family and friends. There are two types of pleasures promised for those people who fast: one in the day of judgement and another is during Iftar, or breaking the fast. And these two ni’mah will only be enjoyed and experienced by true Sa’im. It will be more blissful if we can get together for iftar, prepare food for other people, enjoy different kind of food together and perform Solat Tarawih jointly, which only present during Ramadan.

It is the third Ramadan for me and my wife in Australia. Fasting in a foreign country, where the majority are non-muslim, is an experience not everybody will have. “OH! It is that time again! I’m sure you will lose some weight”, said one of my friends. “I’m sorry. I’ll try to eat slowly in front of you, since you can’t eat” said another thoughtful friend. Meanwhile, some just bite the Pringles hungrily. I keep on telling them to just proceed as usual, nothing different is happening. I am just fasting, I am not starving myself to the point that I can’t control myself when food is around me. In fact, these type of challenges will make us stronger.

So, to celebrate the beginning of this holy month, a few friends around Sydney have gathered for an iftar at Abg Ghazali’s house yesterday, Saturday, in Blacktown. Among the special menus are satays, curry mee, sup kambing (not sure whether lamb or mutton), bubur lambuk and a lot more. There were lots of food that everybody ended up with full tummy, and have some take-away before going back home. We also enjoyed performing solat Maghrib, Isya’ and also Tarawih in jamaah. Another special event, there was also a Fathers’ Day cake, prepared by the mothers, since today is Fathers’ Day celebration here in Australia. Thanks to all mothers who have done a really good job in remembering special events like this, not like us fathers, haha. Hope you guys were not looking forward for the same kind of thing in the coming mothers’ day celebration…

~AzD~

Friday, August 15, 2008

"Aiman bagus skalii!!"

Alhamdulillah, Aiman good boy. Baru balik solat jumaat kat masjid bankstown ni, jalan kaki 6 minit 60 saat sampai la. Nyaris tak pegi sebab earlier aiman ngengada, nangis la, merengek la. Lepas bagi makan, siapkan susu ngan air masak ngan tingting, tolak jugak naik stroller. He was OK all the way, tengok bird. Kat masjid, biasa la, parking kat tikar ujung sekali kat luar, biar aiman ngadap jemaah. Masjid tu kecik aje, so depa hampar tikar kat parking lot. Imam dah baac khutbah suku dah. Dalam hati dok doa aiman tak meragam la, sebab dia sleepy dah tu. Biasanya Jumaat kat school, hari ni second time usung aiman pi masjid. First time dulu ada pakngah dia.
Ramai budak2 muda, hat tua pun ada, dok lepak kat belakang tepi pagar, dok bersembang. Depa ni tak tau kot kalau tak dengaq khutbah takdak padhilat solat jumaat la, dok buat laghaa. Seb baik khutbah lagi kuat dari sora depa ni. Bila solat dah nak mula, kalut la mai dok masuk barisan. Keluar dari kereta yg parking dekat ngan aiman sorang bapak budak dok dukung anak pompuan dia, besaq sikit dari aiman. Dia masuk dok ujung sekali tepi aku, dan letak anak dia sebelah dia. Dok diaam ja budak tu sampai pak dia abih solat. Dalam hati kata, "hmm ada jugak geng bapak2 mcm aku, kena bawak anak pi masjid". Aiman pun good boy, kelik pok kelik pok mata dok tgk orang semayang.
Gambar ataih stroller tu masa dah nak balik, sengih ja. Aku bukan apa, masa kat masjid Penshurst dulu tok imam tu kasi warning, " it is a sin if you bring your children to Jumaah prayer". Mungkin sebab bebudak ni bising kot, pastu masjid tu takdak compound yg luas macam kat bankstown ni. Tapi kan, tak tau la mana mai kata berdosa bawak budak pi masjid. Kadang2 tok2 imam ni cakap tak pikiaq, bila kata lagu tu mola ada orang yang tak pi masjid langsung sebab nak kena jaga anak. Patutnya dia habaq la suruh bapak2 ni kawai anak2 depa, bukan pi habaq kata berdosa mai masjid bawak anak. Bukan ka? Bila pikiaq2, ada hikmah aku mai pindah bankstown ni. Bukan takat kata buleh bawak anak pi masjid, dapat dok saf depan lagi. Sebab masjid tu kecik, lepas khutbah, belakang imam akan berjalan keluaq dan pi dok kat depan sekali. Kiranya aku dok line depan la, walopon jauh dari imam. Satu ja, doa bagi AIman tak keriau sudah.
Tok imam hari ni cerita pasal nisfu Syaaban, pastu ramadan dah dekat. Malam esok ada program lepas solat Isya' sempena nisfu Syaaban. Kalau kat malaysia kebanyakan masjid dan surau buat baca Yasin 3 kali. Kat sini depa tak buat. Malam ni kat MyHall ada ceramah sempena isra' mi'raj. Tak dengaq cerita pulak pasal nisfu Syaaban. Mphh takpa, kita pakat buat sendiri la no. Bukak buku baru ni harap2 berkurangan la catatan dosa, buku hat lama ni tak tau la banyak mana merah.
OKlah, nak pi makan tumpang aiman dok lena. Dia terlena masa on the way back tadi ataih stroller. Wassalam.
~AzD~

Friday, July 25, 2008

HaPPy BiRtHDaY!!

To by beloved wife, I want to wish you a Very Happy Birthday!!

Wednesday, July 16, 2008

Hi Everybody

It has been quite some time since the last time this blog has been updated. Just sharing some funny toons I received couple of years ago...
















~AzD~

Wednesday, May 21, 2008

End of autumn.....autumn in my heart....hehehehe

salamsss......

what??? Autumn in my heart?? Sapa tgk citer korean tu angkat tangan!! isk..isk..isk...very the tragis.... Haritu balik gi beli CD citer korea tp sampai skrg tak tgk2 lagi. Bila ntah nak tengok.
Hmmm......so what to tell this time. Nothing much. It's towards the end of autumn... sejuk... siang pun pendek. Pukul 4pm kat sini rasa mcm dah maghrib. Boring betul.
Aiman has officially walked. Cute sgt montot dia... hahahahaha... tp time dia boring, dia merangkak je. He started walking right after his birthday...rupanya haritu demam sebab nak berjalan. Hahahahaha........

Monday, May 05, 2008

HaPpY 1st BiRtHdAy To OuR dEaReSt AiMaN.....

Salaaam to all...

Today 5/5/08 marks the first birthday of our dearest son Wan Muhammad Aiman..... Happy Birthday To You!!!!! Mama ngan Babah doakan semoga Aiman menjadi anak yg soleh, panjang umur, murah rezeki, dan diberkati Allah selalu. Hmmm...kejaaaap je dah besar anak mama ni :)

Last Thursday tok mama and tok abah dah selamat sampai from KL (bila cuna ngan angah nk sampai ni??). Tapi dtg sekejap je. Rindu kat Aiman la tu... Pastu last saturday, kami buat mkn2 sket...sempena masuk rumah baru dan sambut birthday aiman sekali. Tercelebrate awal pulak... hehehe. maklum la, mak dia kan excited terlebih2.

Alhamdulillah, all went well. To all our friends, thank you very much for coming and thank you for all the birthday wishes and presents!
Hope you guys have enjoyed the day and the food. Unfortunately during this happy day, Aiman was not feeling very well. Has been down with fever, cough and runny nose since Thursday. So tak ceria sgt, asyik meragam & nak berdukung je. Kesian tok abah ngan tok mama dtg jauh2 nak main ngan aiman, tp aiman buat dek je, tak moh kat org. Hmmm..... get well soon ok bebeh??!

Thursday, April 24, 2008

New home

Alhamdulillah........ dah selamat pindah rumah. Penat ooooo.......Kitorg start packing2 barang hari khamis last week. Hari Jumaat dapat kunci, terus pindahkan brg sikit2. Pastu hari ahad AzD gi sewa lori 3 tonne nak angkut semua2 brg yg besar (ishhh...tak smpt amik gbr sebagai bahan bukti dia jd driver..takpe, nanti tepek gbr dia bwk lori masa pindah dari wollongong dulu). Lepas ni sapa2 nk cari driver lori ke, nak cari removalist ke blh la cari kitorg ok??... ehehehe...
Terima kasih byk2 to hero2 malaya: abg lan, efi, abg udin, abg hassan dan juga girlfried masing2 kak zurin, kak khaz dan kak linda sebab sudi tolong kami. Aiman pun seronok sebab dpt main ngan kak long, abg ngah (yg sokmo bz main wii ngan lego dia tu) dan abg chik. Sorry la sampai mlm baru selesai. Jasa kengkawan semua takkan kami lupakan...cewaaaah!
Dulu masa mula2 pindah dari wollongong ke penshurst, brg tak la byk.... skrg ni sampai penuh satu lori. Aiseh....gaya mcm nak dok sini lama je...sungguh kurang kesedaran. ahaks
So officially semua barang dah kena angkut, rumah lama pun dah kosong. Tinggal nak cuci2 sket mana yg perlu before agent dtg wat final inspection. Hopefully dpt balik full bond, insya allah. Kat rumah baru ni pulak rasanya dah almost 80% siap mengemas. Kesian azd tertonggek2 angkat brg sorang2, kemas itu kemas ini. Nak tolong mengangkat sama2 tak boleh pulak sebab tuan putera sibuk nak berdukung. pantang letak je, siren dia dok bunyi... ishhh.... tak pe la, bakar sikit kalori babah kan aiman kaaaan.
Hopefully by this weekend settle everything, sebab next week tok mama ngan tok abah nak dtg. yeay yeay...pastu nak wat besday party utk aiman. yeay yeay lagi!!! very the excited ok!!!!
Eh tak citer pong lg pasal rumah baru ni. Ekceli rumah ni kitorg took over from kak khaz sebab dia pun pindah ke rumah baru. Dekat je dari rumah kitorg ni. Sepatutnya org lain yg masuk, tp atas sebab2 tertentu, depa cancel tak jadi nak move in. So maybe rezeki kitorg la kot jadi org Bankstown.
Seronok betul aiman sebab rumah baru ni luas dari rumah lama...So blh la dia tukar gear 5. Dulu asyik2 gear 2-3 je. Haha...Azd pun seronok gak sebab tercapai hajat dia nak ada garage utk keta...Lepas ni takde la taik burung bersepah kat atas kete ye babah??? Ahaks...
Pastu dia sgt high sebab dinding2 kat umah ni byk hook. Maklum la, rumah lama dulu landlord tak bg letak hook kat dinding. So skrg blh la dia tambah koleksi jam dia yg sedia ada. Tak lama lagi blh la bukak kedai jam....(yeaa..selain terer bawak lori dan minat memasak, dia juga sgt minat ngan jam.. oooh laki ku). Skrg ni dah ada 3 jam kat umah. Satu jam bapak besar yg grandfather clock tu, satu yg gantung kat dinding yg blh nampak movement dia tu, satu lg jam antik dia beli kat ebay. Kdg2 tension gak kalu tgh tgk citer best kat tv, skali semua jam tu berbunyi...bersambung2... ding dong ding dong la... ting la... dong dong dong la.... (jgn marah aaa laling i tulis kat sini.. hehehe)
Anyway, berbalik kpd citer asal pasal rumah, all in all rumah ni mmg best sebab ada internal laundry, siap ada dryer. Ada garage. Dapur ngan hall pun luas. Ground floor lak tu. Syoook ooo. But of course la bila ckp rumah ni best segala bagai.. it comes with a price. Sewa pun mahal beb!! Rumah kat wollongong dulu kitorg sewa $105 per week. Bila pindah penshurst naik $200 per week. Then starting from last yr ngan early this year, depa naik harga sampai jadi $220 perweek. Tu pun actually kira murah lagi la kalu nk dibandingkan ngan sewa rumah2 lain. Ingatkan sampai habis dok kat situ rupa-rupanya kena pindah jugak. So rumah skrg kitorg sewa $280 per week. Read carefully, per week, not per month! Kalu congak2 convert to RM dah berapa dah... huhhhh.....sedih sedih. But what to do.... everything is getting more expensive nowadays.... ala, lagi pun padan la sewa rumah ni ngan condition dia... kedai pun byk..tak jauh mana pun. ok apa (nak sejukkan hati).
ok la nak tidoooo.....aiman ngan babah dia dah selamat dah zzzzzzzzzz.............nite!!

Sunday, April 13, 2008

House Hunting

Aaargghhh...fenin fenin.... nak pindah ke tak??? nak pindah ke tak??? nak pindah ke tak??? sungguh jiwa kacau ok... kesian kitorg tauuuu!!!
The current landlord has put the unit we're renting in the market. So like EVERY Saturday the agent will come for the open house kat umah kitorg (bukan open house mcm kat mesia tu makan2.... tapi open house for the prospective buyers). So there'll be people coming in and out inspecting the house for half an hour. Very the uncomfortable..... and it will continue on like this every saturday until the unit is sold.
So the dilemma now is whether should we stay or should we go?? The agent says probably the new landlord might want to continue leasing the unit, so we can stay on je lah. But what if it's not? Then kena la cari rumah lain. And it's not easy to find a new house nowadays. We actually have started to do some house hunting and to date 2 of our applications have been rejected. And mind you, the number of people looking for houses to rent tersangat la ramai sampai kalu nak inspect rumah tu beratur panjaaaaaaaaang mcm nak beli tiket bas balik kampung!!
So skrg ni we decided to pindah la kot.... hopefully dapat rumah yg OK....isshhh..tak suka la pindah2 ni......

Welcome to Sydney Ijan


Last week, a good friend of mine, Ijan came to Sydney for a break.... a break from a hectic job, a break from the same old daily routine and of course a break from a sad love life. Kesian dia tauuuu..... kisah cinta yg sadis... uhuk uhuk...tapi tak leh la citer kat sini, nanti kena fire ngan ijan.. hehehe.....
Sapa2 yg nak berkenalan ngan kawan saya ni, sila la bagitau saya...tak rugi. Kitorg friend2 dah lama, since kat ukm lagi.... pastu after grad, sama2 jadi HO kat hospital taiping, dapat pulak sama posting. So memang berkepit je la kitorg dua ketul ni. Bila teringat balik time muda2 dolu kat tepeng seronoknyer kan ijan, especially time extra co-curriculum activities lepas keje. ngeh ngeh ngeh.....Gi Ipoh la, gi penang la....rindu nak makan kat Johnny's ngan kenny rogers... waaaaaa
Anyway, ko datang kejap sangat la Ijan, 4 hari mana cukup nak meronggeng (minus the days dlm flight). But anyhow, we managed to bawak ijan jalan2 round mana yang patut. Memang packed la schedule 4 hari tu sampai lenguh2 kaki berjalan byk. First day Ijan sampai je pagi2 Rabu tu we all bawak dia ke Blue Mountains and Featherdale wildlife park, so sampai la hajat dia nak tgk koala and also the kangaroos.... and the next day dan hari2 seterusnya brought her to Kiama/Blowholes...Jln2 kat sydney CBD. Dan mesti la gi tempat2 wajib ie opera house, harbour bridge, paddy's market etc.
Tapi kesian kat Ijan, hajat nak climb the harbour bridge tak kesampaian sebab dah full. Nak panjat hari ahad pagi2 tu takut dia tak sempat nak kejar flight balik pulak. Takpe la ijan, ko kumpul duit byk2 pastu datang sydney lagi ek.... confirm next time blh naik bridge tu... hehehehehe....
Apa2 pun ijan, AzD and I hope you really enjoyed your short time stay in sydney.......and of course be happy with all your fridge magnets...hahahaha... tak ku sangka ko minah magnet!!!

Friday, April 11, 2008

Easter Show 2008




The title says it all....although it's kinda backdated punya story which happened last month, tapi takpe la. Nak citer jugak sambil tunggu citer Grey's Anatomy nak start. So, The Royal Easter Show as always, was held at Sydney Olympic Park for almost 2 weeks. Awal2 lagi dah pakat nak gi ramai2: us, abg lan ngan kak zurin, kak linda ngan abg hassan, kak ikin ngan din ngan ashraf and also nora ngan jumadi ngan anak depa. Bgn pepagi tu hujan, so mula2 mcm tak jadi nk gi. Nak dijadikan cerita, stroller aiman lak boleh tertinggal kat kedai makan mlm sebelum tu. ciiiittt...sedap sgt la tuh mkn sampai stroller anak pon bulehs tertinggal...hehehehe... nak gi amik pagi2 tu, kedai tak bukak lagi. So mmg ingat tak jadi nk gi dah...taaaaapi...last2 gi jugak. yippiiesss....
Sampai sana, sewa stroller kat situ (hmm..blh tahan mahal gak tp nk buat mcmana). Cantik pulak stroller sewa tu, sama kaler ngan baju kitorg anak beranak, merah... hehehehe... hopefully lembu tgk tak kena kejar ok!?
Ramai betul manusia, masuk ni dah kali ke-3 gi easter show. Not much difference pun actually. Ada all sorts of binatang ternakan ie lembu, sheeps, ayam, kuda, oink oink (uisshh geli i), itiks..apa lagi ek? pastu masing2 ada la buat pertunjukan. Ada games ala2 fun fair.... ada show bags.... And kali ni, abg hassan ngan assistant kehormat, kak linda yg jadi ketua rombongan. Siap bawak troli tu gi easter show.

This time, we put Aiman on a pony ride. wachaaaa...babah dia kata, sambil dok tgh ride tu, aiman sibuk nyanyi2... hahahaha....
Bila masuk kat show bag hall tu, dah kelabu mata tatau nak beli apa... rasa dlm hati nak beli mcm2 tapi we ended up beli 2 bags je. So kira ok la tu, jimat duit mak. Satu bag cadbury, satu lg bag Thomas and Friends utk aiman.
Lepas penat jln2 kat situ, balik umah terus terbabooooo..... Ptg tu pulak, gi amik stroller aiman yg tertinggal kat kedai mkn pastu terus ke Eastlakes, ke rumah erin/shah. Birthday sarah khadijah...

Friday, March 21, 2008

Zig Zag Railway

Yeah...I'm baaaaacck.... two entries in a row. Rajin pulak saya pada pagi yg mandom ini. Hmmphh hhmmpphh....sangat bangga dgn diri sendiri. Hahahaha.... Ye la semalam kat mesia kan public holiday sempena Maulidul Rasul, hari ni lak Good Friday kat sini, hari senin nun public holiday lagi. Jadi harus la kita combine semua2 cuti yg ada baik di Mesia dan juga di Australia supaya tidak kerugian satu pun cuti2 wajib ni. Hahahahaha..boleh???? Ok, so yesterday we went to Zig Zag Railway at Lithgow, further north dari Blue Mountain.

Ekceli azd kata dia nak cheer up kan hati bini dia yg gundah gulana berjiwa kacau ni setelah menerima berita yg amaaaaaaaaaaaaaaaaattttt la mendukacitakan lagi mengecewakan. Hmmm, tak leh la nak story kat sini pasai apa... nanti wa manyak sedih ooooo. Anyway, back to a husband's effort to cheer up his wife, maka bertolak la kami tiga beranak tgh hari buta tu. Walopon my mood masuk longkang, i layan je la niat murni suami tercinta ku ittew. Memang cun la timing we all sebab sampai2 je kat situ, train dah nak bergerak. There weren't many people pun semalam. 3 family je including us. All in all, biasa2 je tempat tu. Nak kata best sgt pun tak jugak. It's a historical place, what do you expect?? Hehehehe.... kalu sapa2 berminat, boleh la skodeng kat sini http://www.zigzagrailway.com.au/
Bila bangun pagi ni, mood ada sikit baik juga. Hmmm...susah jugak jadi org yg rigid ni, payah nk accept things easily. ngeh ngeh ngeh... Hoh doh nok wat guane...that's why I'm me. Sorry ye laling.
ok la, putera aiman dah mangun tido... dok kutil apa ntah tu..daaaaaa!!

BBQ UoW

Assalamualaikum semua.... Hmmm...lama betul tak hapdet blog. the previous entries were done by yours truly aiman's babah. Semangat gak wan azdie menghapdet blog.. hehehe...bagus bagus..teruskan usaha murni anda. So what to story mory this time? Masih kah terasa demam pilihanraya? terkejut dgn keputusan kali ini??? ooouhhh......jgn dong...maybe it's time for some new changes. Yang penting, tak moh la gaduh2. Hopefully Malaysia akan terus aman damai, bersatu padu, bertambah maju... ewah!! Ok la, tak moh dah citer pasal politics. Lets move on to the next chapter --->BBQ UoW. It was held last week kat tempat biasa, North Beach. Kami buat rombongan Cik Kiah...bawak Ustaz Zuhir+Kak Aishah+ Muhaimin, ngan org2 kuat baru Maipisa..eh eh tershashul lak, MyPSA; Farid and Hazizan sekeluarga. 4 bijik kete from Sydney. Bertolak pagi tu and memandangkan semua tak penah sampai ke Wollongong (except for Ustaz Zuhir, tu pun due to official matters) so AzD la jadi kepala....kepala tada..ekor mana bole adaaa.. Sampai2 je North Beach, masing2 bawak turun stroller anak and kaum2 bapak pun tolak la stroller menuju ke spot BBQ tu. Memang meriah tahun ni punya BBQ. Ramai new students, mostly bebudak Masters. So takde la kenal sgt. Bila tak kenal sgt, mula la malu2 kucing..meoowww... I kan very the shy. hahahahaha... Nasib baik ada gak muka2 lama yg dikenali, maklum la dulukan kitorg pun org Wollongong gak. Makanan pulak banyak betul. dah nama pun bbq, harus la ada segala ayams, sausages, kambings, dagings, pastu apa ek benda bulat2 tu kafta ke??, laksa penang (patut kena tukar nama laksa buyung sebab yg buatnya mak buyung..ahaks) and of course desserts...sedap2 semuanya. Untung org2 Wollongong ada Fathy, side kick Abdul the butcher. He sponsored the lambs for the BBQ, semoga murah rezeki ye Fathy & Noor :) Since dah ada kat beach, kami pun bwk la aiman gi main air...isshh, seronok sakan la mamat ni. Main ngan Darwish. Dok splash sana splash sini. Dah bubuh sun block semangkuk pun dok berbelang lagi lengan Aiman...hehehe. Tak apa laaa, babah kata biar macho sket.
Dah abis mkn2 tu, dok la melepak di bawah pokok dgn angin sepoi2 bahasa...join Kak Aishah ngan muhaimin ngan darwish ngan yani. Saja la letak Aiman sebelah Muhaimin, nak friend2. Tapi depa tak moh friend2, agaknya negative charge kot. Asyik nak berebut mainan jer. Aiman la pantang tgk Muhaimin dok pegang benda, mesti dia nak amik. Terkebil2 Muhaimin. Nasib baik tak cry..tak pe la, Muhaimin tak kisaaaaah.


After that we proceed to Kiama/Blowhole after Zuhr prayer. The weather was so nice tapi sayang ombak tak kuat, so hole dia tak berblow. After taking some pics petang tu, masing2 dah penat, so balik la kami ke sarang masing2.Bila dah sampai umah petang tu, malas lak nak masak (ekceli kesian kat AzD, mesti penat dia nk masak...baik sungguh niat bini.. hahaha). Nasib baik Kak zurin kol, kata ada kat Naji. Apa lagi....musti la order beger yg best tu. So kak zurin ngan abg lan pun wat la delivery ke Penshurst. Sambil makan, sambil borak2..... abis citerrrr. Sekian.

Thursday, March 20, 2008

Tazkirah Solat

The one who disdains the prayers will receive Fifteen punishments from Allah.

Six punishments in this lifetime:
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.


THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE:
1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2.Allah does not accept his plea (Dua's)
3.Allah erases the features of good people from his face.
4.He will be detested by all creatures on earth.
5.Allah does not award him for his good deeds. (No thawab)
6.He will not be included in the Dua's of good people.

THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING:
1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.

THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE:
1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits Him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.

THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT:
1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.



THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:
FAJAR: the glow of their face is taken away.
ZOHAR: the blessing of their income is taken away.
ASAR: the strength of their body is taken away.
MAGHRIB: they are not benefacted by their children.
ISHA: the peace of their sleep is taken away.

Sunday, March 16, 2008

AGM MyPSA

AGM MyPSA (Malaysian Postgraduate Students Association, http://mypsa.org.au) telah berjalan lancar seperti yang dijadualkan semalam, 15hb March 2008 di Malaysia Hall Sydney. Proses pelantikan barisan EXCO MyPSA yang baru telah dibuat walaupun pada molanya kami menghadapi masalah dalam memilih dan melantik calon2 yang sesuai untuk memegang jawatan. Bukannya apa, walaupun tempoh penamaan calon telah dibuka awal, namun tiada pencalonan yang diterima. Maka exco2 lama dikerahkan untuk merisik sahabat2 baru bagi menggantikan barisan exco lama. Akhirnya dapat la satu pencalonan untuk setiap jawatan yang dipertandingkan. Syahdan maka menanglah mereka itu tanpa bertanding.

Rasanya kalau kita boh jawatan-jawatan tu bergaji dan ada elaun tetap ka ramai la kot pencalonan noo. Nak buat kerja2 amal, berkhidmat secara percuma untuk kebajikan pelajar dan merancang aktiviti untuk warga postrad ni memang memerlukan pengorbanan, dari segi masa, tenaga dan bahkan wang ringgit. Alasan utama yang orang bagi ialah takmo jadi exco ialah- banyak kerja laa - HELLO, hangpa ingat orang lain takdak kerja ka? tak busy ka? tak buat master/PhD ka? Nak buat macamana, manusia lagu tu la. Anyway takpa la, drpd terima jawatan tapi takleh bagi komitmen buat apa kan. Bukan senang nak jaga, pelajar2 Ijazah Tinggi semua ni...ramai yang OK, ada yang banyak kore. Tapi takpa lah, semua dah selesai. Harapan supaya mypsa terus maju. Buat ahli2, jangan lupa bayar yuran yer...

Aiman jugak yang best, main je. Pastu lena seh-seh kat sofa. Buat la apa pun, jangan menangih sudah. hmmmm, gambaq aiman je la ada, mak bapak dia yang hensem dan jelita ni takdak sapa nak tulong tangkap gambaq, huhu.

Takpalah, nak pi siap2 nak pi wollongong, depa buat BBQ tepi pantai. Nak tangkap gambaq banyak2, nanti kami hapdet lain. Chioww!!

~AzD~

Thursday, February 28, 2008

Totally BUSTED!!


SYDNEY 28 Feb - One of the most gorgeous and sexiest kid in the world has been busted while having fun in his bath tub. Playing with wet toys and splashing the water like a baby, he was totally unaware that his mischievous action has been caught in the act. After realizing that he was busted and no where to hide, he decided to act natural as if nothing happened although the bathroom floor was wet all over. By making his innocent face and putting a cheeky smile, he surely knew that he can turn an angry bull into a putty tat.... meowww!! -AzD&Co.-



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!



Saturday, November 24, 2007

Al-Fatihah

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud,

"Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi {Toha:55}."

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur {Ali ‘Imran;145}."

Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang benar. Setiap yang hidup pasti merasai mati.

Betapa mudahnya kematian dengan izin Allah. Jumaat, 23 November 2007 bersamaan 12 Zulkaedah 1428h, Pak Lang telah kembali ke rahmatullah ketika sedang mandi bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Pak Lang pergi di usia 50an. Seingat aku, Pak Lang seorang yang tidak bercakap banyak dan suka menolong orang. Dialah yang menjaga arwah Tok Wan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.

Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan rahmatilah dia. Ya Allah, tempatkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, berikanlah kekuatan dah ketabahan kepada isteri dan anak-anaknya dan peliharalah mereka.

Al-Fatihah buat Pak Lang, Wan Hussin bin Wan Chik.

~AzD~

Friday, November 09, 2007

November Rain...


Assalamualaikum to all....

Hello everybody. How was ur eid celebration? In a couple of days Syawal will end. Kejaaaap je rasa. And next month will be the last month in 2007. So what good things have I achieved so far (in addition to giving birth to Aiman of course!! hehehe). Ntah...Whatever it is, must be thankful to Allah.
Hmm...apa la dok merapu ni. mesti sebab cuaca mandom. A week has passed and lately asyik cloudy and shower aja kat sini. Almost the end of spring but feels like winter pun ada. Sejuuuukkkk......
OK la mari kita mulakan sessi berceloteh kita. We had great fun celebrating Eid this year mainly because there was Aiman. Yeah..tahun ni celebrate bertiga, manyaaaak syiook!! Every weekend mesti ada open house. Best best. Selamat mak tak yah masak. ngeh ngeh negh...
And last week we did a small gathering kat rumah. Thanks a bunch to all those who came. Hope u guys enjoyed the food. We prepared BBQ, nasi with beef curry, ikan masin (oooh haruuum semerbak bau rumahku, lalat pun datang jugak, enteprem sungguh!), sayur kacang goreng, salad (byk left overs nih, hangpa semua tak makan sayur ka?? sayur kan good for ur health) hehehe....pastu garlic potato (first time buat, sedap la pulak -sendiri puji), raita, mushroom sauce, papadom (mcm ni ke eja??), cream caramel, tiramisu (oh itot, tiramisu mu menjadi pojaan ramai..tengkiu tengkiu), fruits and kuih bakar kak rosie bawak, ngan kuih kelapa-nama-apa-tak-tau kak zurin bawak (sedaaap, kak rosie suka!!)
Esoknya (Sunday), went to Erin/Shah's open house cum birthday Alia sekali, then off to Kak Khaz/Abg Din's house then lastly to Blacktown to Kak Ida/Abg Ghazali's house.
Balik rumah malam tu kenyang betul. Alhamdulillah. Hmmmm...this weekend who's turn pulak??!! Heheheheheeh.....
Anyway, only 4 more weeks to go before kitorg balik Mesia for a month. Tak sabarnya!!!! Nak makan itu nak makan ini, nak meronggeng situ nak meronggeng sini. wahkakakakakakakakaka...i like i like!!
Ok la people. to be continued later... daaaaaaaaaa

p/s: Aiman has started on his solid food.Waaaaa...comot la anak mama ni mamam!

Monday, November 05, 2007

Monday, October 15, 2007

SeLAmaT hAri RayA AiDilfItri, MaAF zAhiR daN BaTIn

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua. Mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara selama ini.

Kali ini adalah kali ketiga kami beraya di Australia, dan kali pertama beraya bertiga. Aiman tak pakai baju melayu macam budak-budak kecik dan baby lain, dia pakai overall dgn t-shirt belang masa raya pertama tu. Orang asik tanya "apsal tak pakai baju melayu?" Mana ada jual baju melayu kat sini... orang melaysia pun tak post sepasang kat aiman... siaan dia.

Semayang raya di Malaysia Hall sungguh ramai. Kami sampai, orang dah nak mula semayang dah, tak dan pun nak takbir seround dua. Takpa lah, mujur dan semayang. Ada jugak yang mai masa orang dah abih semayang pun. Jamuan raya Msian Hall ini tahun tak semeriah tahun lepas. Anyway, pi beraya rumah orang pun puas makan; rumah kak su, jasmin and rumah kak zurin. Burrppp!!

Hari raya kedua, kami pi 4 buah rumah. First to north ryde, rumah Kak Rosie. Abg Salim buat satay, puas la makan satay semalam. Then to rumah yatie, makan soto, rumah ustaz, makan spaghetti, and last malam rumah abg hasan, macam-macam adaaa. Kenyang giler sampai tak tau nak habaq, tido pun tak selesa. Perut memang terkezut la, masuk macam-macam, cacamarba.

And today, Monday, just stay at home...

Thursday, September 20, 2007

AKU dan KAMI

Ngantuk pulak mata pagi2 ni.. baru pukul 11am... Dah la bising org buat renovation kat level atas. Nak eksesias jari jemari, mari kita bercerita. Kalau ada yang dah penah dengaq tu kira ulang tayang la...

Alkisah, ada 3 orang sahabat tersesat di padang pasir. Depa ni hidup sebatang kara, err, 3 batang kara la. Dah la hidup takdak sedara-mara, ketiga-tiga sahabat ni hitam legam, papa kedana pulak tu.

Dah penat berjalan, depa terjumpa satu oasis, 'AYAAQ!!' Depa pun minum la dengan lahapnya, lapaq ayaq. Depa pun makan la apa2 yang tumbuh kat tepi2 oasis tu. Dah lega, depa pun berehat.

John: Kan best kalau kita ni putih. Mesti hensem.
Big: Tu la! Nak pulak kalau kita ni kaya raya kan!
Mac: Hangpa ni, tengah sesat pun tak abih dok angan-angan mat jenin...

Depa pun teruih la berjalan. Tiba-tiba John tersepak satu benda keraih terjengui kat tepi oasis tu. "Hantu betui, sakit kaki aku!" Dia pun kalut korek benda tu. "Ish, macam botoi ayaq. Buleh buat bekai ayaq ni". John pun konon nak cedok la ayaq oasis tu masuk dalam botoi tadi. Dia bukak ja penutup botoi tu, keluaq asap berkepoi-kepoi.

Big:Apa hang dah buat John?
John: Mana aku tau. Aku nak amik ayaq buat bekai ja!

Asap tu berubah rupa jadi macam lembaga, cuma takdak kaki ja sebab besambung masuk dalam botoi tu. "Aaarhhh!! Syioknyer mengeliat! Ater teman dah lame benor tidor dalam bekeh tu. Hmmm... sape gerangan mike betige ni yang cerdik bebenor buke melepehkan teman ni?" Si A menjawab,"A-A-Aku yang bukak, hang ni sapa? lagumana hang buleh dok dalam botoi ni?"

"Teman ni jin dalam buangan.. bla.. bla...". Mamat bertiga tu melopong dengaq cerita jin ni tadi.

Jin: Memandangkan kome dah melepehkan teman, teman nak bagi hadiah pade kome sorang satu. Mintak le amende pun, teman buleh bagi. Mike dulu!
John:err... err... mintak apa pun buleh? err... kalau lagu tu, mesti la AKU mintak nak jadi putih.

KBOM!! Si john bertukar kulit menjadi putih, hensem la sikit. Tengok yang Jin ni tadi betoi2 ada power, si dua ekoq lagi ni pun mula la kalut nak mintak dulu. "Mike pulok!"

Big: Hoi jin, hang bagi AKU jadi lagi putih dari dia buleh ka?
Jin: Ish, rasanya tu dah habih putih la tu. Takpe, teman try..

KBOM!! Big pun bertukar menjadi lagi putih daripada John, kalah Michael Jackson. Si Mac pun jeles tahap cipan, teruih...

Mac: Jin, hang kena bagi aku jadi laaagi putih dari depa dua nih!!
Jin: I am sorry mate, tu dah abih putih teman buleh buat. Mintok la mende lain pulok aih.. takde cabaran langsung.
Mac: ish, takkan tak buleh dah jin? Kalau dah lagu tu, hang bagi depa ni jadi hitam balik macam aku jugak.

KBOM!! John dan Big berubah jadi itam balik macam asal. Jin berkata, "Ape le kome ni badigol benor, banyak bende lain kome buleh mintak. Sorang mintak 'bagila KAMI semua jadi putih', sorang lagi buleh mintak 'bagila KAMI jadi kaya', peh tu sorang lagi buleh mintak 'hantor le KAMI balik ke negeri kami'. Tak ke baguih gitu. OKlah, permintaan ditutup. Babai!"



MORAL OF THE STORY: Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Selalulah berusaha untuk kejayaan bersama instead of sendiri-sendiri nak naik sorang.

AzD
Wollongong

Tuesday, September 18, 2007

Ramadhan datang lagi

Ahlan Ya Ramadhan. Dalam tak sedar, sudah hampir seminggu Ramadhan berlalu. Suasana berpuasa di bumi asing ini tidak banyak bezanya seperti hari-hari yang lain, melainkan kita berlapar dan dahaga di siang hari serta mengerjakan solat Tarawih di waktu malam. Tiada rancangan TV atau tazkirah pagi yang dapat mengingatkan kita mengenai kelebihan berpuasa, atau mengimbas kembali sejarah kehebatan Islam seperti Jejak Rasul dan sebagainya. PaRam juga tidak wujud di sini.

Kadangkala terasa sunyi, jauh dari sanak saudara. Mujur ada Aiman sekarang, memeriahkan suasana dengan tangisan manjanya. Kalau di taiping dulu, bukak puasa selalu penuh meja, macam-macam mama sediakan. Lepas terawih sempat lagi minum teh tarik, makan murtabak dsb. Sahur pulak tak kurang meriahnya. Sesekali terbayang betapa seronoknya sewaktu zaman sekolah, bangun sahur beramai-ramai, ada Qiamulllail, ceramah, tazkirah dan pengisian2 lain yang rasanya amat sukar untuk ditemui lagi suasana sedemikian. Mutiara-mutiara yang dikutip rasanya semakin hilang gemerlapnya sementelah tidak diamal dan diulang-ingat selalu. Betapa manusia ini mudah lupa.

Buat semua, terutamanya diri sendiri, sama-samalah kira mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Bulan tarbiyah yang datang hanya sekali setahun jangan dibiarkan berlalu tanpa kita memperbaiki diri serta mendekati Ilahi sebanyaknya. Biarlah suasana sekitar tidak berbeza, menantikan param tak kunjung tiba, tetapi ciptalah suasana baru dalam diri kita sendiri. Hayatilah bait-bait dalam nasyid Rintihan Kalbu ini, mungkin akan mengimbau kenangan buat mereka yang pernah berada di bumi wakafan...



Rintihan Kalbu

Hari ini....tiada senda dalam bicara,
deru air mata merupakan segalanya,
sang hati...bicara sendiri,
bangunkan ummah,bina generasi,

Di bumi yang bertuah ini,
diriku mula mengenali,
matlamat hidup sebagai abdi,
kepada Allah...Allahu Rabbi,

Diriku ini sebebas unggas,
terbang riang di angkasa raya,
menyanyi merdu...irama kalbu,
indahnya...indahnya...oh..indahnya,

Wahai generasi dengarlah pesanan ini,
bumi ini bumi bertuah,
suburnya...sesubur tanaman di lembah,
melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara...mutiara indah,
untuk bekalan diri berpindah,
sebelum jejak kaki...melangkah,
sebelum penyesalan membawa padah,

Sahabat...seperjuangan,
usah digentar musuh di hadapan,
pandanglah di depan balasan Tuhan,
syurga Firdaus menanti kalian,

Teruskan...oh teruskan,
perjuangan menegak kebenaran,
di dalam kebungkaman akhir zaman,
selagi hayat dikandung badan,

Wahai teman seperjuangan,
dengarlah...harapanku ini,
pohon untukku dalam doamu,
diriku pejuang Islam yang satu
diriku pejuang Islam yang satu.....
Related Posts with Thumbnails