Thursday, April 24, 2008
New home
Terima kasih byk2 to hero2 malaya: abg lan, efi, abg udin, abg hassan dan juga girlfried masing2 kak zurin, kak khaz dan kak linda sebab sudi tolong kami. Aiman pun seronok sebab dpt main ngan kak long, abg ngah (yg sokmo bz main wii ngan lego dia tu) dan abg chik. Sorry la sampai mlm baru selesai. Jasa kengkawan semua takkan kami lupakan...cewaaaah!
Dulu masa mula2 pindah dari wollongong ke penshurst, brg tak la byk.... skrg ni sampai penuh satu lori. Aiseh....gaya mcm nak dok sini lama je...sungguh kurang kesedaran. ahaks
So officially semua barang dah kena angkut, rumah lama pun dah kosong. Tinggal nak cuci2 sket mana yg perlu before agent dtg wat final inspection. Hopefully dpt balik full bond, insya allah. Kat rumah baru ni pulak rasanya dah almost 80% siap mengemas. Kesian azd tertonggek2 angkat brg sorang2, kemas itu kemas ini. Nak tolong mengangkat sama2 tak boleh pulak sebab tuan putera sibuk nak berdukung. pantang letak je, siren dia dok bunyi... ishhh.... tak pe la, bakar sikit kalori babah kan aiman kaaaan.
Hopefully by this weekend settle everything, sebab next week tok mama ngan tok abah nak dtg. yeay yeay...pastu nak wat besday party utk aiman. yeay yeay lagi!!! very the excited ok!!!!
Eh tak citer pong lg pasal rumah baru ni. Ekceli rumah ni kitorg took over from kak khaz sebab dia pun pindah ke rumah baru. Dekat je dari rumah kitorg ni. Sepatutnya org lain yg masuk, tp atas sebab2 tertentu, depa cancel tak jadi nak move in. So maybe rezeki kitorg la kot jadi org Bankstown.
Seronok betul aiman sebab rumah baru ni luas dari rumah lama...So blh la dia tukar gear 5. Dulu asyik2 gear 2-3 je. Haha...Azd pun seronok gak sebab tercapai hajat dia nak ada garage utk keta...Lepas ni takde la taik burung bersepah kat atas kete ye babah??? Ahaks...
Pastu dia sgt high sebab dinding2 kat umah ni byk hook. Maklum la, rumah lama dulu landlord tak bg letak hook kat dinding. So skrg blh la dia tambah koleksi jam dia yg sedia ada. Tak lama lagi blh la bukak kedai jam....(yeaa..selain terer bawak lori dan minat memasak, dia juga sgt minat ngan jam.. oooh laki ku). Skrg ni dah ada 3 jam kat umah. Satu jam bapak besar yg grandfather clock tu, satu yg gantung kat dinding yg blh nampak movement dia tu, satu lg jam antik dia beli kat ebay. Kdg2 tension gak kalu tgh tgk citer best kat tv, skali semua jam tu berbunyi...bersambung2... ding dong ding dong la... ting la... dong dong dong la.... (jgn marah aaa laling i tulis kat sini.. hehehe)
Anyway, berbalik kpd citer asal pasal rumah, all in all rumah ni mmg best sebab ada internal laundry, siap ada dryer. Ada garage. Dapur ngan hall pun luas. Ground floor lak tu. Syoook ooo. But of course la bila ckp rumah ni best segala bagai.. it comes with a price. Sewa pun mahal beb!! Rumah kat wollongong dulu kitorg sewa $105 per week. Bila pindah penshurst naik $200 per week. Then starting from last yr ngan early this year, depa naik harga sampai jadi $220 perweek. Tu pun actually kira murah lagi la kalu nk dibandingkan ngan sewa rumah2 lain. Ingatkan sampai habis dok kat situ rupa-rupanya kena pindah jugak. So rumah skrg kitorg sewa $280 per week. Read carefully, per week, not per month! Kalu congak2 convert to RM dah berapa dah... huhhhh.....sedih sedih. But what to do.... everything is getting more expensive nowadays.... ala, lagi pun padan la sewa rumah ni ngan condition dia... kedai pun byk..tak jauh mana pun. ok apa (nak sejukkan hati).
ok la nak tidoooo.....aiman ngan babah dia dah selamat dah zzzzzzzzzz.............nite!!
Sunday, April 13, 2008
House Hunting
The current landlord has put the unit we're renting in the market. So like EVERY Saturday the agent will come for the open house kat umah kitorg (bukan open house mcm kat mesia tu makan2.... tapi open house for the prospective buyers). So there'll be people coming in and out inspecting the house for half an hour. Very the uncomfortable..... and it will continue on like this every saturday until the unit is sold.
So the dilemma now is whether should we stay or should we go?? The agent says probably the new landlord might want to continue leasing the unit, so we can stay on je lah. But what if it's not? Then kena la cari rumah lain. And it's not easy to find a new house nowadays. We actually have started to do some house hunting and to date 2 of our applications have been rejected. And mind you, the number of people looking for houses to rent tersangat la ramai sampai kalu nak inspect rumah tu beratur panjaaaaaaaaang mcm nak beli tiket bas balik kampung!!
So skrg ni we decided to pindah la kot.... hopefully dapat rumah yg OK....isshhh..tak suka la pindah2 ni......
Welcome to Sydney Ijan
Sapa2 yg nak berkenalan ngan kawan saya ni, sila la bagitau saya...tak rugi. Kitorg friend2 dah lama, since kat ukm lagi.... pastu after grad, sama2 jadi HO kat hospital taiping, dapat pulak sama posting. So memang berkepit je la kitorg dua ketul ni. Bila teringat balik time muda2 dolu kat tepeng seronoknyer kan ijan, especially time extra co-curriculum activities lepas keje. ngeh ngeh ngeh.....Gi Ipoh la, gi penang la....rindu nak makan kat Johnny's ngan kenny rogers... waaaaaa
Tapi kesian kat Ijan, hajat nak climb the harbour bridge tak kesampaian sebab dah full. Nak panjat hari ahad pagi2 tu takut dia tak sempat nak kejar flight balik pulak. Takpe la ijan, ko kumpul duit byk2 pastu datang sydney lagi ek.... confirm next time blh naik bridge tu... hehehehehe....
Apa2 pun ijan, AzD and I hope you really enjoyed your short time stay in sydney.......and of course be happy with all your fridge magnets...hahahaha... tak ku sangka ko minah magnet!!!
Friday, April 11, 2008
Easter Show 2008
The title says it all....although it's kinda backdated punya story which happened last month, tapi takpe la. Nak citer jugak sambil tunggu citer Grey's Anatomy nak start. So, The Royal Easter Show as always, was held at Sydney Olympic Park for almost 2 weeks. Awal2 lagi dah pakat nak gi ramai2: us, abg lan ngan kak zurin, kak linda ngan abg hassan, kak ikin ngan din ngan ashraf and also nora ngan
Ramai betul manusia, masuk ni dah kali ke-3 gi easter show. Not much difference pun actually.
This time, we put Aiman on a pony ride. wachaaaa...babah dia kata, sambil dok tgh ride tu, aiman sibuk nyanyi2... hahahaha....
Bila masuk kat show bag hall tu, dah kelabu mata tatau nak beli apa... rasa dlm hati nak beli mcm2 tapi we ended up beli 2 bags je. So kira ok la tu, jimat duit mak. Satu bag cadbury, satu lg bag Thomas and Friends utk aiman.
Lepas penat jln2 kat situ, balik umah terus terbabooooo..... Ptg tu pulak, gi amik stroller aiman yg tertinggal kat kedai mkn pastu terus ke Eastlakes, ke rumah erin/shah. Birthday sarah khadijah...
Friday, March 21, 2008
Zig Zag Railway
Ekceli azd kata dia nak cheer up kan hati bini dia yg gundah gulana berjiwa kacau ni setelah menerima berita yg amaaaaaaaaaaaaaaaaattttt la mendukacitakan lagi mengecewakan. Hmmm, tak leh la nak story kat sini pasai apa... nanti wa manyak sedih ooooo. Anyway, back to a husband's effort to cheer up his wife, maka bertolak la kami tiga beranak tgh hari buta tu. Walopon my mood masuk longkang, i layan je la niat murni suami tercinta ku ittew.
Bila bangun pagi ni, mood ada sikit baik juga. Hmmm...susah jugak jadi org yg rigid ni, payah nk accept things easily. ngeh ngeh ngeh... Hoh doh nok wat guane...that's why I'm me. Sorry ye laling. ok la, putera aiman dah mangun tido... dok kutil apa ntah tu..daaaaaa!!
BBQ UoW
After that we proceed to Kiama/Blowhole after Zuhr prayer. The weather was so nice tapi sayang ombak tak kuat, so hole dia tak berblow. After taking some pics petang tu, masing2 dah penat, so balik la kami ke sarang masing2.Bila dah sampai umah petang tu, malas lak nak masak (ekceli kesian kat AzD, mesti penat dia nk masak...baik sungguh niat bini.. hahaha). Nasib baik Kak zurin kol, kata ada kat Naji. Apa lagi....musti la order beger yg best tu. So kak zurin ngan abg lan pun wat la delivery ke Penshurst. Sambil makan, sambil borak2..... abis citerrrr. Sekian.
Thursday, March 20, 2008
Tazkirah Solat
Six punishments in this lifetime:
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.
THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE:
1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2.Allah does not accept his plea (Dua's)
3.Allah erases the features of good people from his face.
4.He will be detested by all creatures on earth.
5.Allah does not award him for his good deeds. (No thawab)
6.He will not be included in the Dua's of good people.
THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING:
1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.
THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE:
1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits Him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.
THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT:
1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.
THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:
FAJAR: the glow of their face is taken away.
ZOHAR: the blessing of their income is taken away.
ASAR: the strength of their body is taken away.
MAGHRIB: they are not benefacted by their children.
ISHA: the peace of their sleep is taken away.
Sunday, March 16, 2008
AGM MyPSA
Rasanya kalau kita boh jawatan-jawatan tu bergaji dan ada elaun tetap ka ramai la kot pencalonan noo. Nak buat kerja2 amal, berkhidmat secara percuma untuk kebajikan pelajar dan merancang aktiviti untuk warga postrad ni memang memerlukan pengorbanan, dari segi masa, tenaga dan bahkan wang ringgit. Alasan utama yang orang bagi ialah takmo jadi exco ialah- banyak kerja laa - HELLO, hangpa ingat orang lain takdak kerja ka? tak busy ka? tak buat master/PhD ka? Nak buat macamana, manusia lagu tu la. Anyway takpa la, drpd terima jawatan tapi takleh bagi komitmen buat apa kan. Bukan senang nak jaga, pelajar2 Ijazah Tinggi semua ni...ramai yang OK, ada yang banyak kore. Tapi takpa lah, semua dah selesai. Harapan supaya mypsa terus maju. Buat ahli2, jangan lupa bayar yuran yer...
Takpalah, nak pi siap2 nak pi wollongong, depa buat BBQ tepi pantai. Nak tangkap gambaq banyak2, nanti kami hapdet lain. Chioww!!
~AzD~
Thursday, February 28, 2008
Totally BUSTED!!
SYDNEY 28 Feb - One of the most gorgeous and sexiest kid in the world has been busted while having fun in his bath tub. Playing with wet toys and splashing the water like a baby, he was totally unaware that his mischievous action has been caught in the act. After realizing that he was busted and no where to hide, he decided to act natural as if nothing happened although the bathroom floor was wet all over. By making his innocent face and putting a cheeky smile, he surely knew that he can turn an angry bull into a putty tat.... meowww!! -AzD&Co.-
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!
Saturday, November 24, 2007
Al-Fatihah
"Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi {Toha:55}."
"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur {Ali ‘Imran;145}."
Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang benar. Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Betapa mudahnya kematian dengan izin Allah. Jumaat, 23 November 2007 bersamaan 12 Zulkaedah 1428h, Pak Lang telah kembali ke rahmatullah ketika sedang mandi bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Pak Lang pergi di usia 50an. Seingat aku, Pak Lang seorang yang tidak bercakap banyak dan suka menolong orang. Dialah yang menjaga arwah Tok Wan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.
Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan rahmatilah dia. Ya Allah, tempatkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, berikanlah kekuatan dah ketabahan kepada isteri dan anak-anaknya dan peliharalah mereka.
Al-Fatihah buat Pak Lang, Wan Hussin bin Wan Chik.
~AzD~
Friday, November 09, 2007
November Rain...
Assalamualaikum to all....
Hello everybody. How was ur eid celebration? In a couple of days Syawal will end. Kejaaaap je rasa. And next month will be the last month in 2007. So what good things have I achieved so far (in addition to giving birth to Aiman of course!! hehehe). Ntah...Whatever it is, must be thankful to Allah.
Hmm...apa la dok merapu ni. mesti sebab cuaca mandom. A week has passed and lately asyik cloudy and shower aja kat sini. Almost the end of spring but feels like winter pun ada. Sejuuuukkkk......
OK la mari kita mulakan sessi berceloteh kita. We had great fun celebrating Eid this year mainly because there was Aiman. Yeah..tahun ni celebrate bertiga, manyaaaak syiook!! Every weekend mesti ada open house. Best best. Selamat mak tak yah masak. ngeh ngeh negh...
And last week we did a small gathering kat rumah. Thanks a bunch to all those who came. Hope u guys enjoyed the food. We prepared BBQ, nasi with beef curry, ikan masin (oooh haruuum semerbak bau rumahku, lalat pun datang jugak, enteprem sungguh!), sayur kacang goreng, salad (byk left overs nih, hangpa semua tak makan sayur ka?? sayur kan good for ur health) hehehe....pastu garlic potato (first time buat, sedap la pulak -sendiri puji), raita, mushroom sauce, papadom (mcm ni ke eja??), cream caramel, tiramisu (oh itot, tiramisu mu menjadi pojaan ramai..tengkiu tengkiu), fruits and kuih bakar kak rosie bawak, ngan kuih kelapa-nama-apa-tak-tau kak zurin bawak (sedaaap, kak rosie suka!!)
Esoknya (Sunday), went to Erin/Shah's open house cum birthday Alia sekali, then off to Kak Khaz/Abg Din's house then lastly to Blacktown to Kak Ida/Abg Ghazali's house.
Balik rumah malam tu kenyang betul. Alhamdulillah. Hmmmm...this weekend who's turn pulak??!! Heheheheheeh.....
Anyway, only 4 more weeks to go before kitorg balik Mesia for a month. Tak sabarnya!!!! Nak makan itu nak makan ini, nak meronggeng situ nak meronggeng sini. wahkakakakakakakakaka...i like i like!!
Ok la people. to be continued later... daaaaaaaaaa
p/s: Aiman has started on his solid food.Waaaaa...comot la anak mama ni mamam!

Monday, November 05, 2007
Monday, October 15, 2007
SeLAmaT hAri RayA AiDilfItri, MaAF zAhiR daN BaTIn
Semayang raya di Malaysia Hall sungguh ramai. Kami sampai, orang dah nak mula semayang dah, tak dan pun nak takbir seround dua. Takpa lah, mujur dan semayang. Ada jugak yang mai masa orang dah abih semayang pun. Jamuan raya Msian Hall ini tahun tak semeriah tahun lepas. Anyway, pi beraya rumah orang pun puas makan; rumah kak su, jasmin and rumah kak zurin. Burrppp!!
Hari raya kedua, kami pi 4 buah rumah. First to north ryde, rumah Kak Rosie. Abg Salim buat
And today, Monday, just stay at home...
Thursday, September 20, 2007
AKU dan KAMI
Alkisah, ada 3 orang sahabat tersesat di padang pasir. Depa ni hidup sebatang kara, err, 3 batang kara la. Dah la hidup takdak sedara-mara, ketiga-tiga sahabat ni hitam legam, papa kedana pulak tu.
Dah penat berjalan, depa terjumpa satu oasis, 'AYAAQ!!' Depa pun minum la dengan lahapnya, lapaq ayaq. Depa pun makan la apa2 yang tumbuh kat tepi2 oasis tu. Dah lega, depa pun berehat.
John: Kan best kalau kita ni putih. Mesti hensem.
Big: Tu la! Nak pulak kalau kita ni kaya raya kan!
Mac: Hangpa ni, tengah sesat pun tak abih dok angan-angan mat jenin...
Depa pun teruih la berjalan. Tiba-tiba John tersepak satu benda keraih terjengui kat tepi oasis tu. "Hantu betui, sakit kaki aku!" Dia pun kalut korek benda tu. "Ish, macam botoi ayaq. Buleh buat bekai ayaq ni". John pun konon nak cedok la ayaq oasis tu masuk dalam botoi tadi. Dia bukak ja penutup botoi tu, keluaq asap berkepoi-kepoi.
Big:Apa hang dah buat John?
John: Mana aku tau. Aku nak amik ayaq buat bekai ja!

Asap tu berubah rupa jadi macam lembaga, cuma takdak kaki ja sebab besambung masuk dalam botoi tu. "Aaarhhh!! Syioknyer mengeliat! Ater teman dah lame benor tidor dalam bekeh tu. Hmmm... sape gerangan mike betige ni yang cerdik bebenor buke melepehkan teman ni?" Si A menjawab,"A-A-Aku yang bukak, hang ni sapa? lagumana hang buleh dok dalam botoi ni?"
"Teman ni jin dalam buangan.. bla.. bla...". Mamat bertiga tu melopong dengaq cerita jin ni tadi.
Jin: Memandangkan kome dah melepehkan teman, teman nak bagi hadiah pade kome sorang satu. Mintak le amende pun, teman buleh bagi. Mike dulu!
John:err... err... mintak apa pun buleh? err... kalau lagu tu, mesti la AKU mintak nak jadi putih.
KBOM!! Si john bertukar kulit menjadi putih, hensem la sikit. Tengok yang Jin ni tadi betoi2 ada power, si dua ekoq lagi ni pun mula la kalut nak mintak dulu. "Mike pulok!"
Big: Hoi jin, hang bagi AKU jadi lagi putih dari dia buleh ka?
Jin: Ish, rasanya tu dah habih putih la tu. Takpe, teman try..
KBOM!! Big pun bertukar menjadi lagi putih daripada John, kalah Michael Jackson. Si Mac pun jeles tahap cipan, teruih...
Mac: Jin, hang kena bagi aku jadi laaagi putih dari depa dua nih!!
Jin: I am sorry mate, tu dah abih putih teman buleh buat. Mintok la mende lain pulok aih.. takde cabaran langsung.
Mac: ish, takkan tak buleh dah jin? Kalau dah lagu tu, hang bagi depa ni jadi hitam balik macam aku jugak.
KBOM!! John dan Big berubah jadi itam balik macam asal. Jin berkata, "Ape le kome ni badigol benor, banyak bende lain kome buleh mintak. Sorang mintak 'bagila KAMI semua jadi putih', sorang lagi buleh mintak 'bagila KAMI jadi kaya', peh tu sorang lagi buleh mintak 'hantor le KAMI balik ke negeri kami'. Tak ke baguih gitu. OKlah, permintaan ditutup. Babai!"
MORAL OF THE STORY: Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Selalulah berusaha untuk kejayaan bersama instead of sendiri-sendiri nak naik sorang.
AzD
Wollongong
Tuesday, September 18, 2007
Ramadhan datang lagi
Kadangkala terasa sunyi, jauh dari sanak saudara. Mujur ada Aiman sekarang, memeriahkan suasana dengan tangisan manjanya. Kalau di taiping dulu, bukak puasa selalu penuh meja, macam-macam mama sediakan. Lepas terawih sempat lagi minum teh tarik, makan murtabak dsb. Sahur pulak tak kurang meriahnya. Sesekali terbayang betapa seronoknya sewaktu zaman sekolah, bangun sahur beramai-ramai, ada Qiamulllail, ceramah, tazkirah dan pengisian2 lain yang rasanya amat sukar untuk ditemui lagi suasana sedemikian. Mutiara-mutiara yang dikutip rasanya semakin hilang gemerlapnya sementelah tidak diamal dan diulang-ingat selalu. Betapa manusia ini mudah lupa.
Buat semua, terutamanya diri sendiri, sama-samalah kira mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Bulan tarbiyah yang datang hanya sekali setahun jangan dibiarkan berlalu tanpa kita memperbaiki diri serta mendekati Ilahi sebanyaknya. Biarlah suasana sekitar tidak berbeza, menantikan param tak kunjung tiba, tetapi ciptalah suasana baru dalam diri kita sendiri. Hayatilah bait-bait dalam nasyid Rintihan Kalbu ini, mungkin akan mengimbau kenangan buat mereka yang pernah berada di bumi wakafan...
Rintihan Kalbu
Hari ini....tiada senda dalam bicara,
deru air mata merupakan segalanya,
sang hati...bicara sendiri,
bangunkan ummah,bina generasi,
Di bumi yang bertuah ini,
diriku mula mengenali,
matlamat hidup sebagai abdi,
kepada Allah...Allahu Rabbi,
Diriku ini sebebas unggas,
terbang riang di angkasa raya,
menyanyi merdu...irama kalbu,
indahnya...indahnya...oh..indahnya,
Wahai generasi dengarlah pesanan ini,
bumi ini bumi bertuah,
suburnya...sesubur tanaman di lembah,
melahirkan insan berjiwa tabah.
Kutiplah mutiara...mutiara indah,
untuk bekalan diri berpindah,
sebelum jejak kaki...melangkah,
sebelum penyesalan membawa padah,
Sahabat...seperjuangan,
usah digentar musuh di hadapan,
pandanglah di depan balasan Tuhan,
syurga Firdaus menanti kalian,
Teruskan...oh teruskan,
perjuangan menegak kebenaran,
di dalam kebungkaman akhir zaman,
selagi hayat dikandung badan,
Wahai teman seperjuangan,
dengarlah...harapanku ini,
pohon untukku dalam doamu,
diriku pejuang Islam yang satu
diriku pejuang Islam yang satu.....
Tuesday, August 21, 2007
HAPPY 3RD ANNIVERSARY
Dah berapa kali entry asik citer pasal Aiman jer, kasi can la kat mak bapak dia pulak aih... heheee...
OK, today is a special day. It is our 3rd wedding anniversary. HUHUHUUU... kejap je rasa dah 3 tahun, umur pun tak lama lagi mula kepala 3. Just see how time flies so fast.
Mengimbas kembali kenangan lalu, rasa kelakar ada, rindu nak jadi muda balik pun ada, ekekeke. Elyn and I met when we were still studying in UKM KL. She was a medical student then, and I was doing my nutrition degree. Still remembered first time terpandang elyn, dengan baju kurung, comel aje, kat BCB cawangan Kg Baru, dah tutup pun bank tu. Dia ngan kawan dia tengah bukak akaun kot, ye la nak dapat scholarship. "Payrout, sapa budak pompuan yang pakai baju kurung tu? boleh tahan ar," aku tanya member aku, kebetulan dia satu matrik ngan elyn. dia pun explain la gitu gini, pastu start from that day dok cucuk jarum suruh pi tackle elyn. "Boleh tahan jugak susahnye nak tackle minah ni," sampai satu tahap aku dah malas dah nak try, "jual mahal siot," aku kata. Tapi berkat kejujuran ditambah pulak dengan kehenseman (time tu aku slim lagi, hehe) dibantu dengan trademark Budak Makan Kancil Kuning serta promotion oleh kawan-kawan, elyn dan aku pun mula berkawan. Maka berkecai hancur lulur lah hati-hati mereka yang menaruh harapan ingin disunting, menerima berita yang si teruna ittew telah berpunya.. ;P..
Suatu kenangang yang tok dapak dilupekang ielah, lepas sebulan 'declare', cewaah, bapak dia datang KTDI nak jumpa. Yang si elyn ni dengan tersiput-siput call, "Azdie, jumpa kat depan kejap,". Aku dengan happynya turun la ke bawah dan jalan ke blok depan. Dari jauh dah nampak dia berdiri kat kereta volvo, bukan iswara merah dia, "ni musti ada something surprise ni". Alih2 bapak dia kuar, salam2, soalan sikit2 pastu dah, dia pun drive balik meninggalkan aku dan elyn. "Approved la tu," dalam hati aku berkata. Seb beik tadak soalan cepu emas ke apa ke.. hahaha... And now that man is bapak mertuaku, and really is a good wise man, and funny too if I can say. Mak dia, dapat approval pun dah cukup baik. Ye la, biasanya mak yang particular sikit bab2 gepren-boipren ni.. hihii.. OKlah, takleh citer lebih-lebih...
Dipendekkan ceritera, persahabatan kami membawa ke jinjang pelamin, dan hari ini genaplah 3 tahun kami diijab-kabulkan. Elyn, nanti silver ke gold anniversary ke kita sanding lagi nak? hehehe... teringin nak naik pelamin lagi, tapi nak kena dgn elyn jugak ker? ;)
TO MY DEAREST WIFE, THANK YOU FOR THE WONDERFUL YEARS WE'VE SPENT TOGETHER, AND IN THE YEARS TO COME... HAPPY ANNIVERSARY!
~Wan Azdie~
Wollongong
210807
Wednesday, August 08, 2007
Aiman di Usia Tiga bulan
Thursday, July 26, 2007
Happy Birthday to me.....
Saturday, May 26, 2007
Happy 3 weeks old to Aiman...
Bagi memenuhi permintaan cik itot, maka saya dengan ini akan berblog... hehehe... apa nak citer ek? Hmm...tup tup dah 3 minggu dah umur Aiman... sekarang ni dia kuat betul menyusu... sampai nak kena top up ngan formula milk.
Meh nak citer aktiviti Aiman on a typical day. Kita mulakan pada pukul 12 pagi. Haaa...time ni, masa mama ngan abah dia dok mamai2..Aiman dengan happynya akan buat kuih dia sesedap rasa. Yeaahh....setelah selesai dgn hasil ciptaannya, maka Aiman akan disumbat pula dgn sebotol susu supaya tuan putera seorang ini dpt tido dgn lenanya. Skrg dah pandai, tido asyik nak kena tepuk..tak pun kena cuddle. Sejak 2-3 hari ni bagi susu sebotol mcm dah tak cukup dah. Macam semalam kul 12am bg susu, kul 1am nak lagi. Takpe la, mama Aiman tak kisah. Sumbat je laaa.....
Then 3-4 jam afterwards, Aiman akan mulakan siaran radionya kembali..yeaah..makan time again. Tukar nappy jugak. Kekadang tu, baru je nk letak nappy baru, tak nyempat2 Aiman nak pancut kat abah dia. Hehehe...timing yg sungguh cun. Kena la amik nappy baru. Hmmm...nappy sekotak besar tu kejaaaaap je abis. Kang kalu pakai nappy yg kain tu, tak larat ler aku nak menyental corak2 abstrak si aiman. Time malam ada laa dlm 2-4 kali jugak dia bangun.
Bila dah cerah tu, dlm pukul 9am lebih it's mandi time. Lepas mandi, bagi susu lagi pastu boleh la biaq dia main. Terkebil-kebil sorang2....tersengih2 sorang2...pastu tetido. Tok mama dia rajin la dok melayan...
Bila dah tghari, feeding time lagi, tukar nappy lagi. tgk la mcmana kekerapan dia lapar ngan basah. So basically, mcm tu la activity Aiman dalam sehari. Makan.. tido.. nangis..tukar nappy. Dia ni kalu time lapar, tak leh tahan2 dah. Meraung kuat giler mcm seminggu tak pekena susu. Eh lupa lak nak citer, aiman ni kalu bab2 burrpp ngan kuar angin kot arah selatan tu boleh tahan jugak bunyinya...mcm org besar. Kadang tu confuse, yg bunyi tu abah dia ke aiman. Hehehehe....tp abah dia pandai, tak pasal2 aiman yg kena fitnah kengkadang tuh... Tak apa laaaa, Aiman tak kisah....Hehehehehe!!
Sometimes bawak jugak Aiman kuar jengjalan gi shopping. Tapi biasa lah, sumbat dulu kenyang2 baru kuar rumah. So dia hepi2 je dok dlm pram tak ingat dunia. Tapi kena make sure pram tu sentiasa bergerak, kalu stop radio aiman akan berbunyi. Hehehehe...
Actually masa umuq dia baru nak masuk 2 minggu dah keluar gi jengjalan dah. Mama dia tak tahan aaar dok umah tak tgk dunia luar. Time tok mama dia kuar gi meronggeng ngan kawan dia, mama ngan abah pun kuar senyap2 bawak A
iman gi westfield. Muakakaka... kalu tok mama tahu, kena tembak pang pang la!!! Haritu bwk Aiman gi jumpa paeds specialist, sebab memalam dok perasan dia mcm restless, pastu as if ada something stuck kat tekak dia, risau gak. But Alhamdulillah tak de apa2. It was just a reflux je. Hmmm....bila timbang terkejut gak uiikk, cepatnya naik berat budak ni. dr kata dont overfeed him. Hahahaha... kesian, kecik2 dah kena diet ye sayang??!
Kesimpulannya, penat memang la penat, especially time malam. Tapi dah nama pun anak... eeeeeiiii..sayangnya kat Aiman!!!!!
Apa lagi nak citer yer? Kdg2 bila tgk perut yg dah kempis dan pinggang yg ramping ni (muakakakaka), rindu gak time2 preggy dulu. Rindu nak rasa something gerak2 tendang2. Kejap je 9 bulan tu. Ingatkan time nak bersalin tu, nak mintak epidural. Tapi tak sempat. Anyway, Alhamdulillah....my labour experience tak de la traumatic sangat. Sakit??? hmm... mestilah sakit. Tak penah pulak seumur hidup aku jumpa or dengar ada orang yg kata beranak tu sedap. Hehehe....
Apa2 pun, it was a memorable experience. Ye lah, time sakit nk bersalin tu, cuma kitorg 3 ketul je (me, azd ngan the midwife). Nasib baik Azd tak passed out ke apa, sebab dia x berani sangat tgk darah. But he was there 24/7...bagi encouragement and everything...Thank you dear!!
Apa yang aku dok perasan, procedure and environment nak bersalin kat sini is totally different ngan kat Mesia. One thing for sure, labour room dia mmg cantik & besar. One patient per room. Sekali tgk mcm private hospital. Tapi rasanya private hospital kat mesia pun kalah kot. Pastu sepanjang2 dok kat labour room, sekali pun tak jumpa OBGYN MO depa. Semuanya midwife, pulak tu midwife on duty tak ramai pun aku tgk. Bila dah sampai time nak push tu, there was only one midwife yg attend. Pastu cool je midwife dia. Bila midwife tu jenis yg soft spoken, cool...so tak de la rasa pressure sgt. And one more thing, episiotomy kat sini is not a standard procedure unless kalau nak kena forcep or vacuum or if the midwife thinks there'll be an inevitable tear or whatsoever. That's why la I got a tear as well that needed a few stitches. And when the baby is delivered, terus2 pass kat mak dia lepas potong cord. Takde nak bersih2 dulu ke apa sampai la the next day baru la mandikan baby tu. So mana2 baby yg ada darah berkerak2 kat kepala tu, nasib laaa mak dia nak sental pagi esoknya tuh. Hehehehe. Nasib baik Aiman OK, boleh tahan clean.
Dulu masa kat Hospital Taiping, labour room dia jenis bilik besar je, so yg mengasingkan every patient is just a curtain. And then, almost every first timer, sure kena episiotomy. The number of staffs/midwife pulak memang ramai. And every moment mesti ada houseman yg on duty. And at least once or twice MO/Specialist dtg buat round. Bila dah time nak push tu, ingat lagi...kekadang mcm cheerleader lak dok bersorak2 bg semangat kat patient. Riuh sekampung! Ekekekeke......Bila baby dah kuar, tunjuk kat mak dia kejap and then gi timbang and cuci2 baby, barulah bg kat parents utk pegang baby tu.
Masa kat hospital hari tu, mcm aku citer tadi la, memang tak nampak batang hidung doktor pun from the first moment aku stepped in ke labour room sampai la discharge balik umah. Except for ada sekali tu, paeds MO datang buat neonatal check up utk aiman. Tu pun dia gi check memalam buta time org nak tido. Ada ke patut..... But nevertheless, semua staff nurse ngan midwife kat situ mmg baik sesangat. A salute to them......
Aiseh....panjang jugak berblog kali ini. Ekekekekekekekekekekeke........ok lah. Nak gi tgk Aiman buat apa. Kesian dia main sorang2. Abah aiman tak de satu hari ni. Dia gi canberra ngan org2 MSD....hidup MyPSA!! hehehehehe. Daaaaaa.....
~elyn~