Monday, August 17, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Lama blog ni tak berupdate. 'Main Author' nya lebih senang berFB drpd blogging.

Sempena bulan puasa yang bakal menjelma seminggu lagi, saya kepilkan beberapa hadis Nabi berkenaan puasa yang saya dapat dari seorang teman yang juga ustaz di FB. Perlu diingatkan supaya berhati-hati kerana banyak hadis2 palsu atau maudhu' yang sering kita dengar dibacakan apabila tibanya bulan Ramadhan, terutamanya berkenaan fadilat solat tarawih.

Selamat berpuasa!

AzD

**************************************************************

HIMPUNAN HADITH-HADITH SAHIH MENGENAI RAMADHAN

Sekiranya semalam saya berkongsi menghimpunkan beberapa hadith maudhu’ dan dho’if yang popular disebarkan semasa Ramadhan, insyaAllah pada kali ini kita akan menyenaraikan beberapa hadith sahih mengenai fadhilat Ramadhan. Hadith-hadith ini sepatutnya menjadi prioriti kita untuk disebarkan bagi mencetuskan kesedaran rakan-rakan mengenai bulan yang mulia ini.

1.Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ – مَرَّتَيْنِ – وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِّ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ تَعَالىَ مِنْ رِيْحِ اْلمِسْكِ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، اَلصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا [متفق عليه]

“Puasa adalah perisai. Maka hendaklah seseorang tidak berkata (berbuat) keji dan tidak berbuat jahil. Dan bila ada yang mengajak bertengkar atau mencelanya maka katakan: “Sesungguhnya saya sedang berpuasa” – dua kali – Dan demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau misk di sisi Allah. Dia meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya kerana Aku. Dan Aku sendiri yang akan membalas amalan baiknya dan ketahuilah bahawa satu kebaikan dilipatgandakan balasannya sampai sepuluh kali kali ganda” [Muttafaq ‘alaih].

2. Sahl bin Sa’d meriwayatkan yang Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهِ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ : أَيْنَ الصَّائِمُونَ ؟ فَيَقُوْمُونَ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلَوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ. [متفق عليه]

“Sesungguhnya di Jannah ada sebuah pintu yang dinamakan Ar-Rayyan yang masuk melaluinya pada Hari Kiamat hanyalah orang-orang yang berpuasa. Tidak akan masuk seorang pun melaluinya selain mereka, kemudian diserukan, “Manakah orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun berdiri. Tidak ada seorang pun yang akan masuk melalui pintu Ar-Rayyan kecuali mereka. Setelah mereka masuk semua, maka pintu itupun ditutup, sehingga tidak ada lagi yang bisa masuk melaluinya.” [Muttafaqun ‘Alaih].

3. Abu Sa’id Al-Khudri meriwayatkan yang Rasulullah bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِي سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ بَاعَدَ اللهُ بِذلِكَ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا [متفق عليه]

“Tidaklah seseorang berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya dengan puasanya tersebut dari api/nar di hari kiamat, sejauh 70 tahun.” [Muttafaq ‘alaih]

4. Hudzaifah meriwayatkan yang Rasulullah SAW bersabda:
فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ جَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلاَةُ وَ الصِّيامُ وَ الصَّدَقَةُ (متفق عليه)

“Dosa yang dilakukan seseorang kerana fitnah keluarga, harta, atau jiran akan dihapuskan melalui solat, puasa dan sedekahnya.” [Muttafaqun ‘alaihi]

5. Abu Hurairah dan Abu Sa’id Al-Khudri melaporkan yang Rasulullah bersabda :
(( لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ )) [متفق عليه]

“Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan: Jika berbuka dia bergembira dengan berbukanya tersebut, jika bertemu Rabbnya (Allah) dia bergembira dengan (pahala) puasanya [Muttafaqun ‘alaihi, dengan lafaz Muslim].

6. ‘Abdullah bin ‘Amr berkata yang Rasulullah bersabda :
(( الصِّيَامُ و القُرآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ القِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَي رَبِّ إِنِّي مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَ الشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفَّعْنِي فِيهِ؛ يَقُولُ القُرْآنُ: رَبِّ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ فَيُشَفَّعَانِ ))

“Puasa dan Al-Quran keduanya memberikan syafa’at untuk hamba tersebut pada Hari Kiamat. Berkata puasa: “Wahai Rabb, sesungguhnya aku telah menghalanginya dari makanan dan syahwat pada siang hari, maka terimalah syafa’atku untuknya.” Al-Qur`an berkata: Wahai Rabbku, aku telah menghalanginya dari tidur pada malam hari, maka terimalah syafa’atku untuknya. Maka keduanya memberikan syafa’at [Ahmad dan Ath-Thabarani]

7. Abu Hurairah meriwayatkan yang Rasulullah SAW bersabda :
(( ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ : الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ … ))

“Tiga pihak tidak akan ditolak doa mereka: Seorang pemimpin yang adil, seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, dan doa seorang yang dizalimi…” [At-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

8. Abu Hurairah berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
(( اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْـتَـنَبَ الْكَبَائِرَ )) [رواه مسلم]

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat berikutnya, Ramadhan ke Ramadhan berikutnya merupakan penghapus dosa-dosa selama masih meninggalkan dosa-dosa besar”. [Muslim]

9. Abu Hurairah melaporkan yang Rasulullah SAW bersabda :
(( وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ))

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana dorongan iman dan mengharap (pahala) maka pasti Allah ampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. [Muttafaqun ‘alaihi]

10. Abu Hurairah melaporkan yang Rasulullah SAW bersabda :
(( إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ ))

“Jika telah datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu-pintu Jahannam, serta dibelenggu para syaithan”. [Muttafaqun ‘alaihi]

11. Hadith Abu Sa’id Al-Khudri :
(( إن لله تبارك وتعالى عتقاء في كل يوم وليلة – يعني في رمضان – وإن لكل مسلم في كل يوم وليلة دعوة مستجابة )) رواه البزار

“Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan (dari azab neraka) pada setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan sesungguhnya setiap muslim memiliki do’a yang mustajab pada setiap siang dan malam” [Al-Bazzar]

Saturday, June 06, 2009

i dream of X.....

It is now 3am, am helping out azd with the transcribing (but he had already gone to bed, tak pe la..he started his work earlier tadi).

so just a quick entry before i forgot the storyline....jeng jeng jeng!

*******
my dream last night:

suddenly in a place where there were lots and lots of kids....playing with their swords. it sort of looked like a lightsaber...ala yg mcm dlm citer star wars tu..... there were many cubicles.....then suddenly all the children disappeared.
so i asked somebody (tak perasan la sapa) what happened?? where did everybody go?? so this somebody said... the human population has extinct.

waaaaahhhh...mcm citer sci-fi pulak mimpi kali ni....
pastu tetiba je ada scene where people were busy doing something.... i looked around. they were loading their weapons with some kind of bullet.

begini ler kira2nya dialog dlm mimpi tuh:
"apa benda tu?" i asked them.
a somebody (terpaksa panggil somebody sebab tatau pompuan ke lelaki...hehe) said, " ni senapang nk lawan anjing.... anjing tu bukan real anjing... dah kena virus giler apa ntah... so kalu nmpk anjing tu ko tembak la dgn senapang ni"
"apsal bullet tu kaler putih? mana dapat?" i asked that somebody again.
"ni special bullet ni... susah nk cari tau. brand dia 'X'. kalu nk, kena beli kat franklin street nuuuhh," that somebody said and pointed to a junction.

then i looked to that direction, i saw franklin (a supermarket).... but i didnt see any franklin street. so i walked into the supermarket... tetiba je ada kat isle baby food, cari susu aiman....alamak!! susu naik harga lagi!!! cehhh......

end of mimpi....terbangun sebab nak terkucil
muakakakakakakakaaa......................................................

*******

ok la...nak sambung wat overtime
nighty nite everybody!

Tuesday, June 02, 2009

di satu mlm yg sunyi......

Jam dah pukul 3.30am. By this time yesterday, azdie was probably updating his blog...sambil menari pocho-pocho...muakakakaka......... ingatkan dia tgh buat apa pukul 4 pagi smlm, goyang2 depan computer, ghupanya dok hafal steps nak berpocho-pocho. Alkisahnya, tghari tadi masa aiman tgh tido, kitorg beriya menari pocho-pocho depan komputer...hahahahaha...nak tergelak. mula2 tu pening jugak nak ikut, last2 dgn adanya tok guru azd, maka berjaya ikut steps cikgu tudung hijau tu menari...wachaaaa!!! tp kak emy kata, yg tu just the basic steps, ada lg sambungannya....tak pe la, lain tahun la pulak.

So skrg azd dah terbabo. Aiman pulak dah 4 kali mengigau...hopefully tak nangis la. mlm tadi ke rumah kak zurin, solat berjemaah, bertahlil & baca yassin. Ayah kak shikin passed away early this morning. I'm sure it was a total shock for her. Apa2 pun kami doakan semoga kak shikin sekeluarga sentiasa tabah & semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...al fatihah.

Masa mkn2 kat rumah kak zurin tu aiman seronok sakan main dgn syifa, ashraf, iman & ryan. Dok mengusik je kerja dia sambil ikut ashraf. Yg best tu dia panggil syifa, oya...oya (sofea). Laaaa......sofea masih di dlm kotak ingatannya...hehehe... tatau la, sometimes out of the blue tetiba je aiman dok cari2 oya.... oya ane?? ada sekali tu kat dlm toilet, dia nmpk toilet bowl terus ckp oya cing cing.. aiyaaakk..rupanya dia teringat ada sekali tu dia ikut sofea gi pee pee...hahahaha.... mcm laaaa takde benda lain nk ingat aiman ooii...
kdg2 uwin (aunty zurin) pun dia cari jugak. Sampai kena call kak zurin sebab aiman sibuk cari uwin nk borak. ouhh...glamer sungguh kak zurin ni..aka uwin aka aunty judy aka aunty zoey!! hehehe

***aiman mengigau***
"abang...laliii...laliii....(lari..lari)"
-hmm...tu mesti teringat dia dok lari2 ngan ashraf tadi

"cnkslajfgkfkn,z......(tatau apa aiman mumbling...pastu gelak2)

aiman terbatuk.... "mama...maman atukkk"
-gave him susu, abis sebotol then dgn mata tertutup rapat, aiman tersengih sambil kata "laaannn.....laannn.....maman umpa elannnnn (maman jumpa uncle lan)
hehehehe........teringat kat abang lan ghupanya.

****end of mengigau episode***

once upon a time at berrima a few weeks ago.... kak zurin panggil abg lan "sayaaang ... bla bla bla..."
aiman pun dok menyibuk panggil abg lan "sayaaaanggg....sayanggg"
hehehehe.....
mcm parrot daaaa.............

Thursday, May 07, 2009

Happy 2nd birthday aiman sayang




Dear aiman,

Happy 2nd birthday to you....kejap je anak mama dah besar...rindunya time aiman baby dulu.......
Mama & babah doakan yang terbaik utk aiman, semoga menjadi anak yg soleh, diberkati Allah selalu, pjg umur, murah rezeki, sihat tubuh badan .... semua semua la yg baik..... mmmuuaahhhhhhhhhhhhhhssss Love you heaps!!!!!

**a poem from babah to aiman here**
Posted by Picasa

Thursday, April 30, 2009

what the......

was listening to the radio this morning....

papparazzi: have you heard about the outbreak of swine flu? it's all over the world and it is spreading quite fast. do you have anything to say about it?

a so called 'star': oouhh....it doesnt really bother me you see... i'm a vegetarian...

huh??? ignorance is bliss?????? muahahahahahahahahahaha..................!!!!!!!!!!

**more info on swine flu here**