Friday, December 28, 2012

Nak bermigrasi?

Kesian blog ni...
Dianaktirikan....
sabar lah blog, dikau selalu dihati ku, walaupun selalu ku biarkan bersawang-sawang huhuhu

Dah seminggu touched down ke tanahair
Bercuti 10 hari di tanah tumpah darah Aiman...
Seronok sakan mamat tu tak terkata
Sampai tak nak balik, nak stay ostolia
(ikutkan hati, mama dia pun sama!!)


Haaaiiii la ostolia....
Untung bebenor la ko jatuh ke tangan omputih ni hah
kalu tak, agak2 mesti jadi ala PNG nun...

Dah la sampai2 sedaaaap je cuaca walaupun summer
Kembang kempis lobang hidung hirup udara segar
and somehow the air had a distinct smell....eucalyptus...sangat la mengimbau kenangan lalu!
Walking down the memory lane was so much fun...and emotional too.

Sampai2 sana, disapa angin sepoi2 bahasa, ngam ngam ho! Ketiak org tu tak masham yeay!
balik2 sini, badan terus melekit2, bau asap rokok haiyoohhh...

Kat sana tak stress bawak kete, org nak masuk kiri kanan bangsa jenis bagi signal...
kita mintak laluan pun depa bagi
Kat sini pulak bangsa sayang nk tekan batang signal kat kereta tu, fragile kot mudah patah...
kalu bg signal nak masuk pun, belum tentu org nk bagi, lagi himpit ada laaa!

Kat sana baju budak2 ada yg harga $2-3, cantik2 pulak tu (sila jgn convert, just look at the numbers)
Kat sini koman2 kalu nk yg material cantik, harga kalah baju org dewasa..apa cer????

Kat sana kalu nk bayar brg kat cashier, mesti dia greet "hi how is it going?" atau yg seangkatan dgnnya, dan diakhiri dgn "hv a nice day"
Kat sini, nk tgk cashier senyum pun payah...macam baru lepas gaduh baling-baling periuk belanga ngan tok laki je muka...ketat semacam.

Kat sana contoh kalau di Uni, ko pangkat sv ke, prof ke..HOD ke...seme jenis sempoi...equal treatment..takde nak berkasta bagai
Kat sini, I-I, U-U... I prof, u ado?? surat layang, sentap2, kutuk2.... *letih*

Kat sana yg betul2 jalan, korek2 lubang, potong2 pokok, buat2 bangunan...org dia, comey2 lak tu.
Kat sini ku lihat kelabu asap, import mari.....tu yg TB la segala mak nenek dtg mai balik

Kat sana nak beli cream nak buat tiramisu, sebotol dlm sedoler lebih je kat woolies atau aldi,
Kat sini pegang kotak cream, tgk harga, letak balik...masuk resepi rahsia, order tiramisu

Kat sana nappy terbaek (so far) adalah nappy Aldi...murah pun murah
Kat sini so far Pet Pet......kalau beli murah, kompem tak tahan...kesian bontot gebu baby.

Kat sana dairy product murah, ringan je tgn amik fresh milk 2 liter masuk troli, minum gok gok gok kesedapan (walaupun saya tak suka minum susu sgt)
Kat sini walawehhhhh......berpinar tgk harga susu 2 liter kok mahal deh! minum susu tepung je lewww

Kat sana fish market takde la pulak bau hanyir, walaupun dlm shopping complex, bersih je kedai
Kat sini pasar barang basah jenis standard lecak2 air, nak jln kena angkat2 kain tunjuk betis.. kalu cantik takpe, kalau berbulu?

Kat sana oh sedapnya tgk salmon fresh, oyster fresh, sayur ngan buah mcm2 jenis sampai juling bijik mata
Kat sini frozen keras kejung salmon huhuhuhu....nak beli avocado sebijik pun tak sampai hati..kalau beli harus makan ngan kulit2 ngan bijik skali baru la berbaloi2

Kat sana turun naik escalator, berdiri on one side...the other side sebagai laluan utk org2 yg nk gerak cepat
Kat sini ko konker sorang escalator tu, org bagi salam nk tumpang lalu pun blh buat derk je...

Kat sana ada free shuttle bus...sukaaaaaaaaaaa
Kat sini ada???

Kat sana bayar $13 dapat kepak ayam gemuk2 setengah kilo, lamb yg sgt mabeles kekambingannya, daging yg sgt juicy ko gigit kunyah telan makan rasa nk mengalir air mata kesyahduan...
Kat sini daging local mahal...nk murah kalu, makan kerbau frozen..india mari juga...

Huiiuhhh...boleh panjang lagi list kat sana kat sini...
Bukan nak kata kat sanaaaaa je yg baik, kat sini teruk bebenor
Oh tidak tidak...
Kat sana pun ada yg teruk jugak
No place is perfect in this world...
Nehi nehi...
I still love my country (walopun tak lahir di sini ecehhhh)
Tapi sedih geram menyampah takut terkejut dgn mcm2 yg dh berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku nnti.....
Semoga Malaysia berubah ke arah kebaikan
For the betterment of the next generation
Kesian kat anak2 saya nanti :(
Akhir kata, saya tgh consider nak migrate
Mesti aiman suka sampai melompat ke bintang!
Adik pun gelek2 keriangan!
Muehehehehehehehehehhee...................

Sekian...

Tuesday, November 06, 2012

adam & eve

Nak tgk tak nak...nak tgk tak nak... nak tgk tak nak...
kang tengok tersangkut.....keje tak jalan
dah la terpedap2 nk tunggu download
buku citer dia dah baca...
of course dah tahu jalan citer semua, 
laaaaaaagi details dari yg tunjuk kat tv nun
tapi.....
tapi....
tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya mahuuuuuuuu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak tgk ke tak nak
 citer adam dan hawa nih????!
@_@'
hahahaha.....
awwwww
mengong!!
 

Thursday, November 01, 2012

orang celup

Salam,
Ada satu hari, terdengar di radio.
Seorang ustaz muallaf bercerita ceriti.
Di akhir ceritanya, dia kata kita sebagai umat Islam kena berazam dan cuba utk menarik mereka2 yg bukan Islam supaya memeluk Islam dan sayangkan Islam.
Paling tidak, kalau terpandang mereka, kita memohon doa supaya dibukakan hati mereka mendapat hidayah dari Allah.
Selama kita hidup, dah berapa orang kita berjaya Islamkan?
Huhuhhu.... berat tugas kita nih!

Lepas tu saya pun teringat....
ada beberapa org yg saya kenal berkahwin dgn non muslim, dan secara automatiknya pasangan dia pun kena la convert to Muslim jugak,
Bagus kan, sebab dia dapat tarik somebody utk masuk Islam.
Huihh mesti besar ganjaran dia dpt kan?
Tapi sedih sebenarnya, bila dah convert, tapi convert hanya pada nama
tidak pada gaya hidup dan amalan seharian.
Bila kadang2 yg beragama islam tu pulak yg terlebih2 dgn wine-nya, dgn seksinya, dgn blonde karats nya, dgn clubbingnya, dgn kuku berkaler2 nya
sedangkan si spouse yg asal2 omputih/ seangkatan dgnnya cuma biasa2 sajork
eh tapi ada je yg melayu asli, takde sangkut paut dgn omputih etc yg gedik2 terlebih ke-omputihan-nya
Oh org melayu memang terer bab2 mengikut tauladan nih...huhuhuhu

Ate...mcmana tu?
Saya bukan le org yg terer bab2 agama ni
Diri sendiri pun serba kekurangan
Dah pernah melalui zaman jahiliah time muda2 dulu....aiyakkkkkk @_@'
Nasib baik laaa tok laki saya buleh memimpin saya yg kdg2 tak betul lagi weng ini
Semoga dia akan terus menjadi imam saya dunia akhirat....

walopun dah masuk november, tapi nak wish jugak happy birthday dekat awak..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa di bawah rahmat Allah s.w.t. Hope u enjoyed the birthday surprise as much as we did :)


**apa laaa yg aku dok melalut nihhhh**







Tuesday, October 16, 2012

Doa utk adik ahmad adam syukri....

Sedihnya tgk keadaan adik Ahmad Adam Syukri....
Semoga Allah meringankan beban dan kesakitan yg ditanggung oleh anak kecil ini.....
semoga Allah memberi kekuatan utk ayah dan ibu adam
Dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga kecil ini...amiiinnnnn
:'(
:'(
Tak tahan tgk perubahan adik adam....sedihnyaaaaaaaaaaaaaa..........

Friday, October 12, 2012

masa sekolah dulu...

Haritu Aiman ada tunjuk hasil seni dia kat sekolah...mostly his drawings on cars. mcm2 jenis kereta dia lukis, kereta lumba, kereta polis, bas, big foot. lepas tu ada jugak yg dia lukis satu family; ada mama, babah, aiman & adik...how sweet (lupa nk amik gambar lukisan2 dia).
Kat fridge tu penuh dgn karya seni aiman... nak tunggu turn adik pulak nanti, tatau bila...tapi haritu dah berjaya conteng lantai ngan crayon. syabas anakku! buat graffiti kat lantai dapur, nasib baik boleh padam. tu belum masuk bab memunggah barang dlm almari. suka benor kamu masuk dapur ye nak, bagus la. hopefully bila dah besar nnti, rajin jugak tolong babah mama kat dapur ;)
Ok enough about that....
Tadi tetiba je teringat kelas seni masa zaman sekolah dahulu kala. Saya suka melukis. Dulu2 sukaaaa sangat lukis gambar orang pakai baju berfesyen2. kunun2 dlm hati nk jadi fashion designer, eceh!! (and yes, masa saya kecik2 dulu penah ada cita2 nak jadi cashier, sebab seronok kira duit..ngeeeee $$$$).
Tapi saya suka melukis je (sketching actually), tak suka mewarna..sebab bila masuk tang kaler2, huduh jadi lukisan tu).
Masa sekolah rendah dulu selalu beli satu coloring book ni, ala2 anime lukisannya. selalunya apek cina-bawak basikal-jual junkfood-depan sekolah pun ada jual. gambar mcm2 (mostly karakter org). aim: kaler secantik yg boleh. so kat kelas, masing2 tunjuk buku mewarna, pastu siap cop (tulis nama kat page situ), kira page tu kita book utk kaler nanti. habis sekolah, pinjam buku kawan tu, balik umah kaler2, esok bagi balik kat kawan. pastu gilir2 kaler dan kaler dan kaler lagi...muahahahaha.
~cantik betul anime ni, berhari2 pinjam coloring book member utk kaler satu page aje pon!~
 and yes, sapa2 yg sezaman dgn saya mesti pernah main paper doll. ingat lagi? patung orang daripada kertas tebal, lepas tu siap ada mcm2 jenis baju yg kita blh tukar2 (juga dari kertas). nak beli Barbie tak mampu..sob sob sob....dulu ada kawan pernah ckp, malam2 patung kertas tu dia hidup. so kalau tak nak bagi dia hidup, kat belah belakang tu kena tulis perkataan "Allah". apakah????!!  huihhh gigih mak kumpul semua paper doll tu tulis kat blkg dia....hahahaha ;D
selalunya paper doll tu seksi...pakai two pieces jer...pastu pilihan baju sangatlah banyak..rambang mata weh! pastu masa main, dok berangan dgn member2...kalau laaa kita ada baju mcm ni!
~lebih kurang mcm ni la paper doll yg kitorg main....**eh eh sailormoon!! i like!! (pic source: google ler)~
















oh bestnya sekolah time tu, maklum la all girls school. mainan pun biasanya bermusim... bila musim main paper doll, semeeeee main paper doll, bila musim main getah, berjela2 rakyat main getah kat padang sekolah, time main batu seremban, ada buat bisnes amik upah buat batu seremban (tapi mak dia yg tukang buat, dia tukang amik order je). bestnyaaaaaaaa.....


Wednesday, October 03, 2012

100 ways to be kind to your child by Arissa Marquess

I find this very interesting (got it from a friend's fb):

100 ways to be kind to your child by Alissa Marquess on February 13, 2012 (link)


100 Ways to be Kind to your Child

Tell to your child:
1. I love you.
2. love you no matter what.
3. I love you even when you are angry at me.
4. I love you even when I am angry with you.
5. I love you when you are far way.  My love for you can reach you wherever you are.
6. If I could pick any 4 year old (5 year old, 6 year old…) in the whole wide world, I’d pick you.
7. I love you to the moon and then around the stars and back again.
8. Thank you.
9. I enjoyed playing with you today.
10. My favorite part of the day was when I was with you and we were _______.

Tell them:
11. The story of their birth or adoption.
12. About how you cuddled them when they were a baby.
13. The story of how you chose their name.
14. A story about yourself when you were their age.
15. A story about how their grandparents met.
16. What your favorite color is.
17. That sometimes you struggle too.
18. That when you’re holding hands and you give three squeezes, it’s a secret code that means, “I love you”.
19. What the plan is.
20. What you’re doing right now.

Play:
21. Freeze Tag
22. Uno
23. Crazy 8s
24. Gin Rummy
25. Memory
26. Go Fish
27. I Spy- especially when you’re tired of driving and feel snappish
28. Catch

Pretend:
29. To catch their kiss and put it on your cheek.
30. That their tickle tank is empty and you have to fill it.
31. That their high five is so powerful it nearly knocks you over.
32. That you are super ticklish.
33. That you are explorers in the amazing new world of your backyard.
34. That it’s party day!  Decorate for no reason!

Try:
35. To get enough sleep.
36. To drink enough water.
37. To eat decent food.
38. Wearing earrings, or whatever makes you feel pretty.
39. Calling a friend the next time you feel like you are about to lose it with the kids.
40. Giving a gentle touch to show approval, rather than saying something.
41. Dancing in the kitchen.
42. To get your kids to bop to the music with you in the car.
43. Showing your kids that you can do a somersault or handstand or a cartwheel.
44. Keeping that sigh to yourself.  Just jump in and help clean up cheerfully.
45. Using a kind voice, even if you have to fake it.

Read:
46. A book of silly poems.
47. A book and then act it out. (Like “I’m going on a Bear Hunt”)
48. Your favorite childhood book to them.
49. When the afternoon is starting to go astray.
50. Outside under a tree.
51. In the library kids corner.
52. The comic book they love that you’re not so hot on.
53. About age appropriate behavior so you can keep your expectations realistic.

Listen:
54. To your child in the car.
55. To that Lego description, and think how important it is to your child.
56. For that question that indicates your child really needs your input.
57. One second longer than you think you have patience for.
58. For the feelings behind your child’s words.

Ask:
59. Why do you think that happens?
60. What do you think would happen if______?
61. How shall we find out?
62. What are you thinking about?
63. What was your favorite part of the day?
64. What do you think this tastes like?

Show:
65. Your child how to do something instead of banning them from it.
66. How to whistle with a blade of grass.
67. How to shuffle cards- make a bridge if you can!
68. How to cut food.
69. How to fold laundry.
70. How to look up information when you don’t know the answer.
71. Affection to your spouse.
72. That taking care of yourself is important.

Take Time:
73. To watch construction sites.
74. To look at the birds.
75. To allow your child to help you dump ingredients in the bowl.
76. To walk places together.
77. To dig in the dirt together.
78. To do a task at your child’s pace.
79. To just sit with you child while they play.

Trust:
80. That your child is capable.
81. That you are the right parent for your child.
82. That you are enough.
83. That you can do what is right for your family.

Delight your child:
84. Clean your child’s room as a surprise.
85. Put chocolate chips in the pancakes.
86. Put a love note in their lunch.
87. Make their snack into a smile face shape.
88. Make sounds effects while you help them do something.
89. Sit on the floor with them to play.

Let Go:
90. Of the guilt.
91. Of how you thought it was going to be.
92. Of your need to be right.

Give:
93. A look with Kind Eyes to your child.
94. A smile when your child walks into the room.
95. A kind touch back when your child touches you.
96. The chance to connect before you correct so that your child can actually hear your words.
97. Your child a chance to work out their frustrations before helping them.
98. A bath when the day feels long.
99. A hug.
100. You get to choose the next one!  What is your favorite way to be kind to your child?


Tuesday, October 02, 2012

Cekup kepala

Sekarang ni, mcm2 fesyen tudung org dok pakai...nama pun meriah...tudung syria, tudung bawal, tudung ariani (kenapakah anda sangat mahal?), tudung ekin, tudung fareeda lah, tudung obama lah,...style pun mcm2 style; hana tajima lah, laila isabela lah (eh ada ke?)...
ni rupanya hana tajima yg glamer tu.. mix, patut la cantik. eh hana, how do u wear that tudung of yours lah?

dulu2 zaman 60-70an, org takde la bertudung sangat. kalau ada pun yg gaya mak itik tu, pakai scarft empat segi then ikat kat bawah dagu tu..pastu pakai kebaya ketat ;D

biasanya makcik2 jual kuih suka pakai mcm ni (source: kak senduk)
dulu2 cikgu sekolah pun ramai yg pakai scarf mcm ni...(source: kak senduk)
datin norjuma ni, pakai apa pun sweet :)
 As time goes by,  org pun start pakai tudung bawal. mcm2 warna, mcm2 corak ada. lepas tu ada yg bersulam, ada yg berlabuci2, bermanik bagai...time student dulu, utk dptkan effect 'awning' kalau pakai tudung bawal, harus le satu part kat tudung bawal itu dililinkan lepas tu iron, baru la keras dan tak terkelepek andai kata ada angin sepoi2 bahasa bertiup. Ada jugak member yg letak plastik keras kat awning tu, kreatif. Yg tu kompem, kalau ada ribut taufan harus maintain ke-awning-an nya... ;)
cantik corak tudung bawal nih
tudung bawal dual tone (eh ye ke?)


Lepas tu datang pulak tudung mak indon, yg main cekup tu... ada yg panggil tudung express/emergency, sebab tak payah nk gosok, tak perlu pakai pin; u pakai and go! Mula2 keluar, awning dia jenis yg tebal tu (bukan mcm sekarang, nipis). kalu pakai memang huk oloh mcm indon...hahahahaha.....pastu ada bling2, berlabuci bersulam (standard lah).
ada lagi tak org pakai tudung indon ni?

bila dah up sket, org mula jadi lagi kreatif, tudung indon went thru such a transformation, that the current ones are sooooo much better! ada yg material guna lycra, guna satin silk, guna chiffon, cotton...corak pun cantik2.
ada yg sampai 2-3 layer (esp for the chiffons), however kain chiffon walaupun cantik but sadly kdg2  ia adlh agak jarang....
cantiknya dia....sapa nak beli tudung cantik blh tgk sini
ropol2 mcm ni ai blh terima lagi ok..

ada pulak style yg berenda2. kalau berenda yg kat hujung tepi tu ok lg..tapi adalah mcm kureng sedikit di mata saya, kalu yg jenis berenda kat badan tudung tu..mcm spider web pulak ai tgk.. pastu letak kombinasi warna yg kontra2..walawehhh....apakah?????
maybe some people suka pattern mcm ni, tapii it's a big NO-NO to me
spiderwoman....swooshhhhhhh!


and now, budak2 muda suka pakai shawl. belit2 dan berpin2. i am amazed at how these girls guna sampai 2-3 tudung/shawl sekali gus utk mendapatkan kesan tudung yg wallah! pin memang kena guna more than 3 i guess.
ada yg simple je style belitan shawl/selendang; which i myself dh pernah try. tp most of the time (selalunya 2-3 jam selepas itu), brooch saya ntah ke mana, senget benget, rambut pun terkeluar kat celah pipi... how?? how?? jeles tgk depa ni belit belit belit pastu siap, cantik pulak tu. apsal ai pakai x jadi mcm tu? maybe sebab ada spek ni kot, kacau....
and then ada pulak yg jenis pakai mcm serban..errrr konfius mek! mengapa dan kenapa???? siap nampak leher, ada tu nak bagi nampak subang bergayutan. what the??? ok next!!
ok, sapa berani gi opis pakai mcm ni?? hehehe
atau pakai turban mcm ni...perghhhhh


lagi satu yg jenis berbonggol2 ni...tak paham mek...ada yg sanggup beli bonggolan pelesu sebab nak dptkan the effect of kebonggolan di kepala..
nampak sgt weird ok!!
mcm character yg dlm citer alien vs predator tu pun ada ahkak tgk. kan? kan? pelik tetapi benar u ols...
apa2 pun mmg banyak lah style dan jenis2 tudung yg ada di pasaran skrg...even banyak jugak tutorial yg tunjuk cara nk pakai tudung & shawl belit2 ni..kena rajin gugel je. tapi yg penting, walopun kita nak bergaya sakan, up to date, jgn la pakai yg jarang2, yg singkat2....kena la ikut hukum ye...(elyn, ingat tu!!)









 

Last skali, suka tgk Heliza ni........

Akhir kata, pesanan utk diri sendiri yg masih banyak kelemahan.....
marilah kita cuba utk menutup aurat dgn lebih sempurna! Bashaaaa!!


Tuesday, September 18, 2012

saya sayang anak-anak saya.....

Sedihnya.....
Ada orang kahwin lama...tak dapat2 anak...
cuba itu cuba ini....berubat itu berubat ini..
belum lagi masuk bab orang suka bizibodi...suka suki tanya bila nak ada anak, tak gi berubat ke, merancang ke, tak try kaedah tradisional ke, bla bla bla....
mereka belum ada rezeki lagi wahai makcik makcik......sabar.

Mak ayam pun sayaaaang anak-anak ayam...
Tapi ada orang-orang tu....
tak kahwin nikah pun, tapi dah kahwin..
sekali try zaaasssssssssss melekat
nak beranak pun mak aihhh senang.. tak payah ada org attend
boleh beranak sendiri, terer handle contraction, uri dan bleeding segala mak nenek
lepas beranak, sedap main campak ke luar tingkap
macam buang sampah...
alahai manusia....kalau dah bernafsu syaitan...nak kata berhati binatang pun tak boleh, sebab binatang pun sayang anak...
apa lah dosa baby tu :(
sedih.....mengucap panjang.....
inilah muda mudi malaysia zaman sekarang..
semoga Allah memelihara dan melindungi anak-anakku dunia & akhirat......

**and posted by a friend in fb: 
Dari kamar hospital: Yg berzina-beranak sng,mati susah. Yg solehah: beranak susah,mati sng. *pengalaman seorang doktor - fedtri yahya-**

Tuesday, September 11, 2012

Headlines yg tuuuuuuutttt.....






                                                              ~Oh My Mediaaaaa!!~

True enough if I may say so....
Even I was fooled when I saw today's headline on hm, which read 'Lemas di Taman Gelora'.
Ingatkan lemas betul...rupa2nya lemas dlm maksiat.
As if takde headlines yg elok sikit nak letak kat front page, kot ye pun nak tarik readers.
Tang tuuuuuu jugak nak cerita luar dalam ek????
tak paham mek.....

Semester baru

Salam...

Ohhhhh last entry blog ni was 2 months ago. dasar pemalassss...hehehehehe!
Yes....semester baru telah pun bermula. Last week student2 baru sibuk ber-register... busy la balik semua universiti di malaysia. rasanya mak bapak la yg paling happy dan bangga bila dpt bawak anak masuk uni utk berdaftar...ada yg siap bawak datuk nenek pak sedara mak sedara sepupu sepapat bagai, rombongan cik kiah gitu. Nampak la muka2 innocent, suci murni tekun dok dengaq briefing dari dekan la, head of department la, coordinator la....
Ada students yg baru register, tapi dah nak tukar course. alasan; sebab tak dapat course yg menjadi pujaan hati. Ada pulak students yg mak bapak tepon, nak kiv dulu registration sebab dok tunggu offer dari uni lain. Ada jugak students yg langsung tak mai register.
Haritu kat depan rumah kitorg, pun ada registration day utk pelajar baru utk MATA. Seronok tgk budak2 ni dgn family masing2 bawak baldi, penyapu, hanger etc. Teringat zaman matrik kat kuala pilah dulu (first time duduk asrama). Siap pi cari paku, tukul, playar sebab nk betulkan almari yg dah senget tunggeng tu!
Apa-apa pun, all the best kepada student2 baru ini, termasuk lah kpd student2 senior. Semoga berjaya menjadi insan berguna dunia dan akhirat. A new phase to all......As Ju Yoo Rin (in Korean drama My Girl) would say; Bashhaaaaaaahh!!!!

Friday, July 06, 2012

J.U.L.Y

Yeayyy...July is my month!
Saya suka July..
Kenapa?
Sebab...
Bakal bertambah setahun umur saya.... (tapi saya tetap menten muda..hahahaha *pengsan tergolek2*)
birthday abah saya pun bulan july jugak...happy belated birthday abah!
anniversary parents saya puuunnn bulan july...dan saya telah di-conceived pada bulan oct...
muaaahahahahaha
dan tahun ni ramadhan start bulan july... yeay!!
maka saya bakal celebrate birthday saya time puasa nanti.. yahoooo....
Ok lah, selamat hari Jumaat....


Semoga Allah memberkati saya, awak, kamu, dia, mereka dan semuanya!!


Friday, June 15, 2012

Please Help our brothers and sisters in Syria....

I am disturbed after reading on wht's happening to our brothers and sisters in Syria... even more disturbed after looking at  the heart wrecking photos of innocent children, lying lifeless...blood sprawled all over. Imagine those were your own flesh and blood.....and imagine it happening in our own country.... Nauzubillah.......sigh...... I could not help but to cry in front of my lappy..... :'(

Dear friends, let us pray hard for them and help in whatever means that we can......


Thursday, June 14, 2012

sorry blog!

koffff...kofffff....
             koffffff...... koffffff......
srooootttttttttt.........
            koffffff.............koooffffffffff............
haaaaatttchhhooooooooooooooooooommmmmmmmmmmmmmm!!!!!!

maaaaak aiihhhh......bersawangggg....berhabuk 4.6 inci!!!
mintak maap la wahai blog ku...sesungguhnya diri mu telah hampir2 dilupakan...
huhuhuhuh...........
nanti nak gi cari penyapu ke vacuum ke kejap ye....
**tatau la bila pulak nak dtg balik sapu buang habuk2 ni haaaa**
huhuhuhuhuhu......

Wednesday, April 04, 2012

c.i.n.t.a.h.a.t.i




Semoga Aiman & Humaira menjadi anak2 yg soleh dan solehah, sentiasa dilindungi Allah dan berjaya di dunia dan akhirat... i love u both...mmmuaahhhhhhhhhhh!!!

Friday, March 23, 2012

Skin, be nice to me :)

*** Bangun paaaagi...
       gosok gigiiii...
       CUCI MUKA...
       pakai bajuuuu ***


Saya bukanlah seorang yg rajin cuci muka...ala yg cuci muka guna facial cleanser ke gel segala mak nenek tu..
Dolu2 masa kecik, suka tgk mak saya punya dressing table..
penuh dgn alat2 mekap..botol2 losyen etc.. (at that time she used Clinic Clinique)
Suka tgk dia tenyeh2 muka dia dgn facial cotton.... saya jadi tukang buang cotton2 tu

Bila dah besar, teringin nak buat mcm tu tapi takde beran...
hehehehe..
Paling koman pun saya guna facial wash je.. tu pun mcm chipsmore.
Kalu rajin je pakai, padahal menda alah tu just within reach je dlm toilet tu pun.
Rasa2nya the very first facial wash yg saya pakai, mak saya yg belikan (sbb time tu dia tgh try product tu.. brand Murad)
Hahahahaha....pakcik Murad mana la pulak ni?? Belasah je lah..
Masa tu time matrik kot..

~oooo....international brand gitu..hehehe...dh colourful dah botol dia, time saya pakai dulu black and white je warna tema Murad nih~


Bila masuk U, tgk member satu bilik angkut pencuci muka satu bakul masuk bilik mandi
Saya pun gatai la pi beli jugak pencuci muka.. (masa ni I said bye2 to Murad oredi...tak tahan bila member nmpk mesti komen..aikkk Murad mana ni???) hahahaha ;p
In the end, mcm bese jugak pencuci muka yg saya beli tu jadi bahan pameran jer..hohohoho!!
Sebenarnya malas.... dan tak reti nak tonyoh2 semua tu kat muka.. cleanser la, toner la, moisturizer la..
Nasib baik la muka saya tak kronik sgt..setakat gunung berapi lite2 je kalu dah dekat nak masuk bulan tuh!

Kalau tak silap, facial wash yg saya pernah try was Loreal...
Pehtu tgk kawan beli Neutrogena, saya pun gedik2 nak try jugak...
So pakai la Neutrogena...kejap beli yg jenis foam, kejap beli yg jenis gel...
Ikut suka hati mak bapak je ko!
Tapi time tu tak berani nak cuba toner moisturizer semua tuh...
Walopun kalu gi Watson, rajin gak dok belek2..hati kata nak cuba tapi tangan tak tergamak nak amik, mesti gi letak balik

Lepas setia agak lama dgn Neutrogena, tetiba saya terasa high nak beli product Bodyshop lak..
Ouuhhh.....seb baik ai beli facial wash sajork..takde maknanya nak pakai yg berset2 tuh... macam la ai ada duit berkepuk2 pon!
So saya pun start la pakai product dia yg Vitamin C tu...
Sebab saya tak la pakai everyday, bila teringat je baru pakai, so result dia saya rasa OK la,
asalkan tak jadi teruk muka ku ini...
tapi saya suka smell dia..very soft orangy smell...pastu ada small2 beads, blh tenyeh2 kat hidung...
tapi takkan kuarnya segala black head tu hah..degil yer!!!


 Kalau ada sikiiit rajin lagi, saya guna facial scrub brand St Ives tu...yg apricot tu..
Haaa yg tu best...saya suka saya suka...
Selain saya gi scrub kat muka, saya telah meng-upkan fungsinya dgn meng-scrub satu badan..
muaaaahahahahaha...hasilnya personally saya rasa kulit adalah menjadi lembut hokeh!!
Fefeeling sehalus kulit bayi gituh...
 Dulu2 rajin jugak pakai facial mask St Ives yg avocado ke amenda ntah, lite green colour.
tu comot sket la, nak kena sapu satu muka...
Saya dok mencari lagi satu jenis facial mask dia yg peel tu je, yg guna cucumber..tu tak la leceh sgt...bila dah dry blh terus peel...tapi dah lama tak nmpk jenis tu...

And saya pun pernah berkira2 nak try product SKII yg mahal berdo'oh tu...the treatment essence
Sebab mak saya dok tgh pakai yg tu skrg ni (apsal dia ni suka suki tukar2 brand ek?? hahahaha)
Tapi sebab dia mak datin, tak pe la khennn....
Ai golongan marhaen jah...
Jadi saya berjaya menepis godaan sk11 itu...selamat duit saya yg memang tinggal nyawa2 ikan je ni.

Lepas tu adik saya yg anak dara tu (sapa mau masuk meminang sila angkat tangan!) pun saya tengok meriah je dressing tablenya.. hahahahahhaa...
memang blh saing dgn maknya lah
suka gi bilik dia dan test itu ini...kui3x

Anyway, smlm masa jln2 kat KP... tetiba ternampak la kat satu isle... product nih
Ekceli....dah countless time saya dok lalu kat any kedai.. ada je nmpk SRG ni...tapi mek pandang sebelah mata pun tidak... kenapa ek??
Lagi2 ada muka RCW pulak...hehehehe sebab rasa mcm mokcik2 nyer product gitu..
Tetapi...
kenapakah semalam mek telah terpandang lalu tergegeh membelinya????!
Kenapaaaa???? Kenapaaaa????
sebab ada logo halal...hehehehe

Lepas dah beli set tu, baru laaaa gugel tgk review dia mcmana..
org sblm beli la kena review, ni dah beli baru nak review!! u tell me why??
So anyway, so far reviews yg saya jumpa mostly melegakan hati jugak la..
Jadi pagi tadi, saya telah berjaya (hoh yeh!) for the very first time mencuci dan menepek muka ini dgn cleansernya, tonernya, serumnya dan jugak moisturizernya..
hahahahahahhahahaaaa.......rasa sungguh oh dewasa dan penuh kewanitaan..
perrghhhhhhh!!!!
Harap2 kulit muka saya maintan cun tak akan terkejut dgn perubahan drastik ini..ecehhhh...

Saya try reasoning to myself...umur dah masuk 3 series...
Kulit muka tak penah nak jaga..kang kedut2 tompok...tak syiokkk la..
Kita nak nampak cantik depan suami (owwohhh.....bestnya ayat) **kan babah?**
So kena la start jaga kecantikan kaaannn.... hehehehehehe
Sebab badan ai ni cikeding, takde maknanya nak dress to kill
Lagipun Babah dah sound, tak leh pakai ketat2, nampak body shape.... baik boss

Tapikan, kenapa semua beauty product kena amik artist sebagai duta ke, or amik org yg memang dah sah2 cantik, kulit putih bak snow white.
I know la it's a marketing strategy, bila tgk benda cantik..org suka.
But wouldn't it be much better kalau amik org biasa, pastu bg pakai product mereka then wallahhhh show the difference..
Confirm pembeli/consumer lagi confident nak try...

Kalau setakat beauty product ni saya ok lagi...cuma tak berapa suka tgk yg iklan byk2 kat majalah wanita pasal tonik la, perapat2 la, jus itu ini, minyak ajaib segala bagai yg blh treat SEMUA jenis penyakit..
It's a big NO for me..
Org lain ada pendapat masing2..
Cuma kalau blh, jgn cepat percaya dgn pil2 magic, gadget2 ajaib yg claim mujarab utk sembuhkan itu ini..
yg claim tak payah makan, sapu aje pun dah cukup..
yg guna kuasa electromagnet ke haper benda ntah
yg penuh dgn testimoni yg ada kala kita pun doubtful "ye ke ni?"
yg sampai taknak dan suka hati stop medications sebab percaya dgn benda2 ni semua..
lepas tu end up dtg ke emergency dgn symptoms of heart failure, kidney failure and what-not-failure lah.
Siapa yg rugi???
mereka dan keluarga mereka jugaaa....
Eh apsal dah melencong emo2 lak ni???
hahahahahahhaa
**but it's the truth you see..org Melayu, sila sedarrrrrr**

Errr...ada sapa2 nak amik saya jadi duta produk kah???
Ngeeeeeeeeeeeeeeeeee..........

p/s: adakah saya suda tergolong dlm kategori makcik2 sbb pakai SRG ini?? mueehehehehehe











Wednesday, March 21, 2012

Pruritus Caladium

Ketika selesai lunch, sambil2 membelek paper kepunyaan tokeh kedai, tetiba.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haiyohhhhh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini mcm pun blh jadi iklan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~Power mcm minyak dhob? Kesan 3x lipat?~
(tak paham sebenarnya mcmana kekuasaan 3x lipat tu! huhuhu)
.
.
.
.
.
.

Pastu ada gambar hero & heroin-heroinnya....bahagia gittewwwww.....

 Siap ada dialog usik mengusik lagi....

.
.
.
.
.
Kita zoom sket....
.
.
.
.
.
.
.
.
Pak Ngah mampu, anda mampuuuuuuu????

Pak Ngah (68 thn) :
 Biar kurang beras, jgn kurang tonik..(eceh peribahasa baru!). Tonik ni lelaki punya selera darling. Kalau dari dulu ada Tonik tenaga batin mcm ni, 4 dah bini abang. (ouhhhh u naughty pak ngah!)

Bini no.1 :
Dah takdir, buat apa nak sedih. suami sayang dgn mak ngah. Dia mampu menambah. Mak ngah            dapat cucu, dapat madu.. redha je lah.. Mak ngah nak payung emas... (alhamdulillah mak ngah yerrr)

Bini no.2 :
Sayang...makan sekadar perlu je tonik tu...!! risau saya abang kahwin lagi...(oh pak ngah, mak cik ani dah warning tuhhh)

**pak ngah siap bg no tepon tu.... klassssssssss ko pak ngah...jgn marah ye pak ngah, mak ngah dan makcik Ani.........semoga berbahagia la hendaknya**

Nota kaki:
-dah takde cara lain ke nak iklan produk?
-perlu ke nk buat iklan mcm ni?
-produk ni dh di check kkm ke??
-kenapa kat paper sokmo ada iklan seangkatan dgnnya???
-kenapa org kita suka suki sgt iklan mcm ni?
-kenapa ada org blh pulak nk try benda2 mcm ni?
-pak ngah oh pak ngah...muncung mu sedepa......


**Pruritus caladium----> itchy2 yam-----> miang2 keladi**  voleh????





Monday, March 19, 2012

Zodanga vs Helium

Ketika masa tidak begitu mencemburui hamba....maka ini lah hasilnya..hohohoho








Tars Tarkas's first meeting with Captain John Carter...
TT: Jeddak.
JC:  Jeddak?
TT:  Tars Tarkas.
JC: Tars... Tarkas.....Captain John Carter. Virginia.
TT: Vor... ginya.
JC:  No. My name is John Carter, I'm from Virginia.
TT: Virginia.


TT to JC: You are ugly, but you are beautiful. And you fight like a Thark!

Jedah Thoris: Will you fight for Jarsoom??


Ok tu je nak rambling...hohoho...I quite enjoyed the movie...cuma last2 part tu takleh nak concentrate sgt sebab sebelum tu minum air byk sgt, tank dah full giler.....kui3x.

Wednesday, March 14, 2012

The She-He Confusion

Once upon a time....
there was this one errrr.....XX? XY?  huuurmmmm....'person'
Who was born as an XX but grew up or should I say changed herself into an XY (not sure about the surgery part..wallahu a'lam)
(for the record, if she remains a 'she' and not a 'he'.... she would be an adorable little lady i tell ya!! huhuhu)

Ok lets continue with the story...
So She grew up trying ever so hard to make herself and the people around her to believe that She is a He...
Did all the typical yet compulsory stuffs just to make sure She appears as a He
Cut 'his' hair short, dressed like a man, smoked, did a little piercing here and there, had a few rounds of flirting here and there with the girls, played the boyfriend part here and there as well.

Years gone by and She still eager to be a He.
Found a job in the heart of KL.
Saw 'his' pictures with a girl before (read: 'his' girlfriend) and then after some time remained single.
Latest scoop, 'he' is currently with a new girl (read: 'his' wife pulak dah..naik pangkat)
Guys might find 'his' new girlfriend/wifey 'hot sizzling mee oh-la-la' complete with daring saliva-drooling-outfit.
But I find it quite errrrr.....unacceptable **geleng kepala**


Pic source: zazzle.com

They have their own clan....same species... the wannabe she-he group.
Would partying out loud, zouk sana zouk sini, karok here and there, clubbing jugaaa...
Costume party is like a must for them....
God knows whatever drinks they posted on fb while partying like crayzehhh...
**maybe teh O ais or coke- bersangka baik**
Dressing wise, kalah omputih...
Posing wise, masya Allah.... **sedih tgk**

Nowadays this so called 'couple' keep on posting pics of a bb girl.
Whom they claimed to be theirs.....tak tahu la program anak angkat mana pulak...
So now 'he' is the daddy and the real she is the mommy.

The point is.....
I feel sorry for them....
I pray that one day, Allah will shed them light and give them guidance to the right path.
I pity the baby..what will become of her in the future????
Semoga Allah memeliharanya....huhuhuhu.


Tuesday, March 06, 2012

A Handy Notepad

How many of us likes to scribble on their hands, especially the palm?
I used to scrawl a lot!
Back when I was doing my housemanship.
Not that I was too lazy to write on a piece of paper or notebook, but it was rather quick and easy! Plus I always misplace/ accidentally threw those papers away...
Yes it was kinda messy but it helped me a lot especially for a quick reminder of to-do's, extension numbers, patient's RN, bed numbers etc.
Memang habis cunnnn lah tattoo kat tangan time tu..hehehe
Tak cukup kat tapak tangan, belah atas tangan pun jadi notepad (but that was not me lah who did that).
Come to think of it, I have managed to play a small part in conserving the papers, by sacrificing my palm as a handy gadget.
Vaaahhhh.....shabash to me! 
Hehehehehe...



 Back in high school, I had a friend whom whenever she writes, her other hand (especially her thumb and index finger) would follow along the 'writing trail'.
In the end those fingers would be smudge in ink (masa sekolah menengah kan dah start pakai pen).
And sometimes when she rubbed her nose, it would inevitably turned blue/black (depends on the ink colourhehe).
I wonder if she still does it......
U ols ada conteng2 tangan???

Friday, January 13, 2012

A wet Friday the 13th

Oh hujan lagi.... sudah 3 hari berturut2..non stop...
ada parts in Ktn yg dah banjir...

*****
Curhat di hari Jumaat:

Saya geram sebab.....

-ada org 'cerdik' park kereta dlm porch kat tadika..patut 3-4 kereta blh muat, tapi sebab u brader dah conquer the whole lot, org lain tak blh nak masuk.
encik, i tau la kete u besar...susah ke nak manouver power steering u supaya kete besar u tu blh ke tepi sedikit, supaya org lain yg kereta kicik nak hantar anak time hujan2 ni pun blh masuk kereta dlm porch tu.
jadi dapatlah kita bersama2 tidak basah, dan anak2 pun tak kena hujan...COMPRENDE?
kalau setakat main jenguk2 je tapi action nak alih kete nan hado....how??? jgn la selfish brader..please be considerate to other parents as well!

Saya geram lagi sebab.....
-lepas tu pegi kat satu tempat lagi, kete kicik lak parking sesedap rasa....block pathway. kereta lain tak blh nak lalu..
adik kicik, u tak blh kena air hujan kah mcm witch kat dlm citer Shrek 3??
org lain basah kena hujan kool je....
Nasib baik ai dpt voucher buku 1malaysia... sejuk sket hati...lalalalalala

conclusion:
the size of a car does not correlates with the number of neurons in the brain...ngaaahahahaha
sel2 otak tak berhubung kekdahnya..sekian!

Bila mentaliti org Malaysia nak berubah lebih baik???
**yawwwnnnnnnnnn**




Friday, January 06, 2012

Friday Prayer

I am scrolling down my fb wall.
nampak perempuan2 je yg rajin hapdet.
yg jantz2 x dop..
bagus la...
pi masjid, dengar khutbah...solat jumaat.
alhamdulillah....

tapi kesian kat adik2 cleaner 3-4 ketul nih..
last week termiss solat jumaat
terlepak kat satu bilik
siap ternasyid lagu exist
Tak terpelik sgt
sebab dh byk kali tgk situasi mcm tu
Org lelaki yg dah cukup umur, TERmiss solat jumaat (dgn sengaja tanpa rasa bersalah)

Dolu2 kalu gi KLCC, sementara tunggu boifren gi smayang..
time dok melangut tu...berduyon-duyon kaum XY yg beragama Islam bersuka ria dlm KLCC makan2, jalan2, lepak2 hisap2 rokok, dating2..

Mungkin mereka tgh bermusafir?
Mungkin mereka ni muka je mcm melayu tp sbnrnya bukan beragama islam (geng2 rojak non muslim)?
Mungkin mereka tak cukup lagi 3 kali berturut2 ponteng solat jumaat?
Mungkin mereka belum cukup umur??? -->impossible!
Atau mungkin mereka tengah datang bulan??
ngeeehehehehehehehehe...
Wallahu'alam..

Berbalik kpd adik2 cleaner ni
Saya rasa terpanggil (eceh...) utk menegur mereka
Bukannya apa..rasa mcm bersalah lak kalu buat senyap je. Dok gitu?

So saya pun round2 kat bilik belakang
apa alasan nak ketuk bilik ek?
TAkkan nak main redah je kot?

Ok la... meh kita try

"tok tok tok..." (ketuk pintu)
ada budak intai ikut blind
Pintu pun terbukak...
ada 4 org semuanya.. sorang tgh baring2 atas lantai, sorang tgh makan, sorang kat kerusi, sorang lg bukak pintu.
Kot ada yg nyorok blkg pintu, wa tatau la pulak.

"sorry ye dik, nak check bilik je..dengar mcm ada suara..ingatkan ada staff baru. sebab sblm ni rasanya takde org"

**Seme muka tak de perasaan**

"eh U all tak pergi semayang jumaat ke? dah masuk waktu kan?"

**tak de respon, seme buat muka kayu**

"ke u all org yg sama tak pergi smayang jumaat jugak last week? (budak yg tgh mkn mcm angguk2 kepala sambil suap nasik dgn best tanpa henti).
sorry ye dik, bukan nak menyibuk, cuma nak tegur je ni. sebab last week ada yg tak pergi solat, siap buat bising2 lagi. ni pun tak pergi solat jugak. kalau blh pergi semayang jumaat ye"

**respon nan hado jugak, tak de ckp apa pun. tutup pintu**

ish ish ish..... hopefully ada yg terasa malu la...
bukan malu kat saya tapi malu kat yang Satu tu...
Saya pun malu...
huhuhuhuhu...... :(



p/s: takde gaya nak gi solat pun budak2 tu...still berkabung dalam bilik.

Tuesday, January 03, 2012

~tentang D.o.B.i~

Sekarang ni musim hujan di Kuantan..
ada masa tu sampai 3-4 hari hujan non stop.
Kdg2 tu baju2 kitorg tersidai kat ampaian berhari2, baru nak kering.Tu pun sejuk2 je rasa baju tu…lembab ke apo eh?

Jadi dgn rasa sukahati terpaksa, saya pun menghantar la beberapa kali baju2 busuk masham kotor tu ke laundry depaaaan umah nun.

Memang la memudahkan dan menjimatkan masa. Kurang 3 house chores nak kena buat; basuh, sidai dan lipat.


Kisah I:

First time dolu2, pernah hantar cuci toto.

Skali nak collect, pekerja dia tercari2 nombor resit tu, tak jumpa.

Ekceli, saya nmpk je toto tu ada atas rak.

So saya ckp la, yg toto hijau tu saya punya.

Tapi pekerja dia ni degil tidak bersetuju dgn statement saya.

dia ckp taaaak, yg tulis kat resit tu tak sama mcm resit saya. Nama org lain.

Huk oloh.. then I said, eh saya rasa mmg saya punya toto ni…awak salah letak resit kot.

“bukan ni kak…saya tau, ni org lain punya. Haritu ada org lain htr warna hijo jugak”

Ok fine, awak cuba call customer yg kat resit tu, tanya dia toto dia kaler apa.

Tet tet tet tet, ”ni dari dobi tuuuuuut….ada htr toto nak cuci…. Kaler hijau ke?...coklat?...oooo…ok..tak, tanya aje”

Dlm hati: hah kan aku dah kata tu toto aku, tak percaya kaaaannnn

“ok la kak, akak blh amik dulu yg ni..”

Eeiiii….ada bunyi tak percaya jugak tu….tak pe tak pe…”kan saya dah kata, ni toto saya..awak tak nak dengar”

Kisah II

Htr 2 load baju2 ke Laundry yg sama jugak (dah tuuu…dekat, convenient..layan je lah).

Babah aiman yg turun nk collect. Lamaaa tu dia dtg balik, “eh pi la turun, dia x jumpa baju”

“ishhhh…apa cer ni”

Load pertama berjaya saya jumpa setelah meng’kelebek’ semua bungkusan baju yg ada kat rak situ, sambil memberi sepatah dua kata kpd pekerja tu.

Saya mmg dah hot dah sebab skali lagi, resit tu nama org lain.

Maka saya pun sound la kat pekerja dia…sebab 2x kena mcm ni. Asyik tertukar resit.

Second load berpeluh jugak la cari. Go come go come tak jumpa2 jugak.

Aduuhhh dlm hati ada panassss!

“cuba awak tgk kat dlm machine ni..kot2 tgh basuh ke.. tgh dry kan ke”

“tak de kak. dlm tu baju org lain”

Budak ni, pegi check pun tak, confident je ckp tak de.

“mcmana awak buat kerja ni? Kalau bj saya hilang mcmana?”

“tak apa la kak, kalau ada org terambil..biasanya dia pulangkan”

“amboiii senang nya awak ckp, tu kalau org tu baik..dia nak la pulangkan.. dpt org yg tak baik? Lepas tu kalau baju saya tu mahal2…hah mcmana? Senang betul awak ckp ye”

**senyap**

Last tu saya berdiri dekat dgn dryer, “cuba awak tgk dlm ni ada tak bj saya”

Minah tu pun pergi la bukak…jeng jeng jeng… ada pun bj!!

“oohh..belum siap lagi kak”

Eeeeiii…baru terkulat2 depan ai…

“nanti dah siap saya kol akak”

Cehhh..dah la tak ckp sori!

Ptg tu jugak tetiba dpt msg ni “ bj madam dah siap”

terus ai jadi madam! perli kah??

so petang tu babah aiman pegi amek. Ai tak rela nk tgk muka org tu hokeh..

Kisah III

Smlm baru tersedar, Suar jeans saya dgn suar jeans baru babah Aiman hilaaaaannnnggggggg!!!

Arrghh tensionnya…

I am sure I sent in to the laundry sebab mmg x basuh kat umah.

Smlm pi tanya laundry tu, dia kata tak de pun jeans.

Aku laaaa……..

Takkan hilang mcm tu je kot. Dah la jeans tu je yg best di pakai sebab pinggang dia ngam2..x yah nak pakai2 belt dah…

Uwaaaaaaaaaa…… sedih mak!!

Related Posts with Thumbnails