Saturday, November 24, 2007

Al-Fatihah

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud,

"Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi {Toha:55}."

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur {Ali ‘Imran;145}."

Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang benar. Setiap yang hidup pasti merasai mati.

Betapa mudahnya kematian dengan izin Allah. Jumaat, 23 November 2007 bersamaan 12 Zulkaedah 1428h, Pak Lang telah kembali ke rahmatullah ketika sedang mandi bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Pak Lang pergi di usia 50an. Seingat aku, Pak Lang seorang yang tidak bercakap banyak dan suka menolong orang. Dialah yang menjaga arwah Tok Wan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.

Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan rahmatilah dia. Ya Allah, tempatkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, berikanlah kekuatan dah ketabahan kepada isteri dan anak-anaknya dan peliharalah mereka.

Al-Fatihah buat Pak Lang, Wan Hussin bin Wan Chik.

~AzD~

Friday, November 09, 2007

November Rain...


Assalamualaikum to all....

Hello everybody. How was ur eid celebration? In a couple of days Syawal will end. Kejaaaap je rasa. And next month will be the last month in 2007. So what good things have I achieved so far (in addition to giving birth to Aiman of course!! hehehe). Ntah...Whatever it is, must be thankful to Allah.
Hmm...apa la dok merapu ni. mesti sebab cuaca mandom. A week has passed and lately asyik cloudy and shower aja kat sini. Almost the end of spring but feels like winter pun ada. Sejuuuukkkk......
OK la mari kita mulakan sessi berceloteh kita. We had great fun celebrating Eid this year mainly because there was Aiman. Yeah..tahun ni celebrate bertiga, manyaaaak syiook!! Every weekend mesti ada open house. Best best. Selamat mak tak yah masak. ngeh ngeh negh...
And last week we did a small gathering kat rumah. Thanks a bunch to all those who came. Hope u guys enjoyed the food. We prepared BBQ, nasi with beef curry, ikan masin (oooh haruuum semerbak bau rumahku, lalat pun datang jugak, enteprem sungguh!), sayur kacang goreng, salad (byk left overs nih, hangpa semua tak makan sayur ka?? sayur kan good for ur health) hehehe....pastu garlic potato (first time buat, sedap la pulak -sendiri puji), raita, mushroom sauce, papadom (mcm ni ke eja??), cream caramel, tiramisu (oh itot, tiramisu mu menjadi pojaan ramai..tengkiu tengkiu), fruits and kuih bakar kak rosie bawak, ngan kuih kelapa-nama-apa-tak-tau kak zurin bawak (sedaaap, kak rosie suka!!)
Esoknya (Sunday), went to Erin/Shah's open house cum birthday Alia sekali, then off to Kak Khaz/Abg Din's house then lastly to Blacktown to Kak Ida/Abg Ghazali's house.
Balik rumah malam tu kenyang betul. Alhamdulillah. Hmmmm...this weekend who's turn pulak??!! Heheheheheeh.....
Anyway, only 4 more weeks to go before kitorg balik Mesia for a month. Tak sabarnya!!!! Nak makan itu nak makan ini, nak meronggeng situ nak meronggeng sini. wahkakakakakakakakaka...i like i like!!
Ok la people. to be continued later... daaaaaaaaaa

p/s: Aiman has started on his solid food.Waaaaa...comot la anak mama ni mamam!

Monday, November 05, 2007

Monday, October 15, 2007

SeLAmaT hAri RayA AiDilfItri, MaAF zAhiR daN BaTIn

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua. Mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara selama ini.

Kali ini adalah kali ketiga kami beraya di Australia, dan kali pertama beraya bertiga. Aiman tak pakai baju melayu macam budak-budak kecik dan baby lain, dia pakai overall dgn t-shirt belang masa raya pertama tu. Orang asik tanya "apsal tak pakai baju melayu?" Mana ada jual baju melayu kat sini... orang melaysia pun tak post sepasang kat aiman... siaan dia.

Semayang raya di Malaysia Hall sungguh ramai. Kami sampai, orang dah nak mula semayang dah, tak dan pun nak takbir seround dua. Takpa lah, mujur dan semayang. Ada jugak yang mai masa orang dah abih semayang pun. Jamuan raya Msian Hall ini tahun tak semeriah tahun lepas. Anyway, pi beraya rumah orang pun puas makan; rumah kak su, jasmin and rumah kak zurin. Burrppp!!

Hari raya kedua, kami pi 4 buah rumah. First to north ryde, rumah Kak Rosie. Abg Salim buat satay, puas la makan satay semalam. Then to rumah yatie, makan soto, rumah ustaz, makan spaghetti, and last malam rumah abg hasan, macam-macam adaaa. Kenyang giler sampai tak tau nak habaq, tido pun tak selesa. Perut memang terkezut la, masuk macam-macam, cacamarba.

And today, Monday, just stay at home...

Thursday, September 20, 2007

AKU dan KAMI

Ngantuk pulak mata pagi2 ni.. baru pukul 11am... Dah la bising org buat renovation kat level atas. Nak eksesias jari jemari, mari kita bercerita. Kalau ada yang dah penah dengaq tu kira ulang tayang la...

Alkisah, ada 3 orang sahabat tersesat di padang pasir. Depa ni hidup sebatang kara, err, 3 batang kara la. Dah la hidup takdak sedara-mara, ketiga-tiga sahabat ni hitam legam, papa kedana pulak tu.

Dah penat berjalan, depa terjumpa satu oasis, 'AYAAQ!!' Depa pun minum la dengan lahapnya, lapaq ayaq. Depa pun makan la apa2 yang tumbuh kat tepi2 oasis tu. Dah lega, depa pun berehat.

John: Kan best kalau kita ni putih. Mesti hensem.
Big: Tu la! Nak pulak kalau kita ni kaya raya kan!
Mac: Hangpa ni, tengah sesat pun tak abih dok angan-angan mat jenin...

Depa pun teruih la berjalan. Tiba-tiba John tersepak satu benda keraih terjengui kat tepi oasis tu. "Hantu betui, sakit kaki aku!" Dia pun kalut korek benda tu. "Ish, macam botoi ayaq. Buleh buat bekai ayaq ni". John pun konon nak cedok la ayaq oasis tu masuk dalam botoi tadi. Dia bukak ja penutup botoi tu, keluaq asap berkepoi-kepoi.

Big:Apa hang dah buat John?
John: Mana aku tau. Aku nak amik ayaq buat bekai ja!

Asap tu berubah rupa jadi macam lembaga, cuma takdak kaki ja sebab besambung masuk dalam botoi tu. "Aaarhhh!! Syioknyer mengeliat! Ater teman dah lame benor tidor dalam bekeh tu. Hmmm... sape gerangan mike betige ni yang cerdik bebenor buke melepehkan teman ni?" Si A menjawab,"A-A-Aku yang bukak, hang ni sapa? lagumana hang buleh dok dalam botoi ni?"

"Teman ni jin dalam buangan.. bla.. bla...". Mamat bertiga tu melopong dengaq cerita jin ni tadi.

Jin: Memandangkan kome dah melepehkan teman, teman nak bagi hadiah pade kome sorang satu. Mintak le amende pun, teman buleh bagi. Mike dulu!
John:err... err... mintak apa pun buleh? err... kalau lagu tu, mesti la AKU mintak nak jadi putih.

KBOM!! Si john bertukar kulit menjadi putih, hensem la sikit. Tengok yang Jin ni tadi betoi2 ada power, si dua ekoq lagi ni pun mula la kalut nak mintak dulu. "Mike pulok!"

Big: Hoi jin, hang bagi AKU jadi lagi putih dari dia buleh ka?
Jin: Ish, rasanya tu dah habih putih la tu. Takpe, teman try..

KBOM!! Big pun bertukar menjadi lagi putih daripada John, kalah Michael Jackson. Si Mac pun jeles tahap cipan, teruih...

Mac: Jin, hang kena bagi aku jadi laaagi putih dari depa dua nih!!
Jin: I am sorry mate, tu dah abih putih teman buleh buat. Mintok la mende lain pulok aih.. takde cabaran langsung.
Mac: ish, takkan tak buleh dah jin? Kalau dah lagu tu, hang bagi depa ni jadi hitam balik macam aku jugak.

KBOM!! John dan Big berubah jadi itam balik macam asal. Jin berkata, "Ape le kome ni badigol benor, banyak bende lain kome buleh mintak. Sorang mintak 'bagila KAMI semua jadi putih', sorang lagi buleh mintak 'bagila KAMI jadi kaya', peh tu sorang lagi buleh mintak 'hantor le KAMI balik ke negeri kami'. Tak ke baguih gitu. OKlah, permintaan ditutup. Babai!"



MORAL OF THE STORY: Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Selalulah berusaha untuk kejayaan bersama instead of sendiri-sendiri nak naik sorang.

AzD
Wollongong

Tuesday, September 18, 2007

Ramadhan datang lagi

Ahlan Ya Ramadhan. Dalam tak sedar, sudah hampir seminggu Ramadhan berlalu. Suasana berpuasa di bumi asing ini tidak banyak bezanya seperti hari-hari yang lain, melainkan kita berlapar dan dahaga di siang hari serta mengerjakan solat Tarawih di waktu malam. Tiada rancangan TV atau tazkirah pagi yang dapat mengingatkan kita mengenai kelebihan berpuasa, atau mengimbas kembali sejarah kehebatan Islam seperti Jejak Rasul dan sebagainya. PaRam juga tidak wujud di sini.

Kadangkala terasa sunyi, jauh dari sanak saudara. Mujur ada Aiman sekarang, memeriahkan suasana dengan tangisan manjanya. Kalau di taiping dulu, bukak puasa selalu penuh meja, macam-macam mama sediakan. Lepas terawih sempat lagi minum teh tarik, makan murtabak dsb. Sahur pulak tak kurang meriahnya. Sesekali terbayang betapa seronoknya sewaktu zaman sekolah, bangun sahur beramai-ramai, ada Qiamulllail, ceramah, tazkirah dan pengisian2 lain yang rasanya amat sukar untuk ditemui lagi suasana sedemikian. Mutiara-mutiara yang dikutip rasanya semakin hilang gemerlapnya sementelah tidak diamal dan diulang-ingat selalu. Betapa manusia ini mudah lupa.

Buat semua, terutamanya diri sendiri, sama-samalah kira mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Bulan tarbiyah yang datang hanya sekali setahun jangan dibiarkan berlalu tanpa kita memperbaiki diri serta mendekati Ilahi sebanyaknya. Biarlah suasana sekitar tidak berbeza, menantikan param tak kunjung tiba, tetapi ciptalah suasana baru dalam diri kita sendiri. Hayatilah bait-bait dalam nasyid Rintihan Kalbu ini, mungkin akan mengimbau kenangan buat mereka yang pernah berada di bumi wakafan...



Rintihan Kalbu

Hari ini....tiada senda dalam bicara,
deru air mata merupakan segalanya,
sang hati...bicara sendiri,
bangunkan ummah,bina generasi,

Di bumi yang bertuah ini,
diriku mula mengenali,
matlamat hidup sebagai abdi,
kepada Allah...Allahu Rabbi,

Diriku ini sebebas unggas,
terbang riang di angkasa raya,
menyanyi merdu...irama kalbu,
indahnya...indahnya...oh..indahnya,

Wahai generasi dengarlah pesanan ini,
bumi ini bumi bertuah,
suburnya...sesubur tanaman di lembah,
melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara...mutiara indah,
untuk bekalan diri berpindah,
sebelum jejak kaki...melangkah,
sebelum penyesalan membawa padah,

Sahabat...seperjuangan,
usah digentar musuh di hadapan,
pandanglah di depan balasan Tuhan,
syurga Firdaus menanti kalian,

Teruskan...oh teruskan,
perjuangan menegak kebenaran,
di dalam kebungkaman akhir zaman,
selagi hayat dikandung badan,

Wahai teman seperjuangan,
dengarlah...harapanku ini,
pohon untukku dalam doamu,
diriku pejuang Islam yang satu
diriku pejuang Islam yang satu.....

Tuesday, August 21, 2007

HAPPY 3RD ANNIVERSARY

Salam to everyone...

Dah berapa kali entry asik citer pasal Aiman jer, kasi can la kat mak bapak dia pulak aih... heheee...

OK, today is a special day. It is our 3rd wedding anniversary. HUHUHUUU... kejap je rasa dah 3 tahun, umur pun tak lama lagi mula kepala 3. Just see how time flies so fast.

Mengimbas kembali kenangan lalu, rasa kelakar ada, rindu nak jadi muda balik pun ada, ekekeke. Elyn and I met when we were still studying in UKM KL. She was a medical student then, and I was doing my nutrition degree. Still remembered first time terpandang elyn, dengan baju kurung, comel aje, kat BCB cawangan Kg Baru, dah tutup pun bank tu. Dia ngan kawan dia tengah bukak akaun kot, ye la nak dapat scholarship. "Payrout, sapa budak pompuan yang pakai baju kurung tu? boleh tahan ar," aku tanya member aku, kebetulan dia satu matrik ngan elyn. dia pun explain la gitu gini, pastu start from that day dok cucuk jarum suruh pi tackle elyn. "Boleh tahan jugak susahnye nak tackle minah ni," sampai satu tahap aku dah malas dah nak try, "jual mahal siot," aku kata. Tapi berkat kejujuran ditambah pulak dengan kehenseman (time tu aku slim lagi, hehe) dibantu dengan trademark Budak Makan Kancil Kuning serta promotion oleh kawan-kawan, elyn dan aku pun mula berkawan. Maka berkecai hancur lulur lah hati-hati mereka yang menaruh harapan ingin disunting, menerima berita yang si teruna ittew telah berpunya.. ;P..

Suatu kenangang yang tok dapak dilupekang ielah, lepas sebulan 'declare', cewaah, bapak dia datang KTDI nak jumpa. Yang si elyn ni dengan tersiput-siput call, "Azdie, jumpa kat depan kejap,". Aku dengan happynya turun la ke bawah dan jalan ke blok depan. Dari jauh dah nampak dia berdiri kat kereta volvo, bukan iswara merah dia, "ni musti ada something surprise ni". Alih2 bapak dia kuar, salam2, soalan sikit2 pastu dah, dia pun drive balik meninggalkan aku dan elyn. "Approved la tu," dalam hati aku berkata. Seb beik tadak soalan cepu emas ke apa ke.. hahaha... And now that man is bapak mertuaku, and really is a good wise man, and funny too if I can say. Mak dia, dapat approval pun dah cukup baik. Ye la, biasanya mak yang particular sikit bab2 gepren-boipren ni.. hihii.. OKlah, takleh citer lebih-lebih...

Dipendekkan ceritera, persahabatan kami membawa ke jinjang pelamin, dan hari ini genaplah 3 tahun kami diijab-kabulkan. Elyn, nanti silver ke gold anniversary ke kita sanding lagi nak? hehehe... teringin nak naik pelamin lagi, tapi nak kena dgn elyn jugak ker? ;)


TO MY DEAREST WIFE, THANK YOU FOR THE WONDERFUL YEARS WE'VE SPENT TOGETHER, AND IN THE YEARS TO COME... HAPPY ANNIVERSARY!

~Wan Azdie~
Wollongong
210807

Wednesday, August 08, 2007

Aiman di Usia Tiga bulan



050807, genaplah usia aiman 3 bulan. Berat dah bertambah, makin panjang sampai banyak baju yang dah tak muat, akai makin banyak, dah pandai buat bunyi-bunyian, nangis kalau kita takde kat sebelah, ah banyak lagi lah! err.... berak pun makin 'harummm', dan abah dia la yang selalu mengorbankan tangan untuk menservis aiman.. huhuhuuuu....


ada hari dia suka nangis, rasa geremm sangat. tapi bila time dia dok bercakap sorang2 tu jadi kesian pulak teringat masa dok marah2 kat dia... syian laaa aiman babah tu, die tuuu tecik lagi tu... dan ada hari dia hepi aje, tak pun tidoo aje sampai tak minum.


hmm... dah tiga bulan ni rasa-rasa dah jadi macam muka sapa? muka mama dia ke abah dia? hehehe...




~AzD~

Thursday, July 26, 2007

Happy Birthday to me.....

Saalaam,

Semalam 25/7 adalah birthday saya...dan ye, saya mengwish a birthday wish kepada diri sendiri. Happy Birthday Elyn!!!! Hehehehehe.....To those yg wish to me, I thank u very much. Sesungguhnya saya rasa muda lagi...seperti sweet 18! Hohohoho......Adakah saya mengalami sindrom kurang kesedaran diri? owhhh...mungkin tidak....
Jadinya semalam kitorg gi Canberra (again!!) sebab nak gi register baby and buat passport Aiman sekali kat High Comm. Last month actually dah gi dah nak buat seme2 tu but unfortunately ada doc yg x cukup, so cuma dapat renew my passport je la. Smlm at last Aiman dah dapat Borang W (blh geng ngan mama), next week dapat la kot passport dia. Hmmm...kelakar pulak gambar passport si kecik ni..abah dia kata mcm ala2 samseng Kg Dusun. keh keh keh!!!!
Sempena birthday saya, Azdie telah bersusah2 membeli kek cikulat bersama2 lilin berbentuk nombor yg besar sekali. Adakah dia sengaja nak mengingatkan umur saya pada tahun ini? Maybe...maybe not. Kerana saya tidaklah merasa sedih apabila umur saya meningkat, kerana saya rasa saya young at heart dan saya menjadi lebih wiser sesuai dgn umur saya ittew...muahahahahahaha.... yeeeeee la tu rozlin!!! Di samping itu juga, Azdie turut menghadiahkan saya hadiah harijadi yg mana hadiah itu digunakan sepenuhnya oleh anak teruna saya. Bijak...bijak. Wahai hubby, jgn lupa hadiah anniversary pulak next month. Hehehe..


Apa lagi nak citer? Last Tuesday for the first time we sent Aiman to his babysitter. Sedih OK?! Babysitter fr bangaladesh...hmmm..bau kari la Aiman nanti. Hehehehe..... Memandangkan that was his 1st day kena tinggal, so kitorg takdela hantar lama sgt. Ada la dlm 6 jam. Jadi untuk merawat hati saya yg duka bergelora kerana pertama kali berpisah dgn Aiman, Azdie tlh membawa saya ke Hoyts Chatswood utk menonton wayang. Apa lagi...tgk citer fav dia la Harry Potter and the Order of the Phoenix. Hmmm....terasa spt zaman bercintan cintun pulak bila gi tgk movie berdua. Ekekekeke.....Walopon movie tu blh tahan best dan cinema sangat kosong (cuma terdapat beberapa ketul warga2 emas yg turut serta menonton harry potter), tetapi jauh di sudut hati asyik teringat kat Aiman. Apa laaa si kecik tu tgh buat. OK ke dia??? Bila dah abis tgk wayang, Azdie bwk gi mkn kat Mandarin Court...saya telah mengorder Assam Laksa ngan cendol, AzD lak order Chicken chop with sagu gula melaka apa ntah. Owwhhh...sedap betul, rasa mcm mkn assam laksa kat JJ Midvalley...huhuhuhu.
At 3.30pm, picked up Aiman. Kesian betul, masa kat depan pintu babysitter tu, dah blh dengar dia cry. Bila dia nampak je, lagi bersungguh-sungguh dia melalak. Hmm...tunjuk perasaan la tu. Babysitter kata dia naaaaangis aje. Kesian anak mama, sampai bengkak2 mata cry. Mama pun sedih..uhuk uhuk uhuk....


Dalam kereta on d way balik, Aiman tak pandang pun muka mama dia. Asyik tgk tingkap je. Merajuk kot. Sorry la sayang....nak wat mcmana. Dah terpaksa..... Hmm..sedih lagi...

Malam tu, Aiman tido awal...tak payah nak tepuk2 ke apa ke...dia terlelap sendiri. Agaknya penat kot siang tu abis tenaga menangis je. Hmmm....dan saya sedih utk kesekian kalinya... :(


Eh lupa nak citer, awal bulan haritu we all went to Gold Coast...syiooook betul. Kena datang lagi...tak puas. Hehehehe.....Aiman la best, kecik2 dah berjalan jauh. Bak kata Kak Zurin, tinggi mileage Aiman ni... ngeh ngeh ngeh.


This Sunday insya allah nak gi umah Asiah & Zahid. Depa buat majlis cukur kepala for their newborn baby girl. Comel btol baby Asiah, rambut lebat giler. Yang best birth weight dia mengalahkan hero2 kat sini. Hehehehe.....4.2kg!!! Hebat..hebat. So that's the end of musim beranak pd tahun 2007 ini. Started with anak Erin/Shah, Sarah Khadijah on 20/3, followed by our Wan Muhammad Aiman 0n 5/5, then anak Ustaz Zuhir/Kak Aishah, Muhaimin on 10/5, lepas tu anak Hidayah/Khairil, Ahmad Faris Darwisy on 12/5....and ended with anak Asiah/Zahid, Nurul Syifa' on 13/7.
May Allah blessed everybody with happiness always.......Amiiiin.


~elyn~


Saturday, May 26, 2007

Happy 3 weeks old to Aiman...

Salamm...
Bagi memenuhi permintaan cik itot, maka saya dengan ini akan berblog... hehehe... apa nak citer ek? Hmm...tup tup dah 3 minggu dah umur Aiman... sekarang ni dia kuat betul menyusu... sampai nak kena top up ngan formula milk.
Meh nak citer aktiviti Aiman on a typical day. Kita mulakan pada pukul 12 pagi. Haaa...time ni, masa mama ngan abah dia dok mamai2..Aiman dengan happynya akan buat kuih dia sesedap rasa. Yeaahh....setelah selesai dgn hasil ciptaannya, maka Aiman akan disumbat pula dgn sebotol susu supaya tuan putera seorang ini dpt tido dgn lenanya. Skrg dah pandai, tido asyik nak kena tepuk..tak pun kena cuddle. Sejak 2-3 hari ni bagi susu sebotol mcm dah tak cukup dah. Macam semalam kul 12am bg susu, kul 1am nak lagi. Takpe la, mama Aiman tak kisah. Sumbat je laaa.....
Then 3-4 jam afterwards, Aiman akan mulakan siaran radionya kembali..yeaah..makan time again. Tukar nappy jugak. Kekadang tu, baru je nk letak nappy baru, tak nyempat2 Aiman nak pancut kat abah dia. Hehehe...timing yg sungguh cun. Kena la amik nappy baru. Hmmm...nappy sekotak besar tu kejaaaaap je abis. Kang kalu pakai nappy yg kain tu, tak larat ler aku nak menyental corak2 abstrak si aiman. Time malam ada laa dlm 2-4 kali jugak dia bangun.
Bila dah cerah tu, dlm pukul 9am lebih it's mandi time. Lepas mandi, bagi susu lagi pastu boleh la biaq dia main. Terkebil-kebil sorang2....tersengih2 sorang2...pastu tetido. Tok mama dia rajin la dok melayan...

Bila dah tghari, feeding time lagi, tukar nappy lagi. tgk la mcmana kekerapan dia lapar ngan basah. So basically, mcm tu la activity Aiman dalam sehari. Makan.. tido.. nangis..tukar nappy. Dia ni kalu time lapar, tak leh tahan2 dah. Meraung kuat giler mcm seminggu tak pekena susu. Eh lupa lak nak citer, aiman ni kalu bab2 burrpp ngan kuar angin kot arah selatan tu boleh tahan jugak bunyinya...mcm org besar. Kadang tu confuse, yg bunyi tu abah dia ke aiman. Hehehehe....tp abah dia pandai, tak pasal2 aiman yg kena fitnah kengkadang tuh... Tak apa laaaa, Aiman tak kisah....Hehehehehe!!
Sometimes bawak jugak Aiman kuar jengjalan gi shopping. Tapi biasa lah, sumbat dulu kenyang2 baru kuar rumah. So dia hepi2 je dok dlm pram tak ingat dunia. Tapi kena make sure pram tu sentiasa bergerak, kalu stop radio aiman akan berbunyi. Hehehehe...

Actually masa umuq dia baru nak masuk 2 minggu dah keluar gi jengjalan dah. Mama dia tak tahan aaar dok umah tak tgk dunia luar. Time tok mama dia kuar gi meronggeng ngan kawan dia, mama ngan abah pun kuar senyap2 bawak Aiman gi westfield. Muakakaka... kalu tok mama tahu, kena tembak pang pang la!!!
Haritu bwk Aiman gi jumpa paeds specialist, sebab memalam dok perasan dia mcm restless, pastu as if ada something stuck kat tekak dia, risau gak. But Alhamdulillah tak de apa2. It was just a reflux je. Hmmm....bila timbang terkejut gak uiikk, cepatnya naik berat budak ni. dr kata dont overfeed him. Hahahaha... kesian, kecik2 dah kena diet ye sayang??!
Kesimpulannya, penat memang la penat, especially time malam. Tapi dah nama pun anak... eeeeeiiii..sayangnya kat Aiman!!!!!

Apa lagi nak citer yer? Kdg2 bila tgk perut yg dah kempis dan pinggang yg ramping ni (muakakakaka), rindu gak time2 preggy dulu. Rindu nak rasa something gerak2 tendang2. Kejap je 9 bulan tu. Ingatkan time nak bersalin tu, nak mintak epidural. Tapi tak sempat. Anyway, Alhamdulillah....my labour experience tak de la traumatic sangat. Sakit??? hmm... mestilah sakit. Tak penah pulak seumur hidup aku jumpa or dengar ada orang yg kata beranak tu sedap. Hehehe....
Apa2 pun, it was a memorable experience. Ye lah, time sakit nk bersalin tu, cuma kitorg 3 ketul je (me, azd ngan the midwife). Nasib baik Azd tak passed out ke apa, sebab dia x berani sangat tgk darah. But he was there 24/7...bagi encouragement and everything...Thank you dear!!

Apa yang aku dok perasan, procedure and environment nak bersalin kat sini is totally different ngan kat Mesia. One thing for sure, labour room dia mmg cantik & besar. One patient per room. Sekali tgk mcm private hospital. Tapi rasanya private hospital kat mesia pun kalah kot. Pastu sepanjang2 dok kat labour room, sekali pun tak jumpa OBGYN MO depa. Semuanya midwife, pulak tu midwife on duty tak ramai pun aku tgk. Bila dah sampai time nak push tu, there was only one midwife yg attend. Pastu cool je midwife dia. Bila midwife tu jenis yg soft spoken, cool...so tak de la rasa pressure sgt. And one more thing, episiotomy kat sini is not a standard procedure unless kalau nak kena forcep or vacuum or if the midwife thinks there'll be an inevitable tear or whatsoever. That's why la I got a tear as well that needed a few stitches. And when the baby is delivered, terus2 pass kat mak dia lepas potong cord. Takde nak bersih2 dulu ke apa sampai la the next day baru la mandikan baby tu. So mana2 baby yg ada darah berkerak2 kat kepala tu, nasib laaa mak dia nak sental pagi esoknya tuh. Hehehehe. Nasib baik Aiman OK, boleh tahan clean.
Dulu masa kat Hospital Taiping, labour room dia jenis bilik besar je, so yg mengasingkan every patient is just a curtain. And then, almost every first timer, sure kena episiotomy. The number of staffs/midwife pulak memang ramai. And every moment mesti ada houseman yg on duty. And at least once or twice MO/Specialist dtg buat round. Bila dah time nak push tu, ingat lagi...kekadang mcm cheerleader lak dok bersorak2 bg semangat kat patient. Riuh sekampung! Ekekekeke......Bila baby dah kuar, tunjuk kat mak dia kejap and then gi timbang and cuci2 baby, barulah bg kat parents utk pegang baby tu.
Masa kat hospital hari tu, mcm aku citer tadi la, memang tak nampak batang hidung doktor pun from the first moment aku stepped in ke labour room sampai la discharge balik umah. Except for ada sekali tu, paeds MO datang buat neonatal check up utk aiman. Tu pun dia gi check memalam buta time org nak tido. Ada ke patut..... But nevertheless, semua staff nurse ngan midwife kat situ mmg baik sesangat. A salute to them......
Aiseh....panjang jugak berblog kali ini. Ekekekekekekekekekekeke........ok lah. Nak gi tgk Aiman buat apa. Kesian dia main sorang2. Abah aiman tak de satu hari ni. Dia gi canberra ngan org2 MSD....hidup MyPSA!! hehehehehe. Daaaaaa.....

~elyn~

Sunday, May 13, 2007

Happy Mother's Day.....

Happy Mother's Day to yours truly..Me....yeay!! hehehehe...and to my Mama who is currently here in Sydney and also to my Mama in Taiping. Thank you for everything and may Allah bless us all... Ameeen.




~elyn~

Thursday, May 10, 2007

Sebuah kelahiran

The beginning....
Jumaat, 4 Mei 2007, elyn mula merasa contraction dari pukul 4 pagi lagi. For the whole Friday, we just stayed at home until 11 pm. Elyn telefon labour room hospital, and the midwife asked a few questions like ' how often do you feel the contraction; is there any discharge; etc' and we decided to stay home after the midwife told us not to worry still. Everytime we called Malaysia telling the families about the situation, they all kalut2 asking us to go straight away to the hospital. Based on what have been told to us by friends who delivered their babies here in Australia, the midwives will tell you to go back and stay at home if you do not fulfill the criteria of a women going to deliver soon enough. Being different in Malaysia, if you start feeling the labour contraction, no matter how mild it is, you will be admitted to the ward, and then when the time comes you will be pushed into the labour room.
So I stayed with elyn for the whole day at home, feeling unsettled. She still can smile and laugh, so it was obviously not the time yet, i said. Mrs Y with her hubby and daughter came to visit at about 8 pm, telling all her 'petua' she has learned during her time. Mind you, I think she should write a book on all the 'petua' she has, beginning from early pregnancy, until you are done with the confinement period, plus confinement guide for husbands too..haha!!






Gambar Aiman baru beberapa minit keluar dari perut mama..



The transition...
Then at 11pm, I finally decided to take elyn to the hospital. She was examined by a midwife and a CTG was done to see how the baby was going. Everything was fine, the midwife said that the cervix was not really dilated yet, and she suggested us to stay for a while and see how it went. After a while, another midwife, Patricia, came in and checked again by just touching the belly to feel the contraction. She then gave elyn the pethedine at about 12.30am. Elyn then went to sleep with contraction pain every now and then. At 2am, she started to feel the contraction becoming more frequent and strong. Greg, a male midwife came in and increased the 'happy gas' content and asked elyn to breath in more as the pain came in. She did not really like the gas but she tried. The gas made her feel dizzy and not really in her world.

Dok tengah2 high menghisap happy gas tu, elyn bertanya," abang, dah bayar ke KFC tu? ambik ajer". Aku tersenyum sendirian, sambil terus berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.



First day, asik tidoooo jer, sampai nak kena gerak suruh makan






The time has come...
Pat datang semula sekitar pukul 3pagi, dan memberitahu pintu rahim dah terbukak sekitar 7cm. It was a good progress. Pukul 12 masih lagi less than 1cm, and within 3 hours dah terbukak lebih dari 6cm. Masa ni muka elyn dah mula lain, no more sembang2 in between the pain. To make the story short, elyn mula push dalam pukul 4am. Aku terus bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan berzikir sepanjang waktu, terutama semasa elyn tengah pushing. Tak ada apa yang boleh dibantu selain berada di sisi dan beri semangat kepada isteri tersayang. Allaahu Akbar! dah nampak sedikit rambut! push lagi sayang, lagii!!


Pengalaman menemani elyn sewaktu labour tak akan aku lupakan. Hanya elyn, aku dan Pat di dalam bilik bersalin. aku amat mengagumi semangat elyn, tidak sekali dia bercakap yang bukan2, jauh sekali melempar kata2 yang kurengs atau menyakiti aku. Cuma erangan dan teriakan yang tidak terlalu kuat yang kedengaran, sambil sesekali menggenggam erat tangan dan rambut aku... Alhamdulillah, elyn memang strong! Allah berikan kekuatan yang aku rasa tidak ada dalam diri mana2 lelaki di dunia ini untuk menghadapinya kepada insan yang bernama ibu.
Ready nak balik rumah

Alhamdulillah...
Tepat jam 5.56am, Sabtu 5 Mei 2007 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1428H, lahirlah Wan Muhammad Aiman ke dunia, disambut dengan penuh kesyukuran oleh kedua ibubapanya sambil menitiskan air mata kegembiraan. Maha Suci Allah, betapa indahnya ciptaanMu, dan betapa hebatnya kekuasaanMu! Seorang lagi insan telah lahir ke muka bumi dan kali ini ianya disaksikan oleh aku sendiri, kini seorang ayah! Semoga Aiman membesar menjadi anak yang soleh, ameen...


More pics at http://sarmentosum.fotopages.com


Tidur dalam dakapan kasih sayang...

Tuesday, May 01, 2007

Baking day II...


Salaaamm....


Ye selamat sejahtera puan-puan semua. Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan masak-memasak. Hari ini saya ingin bercerita tentang satu resepi yang baru sahaja saya cuba pagi tadi. Resepi tersebut boleh puan-puan cari di dalam majalah Better Homes and Garden keluaran Mei 2007. Jadi tanpa membuang masa, mari saya perkenalkan nama resepi tersebut iaitu "Caramel and Pecan Swirl". Yeee...agak tergeliat utk saya menaip nama resepi tersebut namun jangan khuatir puan-puan kerana nak membuatnya tidak sesusah mana pun. Yang penting yakin dengan diri sendiri. Hehehehehe....


Asalnya resepi tersebut menggunakan brown sugar utk ditabur di atas doh tersebut. Tetapi saya menggunakan lateral thinking dan sebaliknya menggunakan jam rasberry utk rasa yg lebih uumphh. Perlu dinyatakan bahawa resepi ini tidaklah sama rasanya serta teksturnya seperti mana2 pastry yang biasanya ada dijual di kedai bakery, tetapi rasanya seperti roti. Resepi ini begitu sesuai utk dimakan di waktu petang bersama-sama dengan kopi.

Jadi saksikanlah hasil tangan mak buyung kali ini dan semoga terliur.... Muakakakakaka.....

~elyn~

Tuesday, April 24, 2007

Baking day....


Salam to all,

Woke up to a very chilly morning today. Had been raining since yesterday. Well, we really need the rain but unfortunately it was mainly at the coastal area, and not in the inland. Poor farmers....
AzD is at school today. Has an appointment to see his supervisors. Been working quite hard these past few days ey dear hubby?? Hehehe... no worries, typical last minute preparation.
Currently waiting patiently for my buttery orange cake. Yuuup....baked a cake this morning. Azdie cakap dah lama tak buat kek. So dengan semangat berkobar2, smlm went out to buy all the ingredients...hehehe.... So now, still dlm proses membakar. Tadi gi skodeng oven jap, nampak mcm gebuuuu je kek tu. Hopefully tak bantat la kek orange ku ittew... la la la la la.....


~elyn~

Wednesday, April 11, 2007

Easter Show 2007






9 April 2007, pagi2 dah bangun buat bihun goreng untuk bekal nak gi easter show, sebab tahu musti dok situ lama punya.

pukul 9 lebih kak zurin and abg lan sampai, kitorg terus ke train station ke sydney olympic park. first area kitorg melawat ialah tempat binatang. easter show ni mostly pameran agriculture diorg, banyak binatang ternakan macam lembu, kambing, kuda, biri2 dsb. binatang oink-oink yang kaler pink tu pun ada, besar bagak, dengan anak2 dok isap susu... heeei.... omputih ni gemor btul ngan binatang yg satu ni. dalam ramai2 tu aku terdengar la satu suara budak kecik yg cumel, "mommy, where is the piggy mommy? i want to see piggies..." masa tu kat area kambing.


aku suka je tengok binatang2 ni, food production. tapi aku rasa org lain esp elyn takde la minat sangat. so aku tak spent too much time nak baca. lagipun kang dia penat lak berdiri kat situ. tapi rupanya dia tak penat pun, sihat walafiat bila sampai kat area showbag... huhuu... beli cokelet la, beg la, hmmm gemok la lagi aku ni kena makan cokelet... satu lagi habit (bukan habitat) elyn ni apa dia makan dia akan suap kat aku sekali. so since dia dok mengandung ni dia kuat makan sikit, maka makin banyak la makanan yang masuk ke mulut aku bukan atas usaha tangan sendiri...huhuu...

lepas keluar area showbags tu, kami ke area macam funfair. banyak la fun rides mcm roller coaster, pusing2 yg tunggang terbalik tu, ferries wheel etc. kitorg tak naik pun mende tu. first skali main boling kecik, kalau jatuh semua dapat hadiah. elyn nak simpson, tapi aku hanya dapat bantal bentuk anjing. huhu... pagi semalam kitorg letak kat tepi jalan depan rumah dgn tulisan "please take me", kejap je dah lesap.



pastu dah penat, lalu je area arts&craft dan woolworth dome. ada pertandingan susun buah dan sayur. cantik la diorg susun jadi bentuk macam2. labu terbesar, 225kg, nak dekat 4 kali ganda berat elyn.... huhu.. tapi sebab dah penat dan dah nak malam, kitorg pass by je dan terus ke train station untuk pulang ke sarang.... perut pun dah lapar, tak kenyang walopun telan cokelet pelbagai jenis...
~AzD~



Monday, March 19, 2007

Buah kedondong ku sayang....

Salam to everybody...
Lama betul tak update blog. Busy sket last month. Dengan TIDE program IIUM. Walopon 2 hari je benda tuh, tapi penat. Kesian mak buyung, but that's ok janji buat keje and dah selesai dah pun. Hehehe...So dapatlah jumpa dgn a few familiar faces; Itot, Kausa, Nurlin + Saiful, Narina + Aidil + baby Nazhan yg asyik2 tido...minum susu...kena burp..tido.. minum susu...kena burp..bahagia sungguh hidup dia yer...ekekekekeke!

Then next day tu pulak after TIDE ada Postgrad Day aka sukaneka. Disebabkan cuaca mencemburui orang2 yg nak bersukaneka ni, so terpaksalah tukar venue dari Centennial Park ke Mesia Hall. Tapi sambutan tetap hangat di pasaran. Makan pun sedap. Hehehe... Acara dia pulak standard lah like any other sukaneka yg lain ie. tiup belon la, bawak telur dlm sudu la, lawan mkn krispy kreme la (ni takde kat mesia..hehehe), baling belon la etc. Budak2 pun enjoyed themselves nampaknya sebab in the end semua dpt goodie bags. Org tua pun tak kalah, semua pasukan dapat hamper. Hehehe....

Pastu a couple of weeks after that ada first AGM MyPSA pulak. Ni persatuan utk postgrad student kat NSW. Rasa mcm gi persidangan umno pun ada time meeting nih. Hehehehehe.... Protokol..protokol....keh keh keh..


Lepas tu apa lagi ye? ooooo, acara makan2 farewell party utk hendra yg baru2 ni balik ke mesia for good (nih org kuat MyPSA nih....very the rajin, everytime meeting tak tinggal file gedabak dia...thanks hendra..hehehe). Best makan2 kat rumah kak zurin ngan kat umah ustaz. Dengar citer masa kat airport tu ada adegan hujan ye hendra?? hehehe....

Last Saturday pulak gi Wollongong sebab ada BBQ kat Stuart Park. So and so lah. Awat tak tau rasa mcm tak happening and tak semeriah dolu-dolu...agaknya sebab cuaca on that day mandom kot. Ntah...gambar pun tak sempat nak amik.

Semalam gi IKEA...ada clearance sale. Maak aaihh, ramai betul orang. Tapi takde la mengancam sgt keclearance saleannya..mcm biasa2 je. Saje jalan2 kat situ, bosan dok kat rumah. Autumn2 ni asyik depress je rasa...

Apa lagi nak cerita? mcm banyak mengarut je ni.... cerita pun lompat2. takde kaitan langsung, having flight of ideas ke tangentiality ntah....hihihihi....Baby apa khabar? oooo...Baby sihat. Suka buat2 comel benjol sini benjol sana kat perut mak dia. Mak dia pulak sakit belakang malam2 susah nak tido. Bapak dia tido krroohh krroohh.. Ceehh...jeles...tapi takpe sekarang wa bagi chance la dia tido sedap2 ...lepas ni selamat tinggal goodnite sleep..wachhaaa...

Ni ada gambar buah kedondong..eh silap! Gambar bijik buah kedondong...hehehe...tak sempat nak amik gambar buah kedondong versi belum diusik, so tepek gambar bijik dia pun jadilah. Saje je bagi panjang sket blog. Hahahaha....Isi dah kena makan, tak tahan godaan. sedap sedap....beli kat kedai vietnam. Semalam pun mkn best gak. Asam pedas keladi ngan ikan bakar cicah budu + tempoyak..peerrghhh......sedaaap siots. Tapi tak de lak gambar sebagai bukti..hehehe....hmm, kalu tepek kang ada org terliur lak. Tak sampai hati.... OK lah, takde mende dah nak story. tata n take care everybody.....

~elyn~



Friday, February 09, 2007

Makanan Minggu Ini

ntah, tak tau nak tulih apa. buntu, bingung, bengang, bengong, stuck, ngantuk, malas, geram, mengada-ngada, mcmnn expresi emosi diri di kala ini, aku sendiri pun tak tau.

hmmm... mari kita tulih pasal makanan. lama dah rasanya takdak crita pasal makanan kan!? food is my passion, ianya membawa ketenangan dan kepuasan (and of course kekenyangan dan seterusnya kegemukan jika tidak terkawal). Makanan bukanlah semata-mata benda yang dimakan secara fizikal, tetapi makanan juga mempunyai pelbagai nilai, makna dan maksud yang tersendiri. Maka apabila kita menjamah makanan, kita bukan hanya makan makanan secara materialnya, tetapi juga kita makan makna makanan... Mungkin kita akan pelajari tentang antropologi makanan dan pemakanan di episod yang lain.

OK, apa menu kita harini? Sebagai peringatan, makanan2 di bawah adalah antara makanan yang dimakan minggu ini, bukannya dimakan pada masa yang sama... tomok la kalau masak macam2 yang nak makan hanya dua setengah orang!

Gambaq yang pertama ni ialah ikan snapper stim bersama champignon dan sayoq2 lain. nasihat aku ialah toksah beli ikan snapper yang besaq2 sangat, sebab isi dia dah keras, ikan toa kot. tapi memandangkan tukang masak yang masak tu hensem dan berkaliber, tua-tua si ikan snapper, sedap jugak bila dimakan.

Gambaq kedua ni ialah kerabu parsley. apa orang melayu panggey parsley ha? tak ingat pulak. sedaap, nasib baik sini ada jugak juai nyoq parut, buleh jugak buat kerisik. kerabu kalau tak boh kerisik tak syoq. walaupun bekas dia tak cantik mana, tapi sebab orang yang potong daun parsley tu comey, mengandung pulak tu, menambahkan kesedapan bukan sahaja di tunas rasa, namun di mata dan jugak hati. Di tambah pulak dengan kaler2 bahan yang dibubuh dalam kerabu tu, meriah sungguh. Tapi kan, aku asik dok teringat makan kerabu perut minggu lepas kat rumah member, dia buat house warming. pergh... meleleh ayaq lioq. dah dah! silap2 satgi esok pagi jugak aku pi cari perut lembu.

Gambaq yang ketiga ni western sikit. Kaya dengan omega-3, rasa pun sedap sekali. ish, terlioq
pulak sorang2 tengah2 malam ni. ni aku buat salmon steak ngan sos lemon yogurt (boh nama sendiri, tak tau nak panggey apa). Makanan sihat, tambah pulak makan dengan salad campoq. kenyang ooo sapa kata ratah ikan tak kenyang, cuba hangpa try tengok. tapi bahan2 dia kena kena la, kalau pi bakaq lagutu saja, paihtu pi tuang yogurt kosong tak sedap jugak. nak tau macamana? sila hantarkan sampul surat bersetem beralamat sendiri beserta money order bernilai AUD25 atas nama saya... kehkehkeh...

OKlah, sekian sahaja ruangan Makanan Minggu Ini. Sehingga bertemu lagi di lain siaran, semestinya bukan pada waktu yang sama dan tidak juga pada hari yang sama, bergantung apabila diminta oleh pengarah... hehe...

~AzD~

Saturday, January 20, 2007

Salam Maal Hijrah....

Assalamualaikum....

Adeeehhh...lamanya tak update blog. Been quite busy this new year. Sebabnya parents datang melawat walaupun for only 10 days aje! yea yeah...syooooookkkkkknyerrrr dok bawak ketiak mama ngan abah. Hehehehe...Wan Azdie, adakah dikau rasa dipinggirkan??? Ouuhhh....jangan dong, I still like to be under your armpit, don't worry my laling :p

So Azd and I spent the whole week bercuti sakan from school. Bawak depa gi jalan2. Senang je nak bg mama hepi, bawak round shopping complex, boleh hilangkan sakit kepala dia. hahahahaha!!! Pastu hari2 makan best. I'm quite sure somebody here has gained pretty much weight, ye tak wan azdie? When it comes to say bye-bye to mama and abah, aiseh....sayu tak terkata. Kalau la boleh ikut, dan dan tu jugak nak balik Mesia. Ayaq hujan tak yah citer aaah. Mcm drama korea. Hehehe.....But anyway, will be seeing them again very soon this May. yeaah yeahh and yeaahh lagi.......


Ouuhh, lupa nak citer, Azd and I celebrated aidiladha and new year's eve kat Melbourne. It was actually an unplanned thing and we decided at the very last minute to go there. Once dah booked the hotel and sewa kereta kitorg pun laju je drive gi Melbourne.



The journey was exhausting, ye la sebab gatal sangat nak drive, hah padan muka lenguh punggung because it took us more than 10hrs drive nak sampai. But it was fun. Melbourne CBD was pretty much like in Sydney but personally I like Sydney better. Hah!! Halal food is very easy to find, no hassle about it. Met with a few familiar faces: Saiful and Nurlin and Kak Narim and her hubby Alex. Really enjoyed your company guys!

Hmmm.....ok la malas nak citer panjang2, tgk gambar je la, ok?
Take care all and we both would like to wish everybody Salam Maal Hijrah. May this new year brings us happiness and may Allah shower his continuous blessing on us, insya Allah.......

~elyn~
Related Posts with Thumbnails