Wednesday, July 17, 2013

Entry bedak compact :p

Huaaa......BAPAK lama tak hapdet blog (pinjam ayat aiman).
Sesungguhnya masa amat mencemburui kita wahai blog ku....huhuhu...maafkan lah tuan tanah.
Tuan tanah memang malas semalas-malasnya.....hanya rajin BW sajork tp sendiri punya rumah tidak up to date. acanerrr???
Dek kerana kemalasan yg melampau, maka tuan tanah akan ringkaskan dan compact kan semua acara mara yg berlaku dari last entry hingga la ke tika dan waktu ini (tu pun kalau ingat semua..huhuhu).

March

~Bday Humaira~

Humaira dah sambut birthday yg ke 2. Sambut di rumah saja, beli kek kecik comey. dia dan aiman sama2 excited to blow the candles. Humaira juga membesar dengan jayanya, alhamdulillah, walaupun tak sah kalau tak kena demam/batuk/selsema-itu pakej wajib. Sampai sekarang masih lg memilih bab2 makan.
Bulan 3 ni jugak ada tambahan binatang peliharaan kat rumah. Akibat terlalu comel, maka kami terbeli sepasang arnab teddy bear yg kiut lagi gebuzzz. Awal2 memang eksaited tp lama2 babah aje yg pulun dok jaga. huhuhuhu....kesian pulak kat arnab2 ni kekurangan kasih sayang. Dah la sokmo kena atack dgn semut pahang yg ganas tu... ada sapa2 nk arnab ni? kami nak let go. lelong lelong!

~sepasang arnab gebu untuk di-let go....anyone interested??~


April
Nothing much happened during this month except that it was a month full of campaign for PRU13. Gambar roket, bulan, dacing, pensel, alarm clockbersepah2 kat tiang letrik, kat pokok, kat tepi jalan, kat rumah, kat kereta. Time ni jugak la mcm2 acronym keluar; ABU, ABAI, ABNA, ABCD.....XYZ je takdop huhuhu

May

~birthday celebration di educare~

Aiman's 6th birthday. Mcm biasa, beli kek, tiup2 lilin. Sambut di Gombak sebab kebetulan ada di KL. Kebetulan hari mengundi jatuh pada harijadi Aiman (05/05/13). First time tuan tanah pergi mengundi, area Gombak Setia. Perghhh semangat! Sehingga kini  undi ai adalah rahsia :p
Last2 yg menang adalah dacing. PRU adalah sangat 'noisy'; dengan isu undi hantu lah, blackout lah, dakwat kekal yg tak berapa nk kekal lah bla bla blaaa.... @_@'
Time tu jugak semua org kat fb sakan tunjuk jari masing2 yg bercalit dakwat kekal...gittewwwww (termasuklah saya hahahahaha).
~dakwat kekal saya :p~

Bulan ini jugak bread maker (BM) secara rasminya telah melihat dunia luar setelah berada di dlm kotak tak bukak2 hampir 3 tahun lebih. Kesian bibik saya ni. Maka saya telah meng-exercise-kan BM saya dgn membuat bun2 yg sedap (ecehhhh...). Namun malang nasib bibik saya ini kerana pada bulan ini ia telah kembali ke tempat asal di dalam kotak. Duduk diam2 dulu ye bik, kasi rest...nanti kita main2 lagi hokeh.
~bibik malaya ku~
~roti bun sedap..hiksss~


June
Bulan jerebu. Teruk ya amat.....rumah kedai depan rumah pun tak clear. Sebab apa jerebu. wellllll....sudah terang lagi bersuluh. Jiran tetangga kekal dlm peta dunia ittew sgt baik hati menyebarkan asap2 dgn pembakaran terbuka. Saya juga kagum sebab tiap kali jerebu, masih ramai manusia yg dok bakar duit berkepuk2 sambil puhhhh puhhhh puhhhhh buang asap. Eeeeeiiiiii haku laaaa!!

~Pemandangan kabus jerebu yg menyesakkan mata dan hidung~

17/06/13 pula adalah hari ini dalam sejarah untuk Aiman sebab dgn rasminya Aiman telah bersunat. Alhamdulillah, sepanjang procedure takde masalah. Cool je mamat nih. Cuma yg seksa sket adalah proses lepas bersunat. huhuhuhuhuhuhu hoi sangatlah mencabar menjaga budak 6 tahun post circumcision. Org tanya kenapa sunatkan Aiman awal. Jawapan: dia yg nak sangat, asyik dok mintak nak bersunat.

~time ni blh la senyum, time nk letak ubat huhuhu.....senyum ke laut sudaaa~
Saya memang byk kali jadi raksasa gorgon time nk letak ubat kat Aiman. punyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa la payah. Tu belum masuk bab nk mandi, kencing apa semua lagi. Haihhh dugaan sungguh. Dengan ini saya menyarankan ibu2 bapak2 di luar sana, kalau boleh sunatkan la anak lelaki anda seawal yg boleh. Senang nk jaga.....

July
Mula berpuasa, alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita semua utk berjumpa dengan Ramadhan :)
Sudahpun habis seminggu berpuasa, semoga kita semua lebih istiqamah dan berlumba2 untuk beribadah dan mencari keredhaanNya. Tuan tanah setakat ni berjaya menahan diri dari membeli makanan kat bazaar2 ramadhan. Nak cuba masak sendiri bulan puasa ni. Bukan apa, nanti bila pegi tak tahan godaan nafsu. Beli itu ini, membazir. pastu tak sedap, marah2..komplen...kurus pahala mak....huhuhuhu....
oh ye, awal bulan July baru ni jugak beger glamer; Burger Bakar Abang Burn dan mula membako di kuantan. Seronok...tapi sampai sekarang belum berkesempatan utk try. Haritu semangat pi cari stall dia, skali tak bukak lg. Pastu nak dijadikan citer, baru je bukak, dah tutup balik sebab grill terbako...katanyaaaaa... Tak sure dah bukak balik ke belum skrg ni....
Apa2 pun dalam kita bergembira, ada jugak saudara2 kita on the other side of the world yg sedang berduka, tertindas, dizalimi. Palestine, Rohingya, Syria dan yg terbaru Mesir....Sedih sangat. Dah la dizalimi musuh Islam yg memang terang-terangan bukan Islam, skrg ni org Islam sendiri yg menzalimi saudara seagama....
mesti musuh2 Islam bertepuk tampar bersorak kegembiraan bila sesama Islam bergaduh berperang..
Haaaii lah dunia akhir zaman.... sedih :'(


Semoga kita semua ditetapkan iman dan dipelihara Allah. Semoga Allah memberi kemenangan kepada saudara2 ku yg sana.....ameeennn...
:(



2 comments:

Tengkubutang said...

waaaaa.. bestnya ada bread maker tu.. mahal x harganya? huk2.. nak jugakk

hai.. salam kenal,
follower no.20
done follow sini,
jom follow teman yea ..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Elyn said...

@tenku butang

salam,
dah lama beli BM tu, lupa harganya brp.
tq dtg singgah :)

Related Posts with Thumbnails