9 April 2007, pagi2 dah bangun buat bihun goreng untuk bekal nak gi easter show, sebab tahu musti dok situ lama punya.
pukul 9 lebih kak zurin and abg lan sampai, kitorg terus ke train station ke sydney olympic park. first area kitorg melawat ialah tempat binatang. easter show ni mostly pameran agriculture diorg, banyak binatang ternakan macam lembu, kambing, kuda, biri2 dsb. binatang oink-oink yang kaler pink tu pun ada, besar bagak, dengan anak2 dok isap susu... heeei.... omputih ni gemor btul ngan binatang yg satu ni. dalam ramai2 tu aku terdengar la satu suara budak kecik yg cumel, "mommy, where is the piggy mommy? i want to see piggies..." masa tu kat area kambing.
aku suka je tengok binatang2 ni, food production. tapi aku rasa org lain esp elyn takde la minat sangat. so aku tak spent too much time nak baca. lagipun kang dia penat lak berdiri kat situ. tapi rupanya dia tak penat pun, sihat walafiat bila sampai kat area showbag... huhuu... beli cokelet la, beg la, hmmm gemok la lagi aku ni kena makan cokelet... satu lagi habit (bukan habitat) elyn ni apa dia makan dia akan suap kat aku sekali. so since dia dok mengandung ni dia kuat makan sikit, maka makin banyak la makanan yang masuk ke mulut aku bukan atas usaha tangan sendiri...huhuu...
lepas keluar area showbags tu, kami ke area macam funfair. banyak la fun rides mcm roller coaster, pusing2 yg tunggang terbalik tu, ferries wheel etc. kitorg tak naik pun mende tu. first skali main boling kecik, kalau jatuh semua dapat hadiah. elyn nak simpson, tapi aku hanya dapat bantal bentuk anjing. huhu... pagi semalam kitorg letak kat tepi jalan depan rumah dgn tulisan "please take me", kejap je dah lesap.
pastu dah penat, lalu je area arts&craft dan woolworth dome. ada pertandingan susun buah dan sayur. cantik la diorg susun jadi bentuk macam2. labu terbesar, 225kg, nak dekat 4 kali ganda berat elyn.... huhu.. tapi sebab dah penat dan dah nak malam, kitorg pass by je dan terus ke train station untuk pulang ke sarang.... perut pun dah lapar, tak kenyang walopun telan cokelet pelbagai jenis...
~AzD~
3 comments:
ek eh..dd da kurus laa..
kurus ke? hehehe... harap2 nanti dah jadi bapak orang akan semakin kurus la... sebab target belum tercapai lagi... btw, sape ni?
wahhh sungguh sonokk...
Post a Comment