Sunday, March 16, 2008

AGM MyPSA

AGM MyPSA (Malaysian Postgraduate Students Association, http://mypsa.org.au) telah berjalan lancar seperti yang dijadualkan semalam, 15hb March 2008 di Malaysia Hall Sydney. Proses pelantikan barisan EXCO MyPSA yang baru telah dibuat walaupun pada molanya kami menghadapi masalah dalam memilih dan melantik calon2 yang sesuai untuk memegang jawatan. Bukannya apa, walaupun tempoh penamaan calon telah dibuka awal, namun tiada pencalonan yang diterima. Maka exco2 lama dikerahkan untuk merisik sahabat2 baru bagi menggantikan barisan exco lama. Akhirnya dapat la satu pencalonan untuk setiap jawatan yang dipertandingkan. Syahdan maka menanglah mereka itu tanpa bertanding.

Rasanya kalau kita boh jawatan-jawatan tu bergaji dan ada elaun tetap ka ramai la kot pencalonan noo. Nak buat kerja2 amal, berkhidmat secara percuma untuk kebajikan pelajar dan merancang aktiviti untuk warga postrad ni memang memerlukan pengorbanan, dari segi masa, tenaga dan bahkan wang ringgit. Alasan utama yang orang bagi ialah takmo jadi exco ialah- banyak kerja laa - HELLO, hangpa ingat orang lain takdak kerja ka? tak busy ka? tak buat master/PhD ka? Nak buat macamana, manusia lagu tu la. Anyway takpa la, drpd terima jawatan tapi takleh bagi komitmen buat apa kan. Bukan senang nak jaga, pelajar2 Ijazah Tinggi semua ni...ramai yang OK, ada yang banyak kore. Tapi takpa lah, semua dah selesai. Harapan supaya mypsa terus maju. Buat ahli2, jangan lupa bayar yuran yer...

Aiman jugak yang best, main je. Pastu lena seh-seh kat sofa. Buat la apa pun, jangan menangih sudah. hmmmm, gambaq aiman je la ada, mak bapak dia yang hensem dan jelita ni takdak sapa nak tulong tangkap gambaq, huhu.

Takpalah, nak pi siap2 nak pi wollongong, depa buat BBQ tepi pantai. Nak tangkap gambaq banyak2, nanti kami hapdet lain. Chioww!!

~AzD~

1 comment:

Anonymous said...

dah update gmbq bbq smlm kat fotopages...gambo aimang pung ade..

Related Posts with Thumbnails