Jumaat
~ Kenapa satu hari ni rasa tak sedap hati... mungkin sebab mlm semalam bermimpi sedih. Mimpi org yg tersayang meninggal dunia... Mainan tidur aje kot. Tapi dalam hati rasa nak sangat balik kl.....
Sesudah maghrib, tgh melepak2 di rumah... telefon berbunyi. Yati called. Kenapa pulak ni tiba2 je....
"Uder..yati ni. Andak nazak..... diorg tgh buat CPR. Pidot ada kat situ, tgh ajar andak mengucap...."
Ya Allah.... Kau panjangkanlah umur andak...
"ok, nanti uder bgtau Ucu"
Telefon Ucu.... "ucu, tadi yati kol, andak tgh nazak... uder nak balik kl ni"
Hati sebak... Patutlah hari ni rasa lain....
Cepat2 berkemas nak balik KL tgk andak...
Pukul 9 pm.... telefon berbunyi lagi. Yati!!
Dada mula berdebar-debar.... air mata dah mula mengalir di pipi....
Kenapa aku dah dapat agak apa yg yati nak bgtau....
Suara yati sayu...."uder....andak dah takde.........."
"Innalillahi wa innailahi rojiun"
Andak..............tak sempat uder nak jumpa andak!
Sepanjang perjalanan ke kl, jari-jemari sibuk menghantar sms kpd kwn2...menyampaikan berita sedih, Fauzan telah kembali ke rahmatullah..
Kemudian Faizi kol...
"uder, kat mana ni?"
"on the way balik kl..."
"uder......" dia terdiam... mungkin sebak.
"uder dah tahu.... ko kat mana ni?"
"kat simpang pulai lagi....hujan lebat"
"bawak kereta baik2, jumpa nanti... sabar ye Faizi"
*********
Sabtu pagi
Bertolak ke rumah keluarga andak di Rawang. Kereta di kiri kanan jalan, orang pun dah mula ramai. Nampak mcm ada kenduri. Teringat masa kenduri kahwin arwah dulu... mcm ni lah. ramai org... meriah!
Cuma bezanya kali ni bukan hari yg gembira. Semuanya muka berduka...
Aku masuk ke dalam rumah. Berpelukkan dgn mak andak...dgn una... dgn cik odi..
sekujur badan terbaring kaku, ditutup dgn kain putih. Hibanya... org2 di keliling membacakan surah Yassin...
Tak lama kemudian, jenazah diusung ke dalam van, utk dibawa ke masjid berdekatan. Farhan menangis... mungkin dia tgk uminya tidur, takkan bangun lagi... atau mungkin dia menangis inginkan sesuatu.... Farhan kecik lagi...tak tahu apa2....
Jenazah andak dimandikan dan dikafankan di masjid. Ramai kawan2 ukm yg datang memberikan penghormatan akhir kepada arwah..
Sebelum muka andak ditutupi kain kafan, semua keluarga mengelilingi jenazah... memberikan kucupan terakhir buat andak.
Andak, uder pun turut cium dahi andak... sejuknya... pucatnya... cengkungnya...
sedihnya.....
Laju air mata ni mengalir..... sedih tgk anak2 andak mencium pipi uminya utk kali terakhir...
Di perkuburan....
Yati, ateh, fidot pun ada. Kami berpelukkan.
Di tempat persemadian andak sementara menunggu hari kebangkitan seluruh umat.
"ayah, umi kat situ ke?" aku dengar Farhan bertanya pada Faizi.
Imam membacakan talkin.
Selesai semua, farhan dan faezah taburkan bunga di pusara uminya..
bergelak ketawa.... gembira.... ya allah, mereka masih kecil... masih belum faham yg uminya sudah tiada...
Farihin pulak asyik merengek dikendong Una....
Mata Faizi merah, sebak.... kawan2 datang mententeramkan dia.. memberi kata2 semangat utk dia.
Faizi, ko kena kuat semangat... tabahkan hati... demi anak2!
Andak, damailah dikau di sana.....
uder rindu kat andak...
uder teringat masa kita sama2 belajar dulu
teringat masa kita sama2 keje dulu
teringat kali terakhir uder berjumpa dgn andak di hospital....
andak kata "bila la andak dapat jumpa uder lagi, ntah2 lepas ni tak sempat dah..."
Andak....Maafkan uder sebab tak sempat uder nak jumpa andak.
Sudah ketentuan Illahi andak pergi dulu....
Mungkin ini yg terbaik... daripada andak terseksa sakitnya chemo.
Ya Allah, kau ampunilah dosa sahabat ku Fauzan Mohd Hata
Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
Kau letakkan dia di kalangan mereka yang mendapat keberkatan Mu...
Dan Kau kuatkanlah semangat suamianya, Faizi serta anak2nya...
Lindungi lah mereka...semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Al Fatihah utk sahabat tersayang...
Dr Fauzan Mohd Hata (22 Julai 1979 - 2 April 2010)
Suara Keramat
8 years ago
5 comments:
Salam kelyn, saya turut bersimpati.semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg soleh. Semoga anak2nya dibawah lindungan Ilahi.Amin..
aamiin
Amiinnn.... :(
salam...
arwah fauzan nie sepupu saya...
malam nie saya betul2 teringatkan arwah
google nama arwah dan terjumpa blog nie...
semoga roh arwah kak pojan di rahmati Allah.....
Salam Mastura,
ye ke? mlm tadi pun tetiba teringat dkt arwah..tak tau kenapa :(
Post a Comment