Tuesday, September 27, 2011

"Mokcik mari nok jupe Sultang".....

Petang smlm lepas amik budak2, babah Aiman teringin nak mkn McD.
Aiman pun excited, nak pegi kat McD yg dekat dgn sand
So kami pun pergi la ke TC
Dah siap bayar parking (sebelum masuk parking kena bayar dulu singgit.)
Skali tgk McD gelap...tutup rupanya.... under renovation.
Haishhh...hampa.
Aiman nak mkn KFC pulak (next to McD)
Tapi tekak tak rasa nak mkn ayam
So next plan, ke McD Megamall...
Langit dah makin mendung
Hujan pun dah turun renyai2..
Lepas kuar dari TC, melepasi kawasan istana..
Ternampak 2 org makcik tua...slowww je jalan..
One of them cuba nak tahan kereta..maybe nak tumpang kot.
Kitorg terlepas ke depan dah....
"eh pusing balik pusing balik... kita bagi la makcik tu tumpang... kesiannya"
So kami pun u-turn
Berenti tepi makcik tu and tanya nak ke mana
"nak gi steseng bah lama kat sg kuantang tu" makcik kurus tu bgtau
Sorang lg makcik, agak gempal badannya
tp tak secergas makcik kurus ni.. jalan pun bertongkat.. nampak mengah.
Saya pun turun, bg depa masuk kereta.
Nampak kaki makcik gempal tu mcm bengkak..kesiannya....
Dalam kereta.. borak2 la dgn makcik2 dua org ni
tapi makcik kurus yg byk bercakap
makcik gempal tak berapa larat nak bersembang...
rupanya dtg dari kuala pahang (mana ni ek??)
"mokcik ni nok gi jupe sultang"
"nak buat apa jumpa sultan?"
"nok mitok duit.. buak blanje"
"selalu ke makcik pegi istana?"
"baru ni dtg doh.. ni dtg semula. tapi dok tunggu2 dari siang tadi, sultang takdok gi kl. doh kita nok tunggu takut hujang, nok balik dumoh lg..kekgi gelap..takdok sape nok tupang ke kita. Ni ade jugok jual2 ikang kering..adik nok?"
"tak pe la makcik, kat umah pun dah byk dah ikan kering"
"selalu sultan bg berapa makcik?"
"ada laaa..dlm RM50, buleh la buat blanje"

Dlm hati..ishhh..alahai kesiannya.....sanggup turun naik bas, tumpang org semata2 nak ke istana mengharapkan ihsan sultan......sedihnya sy rasa :(

Masa kereta berhenti kat traffic light, tetiba ada polis trafik
neno neno suh stop bg laluan
nampak mcm kete sultan
ke bini sultan?
tak nampak..cermin gelap.
Mula2 tu makcik-makcik ni dlm dilema nak patah balik ke tak pergi istana jumpa sultan
Dah la senja, hujan pulak..dibuatnya bukan sultan?
So kitorg pun suggest tak payah la jumpa harini... next time aje la..

Sambung berborak
dan kesimpulan yg sy dpt:
Makcik kurus duduk berdua
Tinggal berhampiran dgn rumah makcik gempal
Makcik gempal duduk sorang
ada 2 anak..tp tak dipedulikan (mengikut citer makcik kurus ni)
Makcik gempal taknak kena htr gi umah org2 tua
biar la dia duduk kat umah buruk tu sampai mati katanya... :(
Sama2 org susah
aku jaga ko, ko jaga aku....
Makcik gempal ada diabetes
dan selalu sakit sendi
tu yg susah nak berjalan
(mcmana ubat2 dia ek....)

Dalam dok borak2 tu....sampai la kami ke destinasi.
Stesen bas lama berdekatan sg kuantan.
Pelik gak...ada ke bas lalu kat sini...
tapi makcik kurus insist mmg ada bas..
Ok la kalu mcm tu..
Sebelum depa keluar dari kereta,
kami pun hulur la kat makcik2 setakat yg termampu.
Semoga sumbangan yg tak seberapa ni dpt la membantu makcik2 sedikit sebanyak
beli apa2 yg patut...
Berair mata makcik gempal...sayu
makcik kurus tak berenti ucap terima kasih
makcik gempal pun senyum je
Dipelawanya kami ke rumah dia... :)
Semoga Allah memelihara mereka berdua...........

Nota kaki:
Dah lama malaysia merdeka... tapi status hidup rakyat terutama di kampung2, di kawasan pedalaman masih tak byk berubah....yg kaya bertambah kaya, yg miskin bertambah miskin.. huhuhuhu











8 comments:

Abu Aiman said...

kesian kann... so we have to remember these people everytime we spend...

h4ni3 said...

errkk...
betul ke sultan bagi rm50 jer??

ker makcik tu lari dari wad psy? huhu~

Elyn said...

abu aiman:
baheklah.....

Elyn said...

h4nie:
ha'ah makcik tu kata rm50..terkejut gak.... tapi takde gaya org lari dr wad psy pun... hehehe

Azira Mohamad said...

Sedihnya..tringat kisah makcik yg sy pernah tolong dulu. Lebih kurang mcm ni la kisahnya.tp makcik tu bkn nkp jumpa sultanggg keh keh keh..

Smoga Allah membalas jasa kamu diatas semua kebaikkan yg kamu kerjakan.. Amin!

Elyn said...

azira:
amiiin...kesian kan? semoga kita tak lupa pada org yg dlm kesusahan, bantu setakat yg mampu :)

Anonymous said...

kesiannya..tercicir dr list bantuan zakat/kementerian kebajikan ni...
kuala pahang tu dekat2 area Pekan. ceruk..tepi pantai.
btw, syabas for the action taken.

Elyn said...

anonymous: itu la tu..mungkin tercicir..kesian kan?

Related Posts with Thumbnails