Smlm cerita pasal bapak perokok yg letak anak kecik dia atas peha sambil pecut kete.
Harini nak citer pasal some parents yg guna car seat utk anak2 mereka.
Dulu2, zaman takde anak, tak penah amik pusing pun pasal kewujudan car seat ni.
Bila dah ada Aiman, car seat ni compulsory di Oz.
Selalunya kita boleh je pasang sendiri car seat kat kereta kita.
Ada jugak kedai yg jual car seat dan sediakan kemudahan utk tolong pasangkan skali, to make sure kita beli car seat yg betul, dan cara pasang pun betul.
Car seat ni pulak bergantung kepada umur anak2...
Utk yg newborn, sampai ke toddler
Bila dah besar sikit, up pakai booster pulak sblm boleh up up lagi pakai seat belt je (wajib for all passengers, baik passenger kat depan mahupun di belakang).
So bila anak dah kena ikat elok2 kat seat blkg, baru la mak bapak buleh start the journey.
Dulu masa Aiman baby, nak hantar dia gi bbsitter, otw meraung jer.
Time tu dah la sorang2 dok drive.
Last2 tak tahan, terpaksa la berenti kat mana2 baru blh angkat dia.
Mana boleh letak kat depan..
Nak mampos kena saman!!?
Terbabas lampu merah pun kena saman $300!
Melayang duit mak!
Eh silap, duit laki mak!
Kat msia ni, bagus la ada parents yg guna car seat utk anak2 derang.
Tapi yg tak bestnya, kebanyakan car seat tu saya perasan diletakkan di seat depan.
Pastu anak pun letak mcm tu je, tak buckle betul2...
Kalau la terjadi apa2, anak tu dah la tak strapped properly,
mau melayang cium dashboard, tak pun melayang cium cermin kete pastu boleh tergolek atas jalan.. Pastu ada kete lain tak sempat nk brake..pastu..............
huishhh....Nauzubillah!!
Mmg bagus ada child car seat ni, especially kalau kita terpaksa drive sorang2.
Takkan nak pangku baby kat atas peha kita kot.
Cuma kalau blh maybe better diletakkan car seat itu kat belakang.
Mmg kita akan ter-distracted kalau anak meraung melalak.
Kejap2 tgk belakang masa drive...kejap2 tgk belakang masa drive.
Nak buat mcmana..
Kalau letak kat car seat kat sebelah pun sama jugak,
Kejap2 toleh tepi, kejap2 toleh tepi.
Tapi rasanya letak kat seat depan lagi membahayakan compared to seat di blkg.
Tak ker??
So kena la bijak melayan anak sama.
Bagi dia puting ke, bagi dia pegang toy ke...ajak dia nyanyi2 ker...
Susah2 bagi ubat tido.. hahahahahahaha *kijam!!!*
Suara Keramat
8 years ago
4 comments:
The best place for car seat is rear, at the back, no doubt about it.
Saya ajar ziyyad duduk kat car seat ni sejak dia umur seminggu. Masa tu sedara2 ada yg kata 'zalim'...tapi nak mendidik kena dari awal. So, now he's 2 tahun 5 bulan..takde problem nak duduk belakang at his seat.
Dulu masa saya di OZ, saya bujang.
Bulan 10 ni Insya Allah saya ke Perth. Soalan saya, perlu ke saya sewa sekali car seat? Sebab saya akan sewa kereta kat sana..TQ
kita bagi dia mida dulu before start the journey kan..
hahaha.. memang aman damai la jawabnya sepanjang perjalanan!
Daddy Ziyyad:
By that time Ziyyad dah 3 yrs old kan? adik Ziyyad pun dibawak sama?
Then kena la sewa skali ngan car seat. masa isi form online utk sewa kete tu boleh request :)
h4ni3: i loikeeee mida! hehehe
bila saya perasan dalam kete mamat yang saya dok usha2 dulu tu ada baby seat, saya dah stop usha dia dah.
heheheh~
*congratulations ye dapat baby girl! :D
Post a Comment