Wednesday, September 29, 2010

Safety First




Wednesday, June 30, 2010

Lets Santai....

Gosh we are already halfway through 2010.. how time flies!!! Come July, will be a year older...wooottt...wooottt!!!

Spent last weekend lazying around, rearranging stuffs from the boxes (managed to empty quite a number of boxes yippie!!). Then on Sunday evening, headed to Pantai Sepat to enjoy the south china sea breeze.
Oh yes, what beautiful stretch of beaches we have. However, I was so sadden to see all the rubbish being dumped everywhere (or was it washed away from other part of the continent?? hmmmm.....).
Empty bottles, plastics, papers, err nappies???? slippers, tin cans etc etc etc... giving an extra little 'touch of soarness' to the sandy beaches. SIGH.... kenapa org Malaysia sukaaaaaaaaaaaaaaa buang sampah??????
**Oh how I miss the oz beaches.... spotless!!!!!!**

So anyway, before Aiman had the chance to get all wet, we went to have dinner at Santai.

Location: please refer to the website.

Although it was Sunday, the restaurant was quiet and there weren't many customers yet because we were there a wee bit early. Love the santai ambiance... it goes well with the theme: Tenang, Damai, Menyelerakan...
But I do hope the Santai management would do something about the dining chairs. It looked all worn out, with dirty stains and small tears.

Had: Sayur Campur (RM 8)
--nyuummm....oyster mushrooms everywhere!

Siakap Peksak (RM28)
-- oouhhh...sedap sedap!! sllurrppp.. I can still taste sweet and sourness of the gravy... tasted a bit like tom yam.

Butter Prawn (RM9)
-- Presentation wise: Nice
A bunch of fried su'un -is this how we spell it? topped with fried butter prawn, nicely decorated with salads and a flower shaped carrot. However, the butter prawns were too sweet for my taste bud.

They serve western food as well, and I think the price is quite reasonable.

So people, whenever you guys are in Kuantan, do try Santai!

** Sorry no pics this time**

Wednesday, June 02, 2010

Makan-makan di Kuantan (part II)

And I quote from him, Food is my passion....

Sara Thai Kitchen (opening hrs: 1pm- 11.45pm)

Ada 3 cawangan kalau tak silap. Satu di Jalan Teluk Sisek, satu di hadapan Hotel Grand Continental dan satu lg saya tak sure (berdekatan dgn Kuantan Megamall??)
Kami anak beranak selalunya ke branch berhadapan dgn hotel tu. A bit easier to find a parking space and the restaurant has a much bigger space.
The restaurant serves an authentic Thai cuisine. Even amongst the workers pun you can hear them conversing in Thai. Selalunya time cuti sekolah atau pun weekends especially, selalu full house. Jadi kena la datang awal atau pun call utk buat reservation (tapi ramai2 orang pun, servis mmg cepat i loike!)
Dah nama pun Sara Thai Kitchen, maka semua makanan yang disediakan adalah masakan ala Thai... Semua jenis masakan panas ada tapi sup ekor tak de ye, harap maklum.

Contoh menu ala carte yg saya ingat2 lupa adalah seperti nasi goreng kimau (nasi goreng selasih/basil), nasi goreng kluk kapi (n.g belacan) & mee goreng phad siew (ni mee goreng biasa tu kot). Utk mendapatkan kepastian, sila la bertanya kepada waiter apakah maksud2 masakan yg ada di dalam menu itu.


Yang ini cawangan berhadapan dgn Hotel Grand Continental

Suasana di dalam kedai time tak berapa crowded

Tgh menunggu makanan sampai dgn penuh bergaya!


Top: Tom Yam Campur (ada model tangan org itu sambil memegang sudu)
L-R: Ayam goreng limau purut (sedap!!), Kangkung goreng belacan, kerabu sotong.

Rating: semualah sedaaaaapppp...sluurrppppp!!!! Regular customer hokay!

Monday, May 31, 2010

Makan-makan Di Kuantan

Ni entry ala2 jalan-jalan cari makan....

Pak Lim Nasi Arab
Disebabkan boifren dah lama teringin nak makan nasi arab, kami pun terjah ke kedai Pak Lim Nasi Arab ni.

Di mana kah kedai ini?
Mintak maaf ler sebab tak ada the exact address. Tapi kedai corner lot, kat Jalan Hj Ahmad (mcm otw nak ke Teluk Chempedak, kalau dari area city, ie Kuantan Megamall tu pusing kiri, jalan ke depan lagi then kedai tu will be on your left) - senang nampak sebab signboard kedai ni besar.

Rasa: Boleh tahan sodap.. walaupun tak sama mcm nasik arab ori yg tok arab buat tuh..kalu yg tu, harus terangkat!! Nasi arab ni tak berkuah, tp depa bagi satu mangkuk kuah kari atau kuah dhal bersama2 dgn nasik ni.
Kami ada mintak lagi satu lauk tambahan ~ sup kambing. Sup dia tak mcm sup pekat kat kedai mamak nun. Sup kambing ni rasa mcm sup ekor sket2, ada masam2 jugaaa. Tapi rasa kekambingan ittew tetap ada.
Selain dari signature dish nasi arab & ayam rose, masakan panas & western food pun ada dijual juga. Panjang list dalam menu......

So apa lagi, sila la cuba!


Suasana dalam kedai (Lupa nak snap gambar dari depan kedai)



Nasi Arab (RM 3.80) + Ayam Rose (RM4.20)



Excuse the chicken yg dah dirobek.. hehe



Sup Kambing (RM 7.90)


Salah seorang customer sedang menikmati keenakan nasi arab

Friday, May 21, 2010

Maid In Heaven

Just recently the government has set a new regulation on issues like providing a one day off to the maids, allowing them to hold on to their passports and also to provide compensation for maids injured at workplace. and oh... RM800 a month to hire a maid?

Personally I somewhat object (cewah mcm dlm court pulak) these so called new regulations. I see only the downside of it.

How sure are we that we will get an honest and qualified maids with that kind of salary? How do we know these maids will not run away at night (sometimes with valuables belonging to the employers). And who is going to look out for the employer's right? Aiya... and the list goes on....fuuhh stress headache.... (mcm la org yg cakap ni ada maid!! hehehehehe).

I have very little memory of having a maid when I was young. My parents hired a maid when I was already in my high school. The first maid was from Thailand, apa ntah nama dia. She was given a big room, next to mine. Sedap dia masak. She was with us for only a few months when she told my mum that she needed to go back "for a while" to her hometown to see her children. So my mum gave her some clothes and money (konon2 nak umpan dia to come back again). Tapi haram tak mai dah.

The second maid was from Indonesia, pun tak tahan lama. Sebab p.e.m.a.l.a.s.
After that, my parents stopped hiring any maids. We did everything on our own (eceh ceh...).

So back to the topic of discussion. Why the need for a weekly day rest? and that RM800 per month thingy. Are we willing to pay that much? Maybe in certain cases or in certain families memang the maid had to work their butts off. Tapi nama pun maid. Kalau suh buat tu tak reti, buat ni tak reti...sikit2 saya tak pandai, tapi makan nak yg sedap aje, apa majikan tak hangen!!
And I quote maid MakSu Tepeng yang baru, "saya lepas Isya pukul 8 terus tidur, barulah tidur berwudhu!" Waduh waduh... sedapnya dia tido awal. Tidur dalam iman gittew!!

With that one day off, the employer pulak disuruhnya pantau si maid. Aikk.. majikan agaknya dah takde keje lain kot nak kena monitor maid pulak. And again I quote, from Azd, "Apa kata suruh maid tu cari rumah sendiri, bayar sewa makan sendiri. Transportation sendiri. Cukup time malam, balik umah sendiri."

I'm sure most of the employers wont mind having to pay a lot of money (sebab kebanyakannya terdesak) but at least the agent should provide them with well-trained maids according to the specific needs of the employers, or at least lepas secondary education. Ni membaca pun tak reti, kunyit halia pun tak kenal, dah la kadang2 ada language barrier. Tapi bab mengira boleh tahan cerdik pulak!
Alahaiii.......

Pasar Malam

I think it has been a month since the night market started its operation in IM 14. So far so good lah, the stalls keep on expanding, more people are coming. A busy environment every Thursday evening in front of our house.







Senang pun senang, jalan dua tiga tapak dah sampai... senang hati macam2 ada, tak payah pikir nak masak apa...main tunjuk2 aje...bila poket mengempis barulah saya pandang awak, awak pandang saya....muahahahahaha!!

Aiman pun excited if we tell him it's pasar malam day. Seronok sebab kadang2 terjumpa kawan tadika dia... tersengih2 je, tak pun terjumpa teacher dia.

And yesterday, "Aiman tak nak lah buy toys kat pasar malam, tak best, cepat rosak kan mama? kan? kan? Aiman nak buy toys kat supermarket aje, baru nice."
Peerrgghhhh..... mcm tu pulak! Standard shopping mall ghupanya dia.. ngeeeeee T_T

This morning otw to have our breakfast, saw a banner at the junction to our house. There's a meeting for the residents of IM 14 this Saturday about this Pasar Malam. Jeng jeng jeng... pasar malam menjadi agenda meeting??
Agak2 apsal yer... nak ban pasar malam ni ker? ada org tak puas hati ke? nak kata sampah bersepah2... so far tak de la bersepah sgt. Ke sebab meeting nak tambah tapak? Hmmmmm......

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Pengantin Baru Ijan & Izzy

To dearest Ijan and Izzy

Congratulations!
Semoga berbahagia selamanya dan kekal hingga ke akhir hayat.
From best friends to lovers to husband and wife
Wishing you guys all the best in every way!








Thursday, May 06, 2010

Alahai pomen...kenapa harus menipu?

Lepas kena ketuk kaw2 oleh pomen hantu &%@#$^%%^%$ kat karak hari Ahad haritu, semalam kitorg pun ke Padang Lalang, cari kedai radiator. Tokeh Cina. Berenti betul2 depan kedai dia, terus tokeh tu datang sambil tersengih2. Ramai jugak customer yg tgh menunggu. Azd explain bok bek bok bek... pastu tokeh tu kata, takpe pukul 5 boleh siap. Oraiiitttt bebeh....

So menunggu la kat kedai tu, nasib baik ada aircond, tak la panas. Tak tahu berapa byk paper Harian Metro yg ada kat workshop tu saya khatam. Azd tunggu kat luar most of the time, tgk2 apa yg diorg buat.

Kejap2 saya keluar jugak jenguk bila nak siap. Azd kata sparepart utk Ford model ni mmg susah nak cari, kena order bla bla bla. Tapi not to worry, tokeh tu ganti dgn sparepart Ford baru, walopun not for this model. Hitam berkilat, fresh from the box! I loike!

Habiiiiiiis semua, tiba lah masa utk membayar. Cuak jugak kalu2 kena byk, tp alhamdulillah, acceptable la tokeh tu charge, tak sampai 1K pun. Radiator pun dpt yg baru.

Bila teringat balik kat episode kena tipu oleh pomen Karak kurang asam tu mmg BARA!!! Walaupun I was not there at that time, tapi terkena tempiasnya hokey!!?
Betapa kejinya perangai korang sebab amik kesempatan ke atas org yg tgh dlm kesusahan. Ingatkan sesama Muslim tu, adalah kesedaran sikit, jujur bila buat keje. Awak tu cari rezeki, kalau awak buat keje betul2, free2 je dapat berkat pahala apa semua tau tak. Kitorg boleh rekomen korang sebab ramai je member2 yg lalu kat Karak highway tu. Ni tidak!! lagi nak kelentong hidup2. Eeeeiiiiiiiii aku laaaa!!!!!!

Dah la tak solat...nak kata period, dah memang sah2 ko XY.
Radiator buruk second hand yg ko ganti tu ko charge seribu lebih, kipas yg korang kata "rosak tu" ko ganti dgn yg TAK berkualiti.. Tak sampai 24jam, radiator BOCOR balik. Apa hal???!!

Bila tepon, dgn muka TAK MALU dan TAK BERSALAH ko suh tambah lagi kalu nak cari barang baru. Kepala hotak la kan!! Keji keji keji!!
And ko tau tak, with the same unreasonable price yg ko charge giler2 tu, we all blh dpt 4 radiator BARU!
Yes I am totally PISSED!! @$%**)$^%$%!@#$!@#$$^%$
Org mcm ni yg memalukan kaum Melayu... memalukan org Islam!!! Tak tahu la dah berapa ramai org kat highway tu yg korang TIPU. Tak pe... tak pe... walopun tersangat lah marah dan geram sebab kena tipu beribu raban, takpe... what goes around comes around.
Semoga Allah akan membalas perbuatan korang ni dan memberi petunjuk kat korang.
Jadi lepas ni sapa2 yg tersadai kat highway, sebab kereta rosak, janganlah cepat percaya kat pomen2 yg berenti nak tolong. Mungkin ada satu dua yg betul2 ikhlas, tapi zaman sekarang ni, berapa kerat la yg betul2 trustworthy? Ramai yg jenis take advantage org2 yg dalam kesusahan... nak2 pulak kalau dia tgk org tu perempuan. So kena be extra careful. Jangan la cepat percaya kat org.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa dijauhkan dari segala kejahatan.
Amiiiinnn.

Wednesday, May 05, 2010

HaPpY bIrThDaY AiMaN!!!




Happy birthday Aiman..... Pejam celik pejam celik dah pun 3 tahun umur budak kecik ni.. teringat masa aiman dalam perut mama, asyik dok menendang je keje...and rasa mcm baru semalam dok kendong aiman masa aiman baby... sekarang pun still baby lagi... manja!!
Mama doakan semua yg terbaik utk Aiman, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia & akhirat.....
Mama and Babah Sayang Aiman sangat... mmmmmmuuuuuaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Mode: Ketika Cinta Bertasbih




Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu
Dalam kitab ku

Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikan doaku
Dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pinta ku pada Mu Maha Cinta

Sudah di ubun-ubun
Cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadi ku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar
Tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada Mu
Atas segala cinta

Cinta

Ketika cinta bertasbih....

Wednesday, April 21, 2010

The time now is 3.12pm...

****Cuaca****
Sekejap panas... sekejap mendung... sekejap hujan.. tp kat sana tak hujan pun.
Sekejap lapar... masuk dapur. Makan apa yang ada. In the end, makan 2 keping daging burger dgn roti berkulat (what the???)... oh.. ku koyak-koyak buang bahagian roti yg nampak kekulatannya di mata kasar.. Pathetic kah? Hahaha...
Tak apa, mlm nanti kita makan busat (hai meh?). Kita mkn segala jenis sayur berdaun yg berjaya dibeli di pasar malam semalam.

**** Panassss****
Kenapa tak rasa angin kipas nih? Harus letak aircond. Tapi bila?? Kuang3x

****Thought block****
Dapat laa 2 para... pastu haremmm. Layan fb, layan email tak block pulak!

****Anak****
Aiman: Mama nanti birthday Aiman, Aiman nak bicycle yg ada macam motor tuh (sambil buat gaya pegang handle + brake motor)
Mama: Hokeyyyy
Aiman: And then Aiman nak kek car...(hantu kete sungguh)
Mama: Hokeyyyy
Aiman: And then Aiman nak toy car yg biiiiiiiiiiiiig tu. nanti Aiman suruh tok abah beli, dia banyak duit! (errkkkk!!!!)
Mama: Muahahahahahahahaha.... shabash beta, shabash!!!!

Thursday, April 08, 2010

Selamat Tinggal Andak..... (1979-2010)

Jumaat
~ Kenapa satu hari ni rasa tak sedap hati... mungkin sebab mlm semalam bermimpi sedih. Mimpi org yg tersayang meninggal dunia... Mainan tidur aje kot. Tapi dalam hati rasa nak sangat balik kl.....

Sesudah maghrib, tgh melepak2 di rumah... telefon berbunyi. Yati called. Kenapa pulak ni tiba2 je....
"Uder..yati ni. Andak nazak..... diorg tgh buat CPR. Pidot ada kat situ, tgh ajar andak mengucap...."
Ya Allah.... Kau panjangkanlah umur andak...
"ok, nanti uder bgtau Ucu"
Telefon Ucu.... "ucu, tadi yati kol, andak tgh nazak... uder nak balik kl ni"

Hati sebak... Patutlah hari ni rasa lain....
Cepat2 berkemas nak balik KL tgk andak...

Pukul 9 pm.... telefon berbunyi lagi. Yati!!
Dada mula berdebar-debar.... air mata dah mula mengalir di pipi....
Kenapa aku dah dapat agak apa yg yati nak bgtau....
Suara yati sayu...."uder....andak dah takde.........."
"Innalillahi wa innailahi rojiun"
Andak..............tak sempat uder nak jumpa andak!

Sepanjang perjalanan ke kl, jari-jemari sibuk menghantar sms kpd kwn2...menyampaikan berita sedih, Fauzan telah kembali ke rahmatullah..

Kemudian Faizi kol...
"uder, kat mana ni?"
"on the way balik kl..."
"uder......" dia terdiam... mungkin sebak.
"uder dah tahu.... ko kat mana ni?"
"kat simpang pulai lagi....hujan lebat"
"bawak kereta baik2, jumpa nanti... sabar ye Faizi"

*********
Sabtu pagi

Bertolak ke rumah keluarga andak di Rawang. Kereta di kiri kanan jalan, orang pun dah mula ramai. Nampak mcm ada kenduri. Teringat masa kenduri kahwin arwah dulu... mcm ni lah. ramai org... meriah!
Cuma bezanya kali ni bukan hari yg gembira. Semuanya muka berduka...
Aku masuk ke dalam rumah. Berpelukkan dgn mak andak...dgn una... dgn cik odi..
sekujur badan terbaring kaku, ditutup dgn kain putih. Hibanya... org2 di keliling membacakan surah Yassin...
Tak lama kemudian, jenazah diusung ke dalam van, utk dibawa ke masjid berdekatan. Farhan menangis... mungkin dia tgk uminya tidur, takkan bangun lagi... atau mungkin dia menangis inginkan sesuatu.... Farhan kecik lagi...tak tahu apa2....

Jenazah andak dimandikan dan dikafankan di masjid. Ramai kawan2 ukm yg datang memberikan penghormatan akhir kepada arwah..
Sebelum muka andak ditutupi kain kafan, semua keluarga mengelilingi jenazah... memberikan kucupan terakhir buat andak.
Andak, uder pun turut cium dahi andak... sejuknya... pucatnya... cengkungnya...
sedihnya.....
Laju air mata ni mengalir..... sedih tgk anak2 andak mencium pipi uminya utk kali terakhir...

Di perkuburan....
Yati, ateh, fidot pun ada. Kami berpelukkan.
Di tempat persemadian andak sementara menunggu hari kebangkitan seluruh umat.
"ayah, umi kat situ ke?" aku dengar Farhan bertanya pada Faizi.
Imam membacakan talkin.
Selesai semua, farhan dan faezah taburkan bunga di pusara uminya..
bergelak ketawa.... gembira.... ya allah, mereka masih kecil... masih belum faham yg uminya sudah tiada...
Farihin pulak asyik merengek dikendong Una....
Mata Faizi merah, sebak.... kawan2 datang mententeramkan dia.. memberi kata2 semangat utk dia.
Faizi, ko kena kuat semangat... tabahkan hati... demi anak2!

Andak, damailah dikau di sana.....
uder rindu kat andak...
uder teringat masa kita sama2 belajar dulu
teringat masa kita sama2 keje dulu
teringat kali terakhir uder berjumpa dgn andak di hospital....
andak kata "bila la andak dapat jumpa uder lagi, ntah2 lepas ni tak sempat dah..."
Andak....Maafkan uder sebab tak sempat uder nak jumpa andak.
Sudah ketentuan Illahi andak pergi dulu....
Mungkin ini yg terbaik... daripada andak terseksa sakitnya chemo.

Ya Allah, kau ampunilah dosa sahabat ku Fauzan Mohd Hata
Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
Kau letakkan dia di kalangan mereka yang mendapat keberkatan Mu...
Dan Kau kuatkanlah semangat suamianya, Faizi serta anak2nya...
Lindungi lah mereka...semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Al Fatihah utk sahabat tersayang...
Dr Fauzan Mohd Hata (22 Julai 1979 - 2 April 2010)

Tuesday, March 30, 2010

Can I help you miss?

Let me tell you about some of my not so delightful incidents when going to a restaurant/cafe/warung dan yg sewaktu dengannya.

Scene One:
Recent incident @ kedai pizza yg terkenal tu lah:
Dah la service slow, waiter pun sekejap2 dtg tanya nak reconfirm order. Ok so he was a trainee, acceptable lah for his slowness. And then mintak set lain, bawak mai set lain; got an extra drink and bread sticks. I dont mind, infact terima dgn mulut terbuka. But being a Muslim, tak elok la kan mkn benda yg kita tak bayar. Jadi darah daging kita kan. So bila tanya balik the 'real' staff, rupa2nya memang dia tersilap bagi set, but nevermind she said, we can have it for free. Alhamdulillah, rezeki. And then, tgk2 pizza tu pulak was not super supreme! Tak sure pizza amende tapi takpe la, nasib baik sedap aje.
Mkn punya mkn, minum punya minum, baru boyfriend perasan ada anak lipas penyek kat dlm air dia (melekat kat gelas). I was like uurrghhhhh!!!!!! minum dah separuh... aiyaaaaa...... kurang asam sungguh!
When we went to the counter to pay, dah bayar etc, then I told adik counter tu, "Adik, next time sebelum serve air kat customer, make sure gelas bersih. tadi ada jumpa anak lipas dlm gelas. Tak elok la kan."
Naib baik adik tu said, "Mintak maaf ye kak" bla bla bla...
ok fineeeee...

Scene two:
Incident restaurant depan rumah.
Masa ni baru2 je masuk rumah. Saja la testing kat restaurant ni, sebab dekat sgt dgn rumah. We ordered nasik ayam + Milo ais. Bila milo aisnya datang, tgk2 bhgian atas gelas tu mcm errr...not so clean lah. Lepas tu tgh2 dok asyik mkn nasik ayam (dah la ayam kecik) sambil selak2 kulit ayam ittew then...jeng jeng jeng... tidaaaakkkkk... kenapa ada telur lalat??????? why on my plate??
aduuhhh.. mati terus selera nak mkn.
Bila byr kat kaunter tu, I told the guy, nasik ayam tu ada telur lalat lah. Dia pulak mcm blur blur... "huh ye ke? hah tak pe lah, tak payah bayar lah utk nasik tu".
Selamat la u ols kena blacklisted from me hokey!

Scene 3:
This was last year kat uptown bangsar. My brother nak belanja mkn western. Mmg ramai la org kat foodcourt ni. So I ordered sirloin black pepper steak, and my bro ordered T-bone steak with diane sauce. Lupa pulak what my sister and mom ordered tp lbh kurang sama la menunya.
Tungguuu lama then ada la sorang POKCIK TUA ni hantar mknan kitorg, letak2 pinggan terus nak blah. I asked him NICELY lah, "pakcik, yang ni sirloin steak ke?" (sambil point kat pinggan depan mata. Tetiba je POKCIK TUA ni mcm hangen, jawab high tone, "awak order apa tadi???"
"saya order sirloin black pepper steak", i said sambil dlm hati dah mcm apahal org tua ni?
"hah kalau awak order sirloin black pepper, sirloin black pepper lah!"
"tak de la, saya tanya sebab tak tahu, takut tertukar dgn org lain punya order" (masa ni still blh control suara lg)
"saya keje kat sini, saya tau la sirloin black pepper tu mcmana!" org tua tu jawab.
"pakcik, awak mmg patut tau la sebab awak pekerja, saya ni tanya sebab saya ni bukan keje sini!" (start my high tone jugak lah)
"awak mkn je la apa yg awak order tu bla bla bla bla.... dia membebel"
Org keliling dah tgk dah... "WHATEVER LAAA!!" i shouted to him.
Dia pun blah mcm tuh je.
Adooiiii...baranya dlm hati masa tu. mkn pun tak habis, bukannya sedap pun ko masak!
Org tanya baik2, jawab la baik2.. susah sgt ker pakcik!???? Patutnya makin tua, makin wiser la sket. Mcmana org nak respect, kalau awak sendiri tak respect kat orang?
Kedai ni pun selamat dah kena blacklists jugak!!
Menci!

Monday, March 22, 2010

Anak

It happened again!
But this time, alhamdulillah the baby was found alive!
The immorality of these people nowadays...
They ought to be shot dead! hanged alive!
Why do they do such a thing?
Haishhh...... sedihnya bila baca paper, tgk berita kat tv
Hari-hari ada je berita kemalangan maut
Hari-hari pasal baby kena buang
Dah pandai 'buat', pandai pulak buang2.... mcm anak patung
Nak buang pulak, pilih tempat2 yg jijik..
nak 'up' sket, pegi buang kat masjid...
Binatang pun pandai sayang anak...
Ni pulak manusia yg ada otak, tapi tak pakai...
Ada hati, tapi busuk sebusuk-busuknya...
Kalau dah terpreggy, jgn la dibuang baby tu... sebusuk2 hati pun, serah la kat JKM ke, kat orang ke...
Kat luar tu, berapa ramai org yg nak anak, tapi takde rezeki....

******
Tetiba teringat zaman houseman kat Taiping dulu....
Was doing my oncall one day in the labour room.
Came a young girl, heavily pregnant, and in labour.
After the routine history taking and examinations, took her to the labour room.
Later I found out that she was merely 16 yo, had run away from home, came to the hospital with her 'aunty'.
The 'aunty' had already contacted JKM to take away the baby once delivered.
So there she was, in pain. Crying and shouting... Once a while she would call out "mak" when the contraction peaked.
When it eased off, I asked if her husband came along. She said there was no husband. Never was.
And that after the delivery, she wouldn't want to have any connection with the baby.
Sigh.
She had an uneventful delivery. It was a healthy baby girl.
But sadly the young mother refused to look, to hold the baby, even for a second....
She turned away, acting like nothing had happened. Kept asking when can she be discharged.
As if the long 10 hrs of labour pain had meant nothing.
Ya Allah.... I was speechless.
That was 7 years ago... the baby would be all grown up.. and would be in Std 1 this year.
I pray for her well being... Hopefully she is in good hands.
But what become of the mother?
..................

Thursday, March 11, 2010

At this point of time

1Malaysia

It has been ages since I last updated this blog. So many things to do.. and yet so little time (ye ke?).
We have officially left the land down under.
Am missing the scenic view, the courtesy, the honesty, the cleanliness, the environment, the services, cool weather etc.
And now welcoming all the loved ones, good food, great places, hot weather (aduhhh.. kena cari fair & lovely daa)...
not to mention the Msian drivers who never fails to ignore the existence of signal light, 'cilok'ing here and there, driving while amik angin and talking on the hp.
and the list goes on and on... yes.. welcome back to malaysia.
So many things have changed and yet the mentality is still the same. Sigh...

***********

Home Sweet Home

Already 3 weeks in Ktn... almost collapsed when I first saw the house. Terima kasih kpd adik2 bujang dari Kolej Shahputra dan UiTM Ktn... jasa dan peninggalan mu dikenang.
Thank you for all your CRAP!! Thank you for making a MASSIVE mess! Thank you for stealing and breaking stuffs in our house.
Thank you for leaving a soccer ball in the fridge and playing futsal in the house. Thank you for your irresponsibility, your ignorance. Your brainless action clearly shows your stupidity and immaturity. And you guys called yourself college students?? Boooooo Hoooooooo... SHAME on you people!!
I can nag all day long but I'll keep some when the time comes for us to meet again. Just remember, what goes around, comes around. You'll get your share of the deal.. !!@@#%&**#%!!!!

**********
New Home??

Huh.... as if!! Hehehehe..... went to see some of the show units around BIM.
Various personal quotes:
"we should grab this house while we can.... "
"OMG... when can we move??"
" herrkkk... besarnya land area"
"there's a playground! aiman will love it!"
" haaa... nanti kita blh extend the living hall in the future (berangan)"
" yes yes... kita letak chandelier kat atas tu"

but always ended with:
"aiyaaaa.... manyak mahalllllll........"

so in the end... mimpi di siang hari ajer lah... huhuhuhuhuhuhuhu
bila nak banyak pitih nih????

**********

Playschool

Yup, we sent Aiman to a playschool very near to our house. It;s already week 2 now. At first he was very much excited when we told him that he's going to school. "nanti aiman ada kawaan.. ada teacher," he said. Was relieved to see his anticipation.
But I spoke too soon bebeh! It was a hard job getting Aiman to go to school!!!!!! Phewwwww... first day at Taska: melalak menangis sebatu blh dengar!
Sedihnya dengar dia nangis..... rasa nak join nangis skali. But what to do...I had to lah.
To date, he would cry all the way to school.... but alhamdulillah, tak la lama dia cry. separation anxiety je kot pepagi tu. When it's time to pick him up, berseri2 je wajah, happy and smiling. Muka pun kdg2 putih mcm tepung gomak teacher sapu bedak. Hehehehehe....
Cuma this week teacher suruh pick him up a bit early, coz last week Aiman sedih when he saw his friends went back home before him. Wokeh la... no problemo. Demi mu Aiman....muah muah.....
Hopefully Aiman senang la pergi school lepas ni & tak cry2 dah....
Skrg nk tunggu dia lembut hati pakai uniform taska je hehehehe....

****************

Thursday, January 14, 2010

Sayangi dan Bersyukur Pada Suami


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”


Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.


Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:



“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.



ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..



“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

dipetik dari  http://umidanishku.blogspot.com

Sunday, January 10, 2010

The 100th Posting

I've got this from my inbox, just sharing as the 100th posting of the blog. Take a break... relax...

Lawyer's Stupid Questions
Recently reported in the Massachusetts Bar Association Lawyers Journal, the following are questions actually asked of witnesses by attorneys during trials and, in certain cases, the responses given by insightful witnesses:

1. "Now doctor, isn't it true that when a person dies in his sleep, he doesn't know about it until the next morning?"

2. "The youngest son, the twenty-year old, how old is he?"

3. "Were you present when your picture was taken?"

4. "Were you alone or by yourself?"

5. "Was it you or your younger brother who was killed in the war?"

6. "Did he kill you?"

7. "How far apart were the vehicles at the time of the collision?"

8. "You were there until the time you left, is that true?"

9. "How many times have you committed suicide?"

10. Q: "So the date of conception (of the baby) was August 8 th?"
      A: "Yes."
      Q: "And what were you doing at that time?"

11. Q: "She had three children, right?"
      A: "Yes."
      Q: "How many were boys?"
      A: "None."
      Q: "Were there any girls?"

12. Q: "You say the stairs went down to the basement?"
      A: "Yes."
      Q: "And these stairs, did they go up also?"

13. Q: "Mr. Slatery, you went on a rather elaborate honeymoon, didn't you?"
      A: "I went to Europe, Sir."
      Q: "And you took your new wife?"

14. Q: "How was your first marriage terminated?"
      A: "By death."
      Q: "And by who's death was it terminated?"

15. Q: "Can you describe the individual?"
      A: "He was about medium height and had a beard."
      Q: "Was this a male, or a female?"

16. Q: "Is your appearance here this morning pursuant to a deposition notice sent to your attorney?"
      A: "No, this is how I dress when I go to work."

17. Q: "Doctor, how many autopsies have you performed on dead people?"
      A: "All my autopsies are performed on dead people."

18. Q: "All your responses must be oral, OK? What school did you go to?"
      A: "Oral."

19. Q: "Do you recall the time that you examined the body?"
      A: "The autopsy started around 8:30 p.m.."
      Q: "And Mr. Dennington was dead at the time?"
      A: "No, he was sitting on the table wondering why I was doing an autopsy."

20. Q: "You were not shot in the fracas?"
      A: "No, I was shot midway between the fracas and the navel."

21. Q: "Are you qualified to give a urine sample?"
      A: "I have been since early childhood."

22. Q: "Doctor, before you performed the autopsy, did you check for a pulse?"
      A: "No."
      Q: "Did you check for blood pressure?"
      A: "No."
      Q: "Did you check for breathing?"
      A: "No."
      Q: "So, then it is possible that the patient was alive when you began the autopsy?"
      A: "No."
      Q: "How can you be so sure, Doctor?"
      A: "Because his brain was sitting on my desk in a jar."
      Q: "But could the patient have still been alive nevertheless?"
      A: "It is possible that he could have been alive and practicing law somewhere."

Monday, August 17, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Lama blog ni tak berupdate. 'Main Author' nya lebih senang berFB drpd blogging.

Sempena bulan puasa yang bakal menjelma seminggu lagi, saya kepilkan beberapa hadis Nabi berkenaan puasa yang saya dapat dari seorang teman yang juga ustaz di FB. Perlu diingatkan supaya berhati-hati kerana banyak hadis2 palsu atau maudhu' yang sering kita dengar dibacakan apabila tibanya bulan Ramadhan, terutamanya berkenaan fadilat solat tarawih.

Selamat berpuasa!

AzD

**************************************************************

HIMPUNAN HADITH-HADITH SAHIH MENGENAI RAMADHAN

Sekiranya semalam saya berkongsi menghimpunkan beberapa hadith maudhu’ dan dho’if yang popular disebarkan semasa Ramadhan, insyaAllah pada kali ini kita akan menyenaraikan beberapa hadith sahih mengenai fadhilat Ramadhan. Hadith-hadith ini sepatutnya menjadi prioriti kita untuk disebarkan bagi mencetuskan kesedaran rakan-rakan mengenai bulan yang mulia ini.

1.Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ – مَرَّتَيْنِ – وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِّ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ تَعَالىَ مِنْ رِيْحِ اْلمِسْكِ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، اَلصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا [متفق عليه]

“Puasa adalah perisai. Maka hendaklah seseorang tidak berkata (berbuat) keji dan tidak berbuat jahil. Dan bila ada yang mengajak bertengkar atau mencelanya maka katakan: “Sesungguhnya saya sedang berpuasa” – dua kali – Dan demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau misk di sisi Allah. Dia meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya kerana Aku. Dan Aku sendiri yang akan membalas amalan baiknya dan ketahuilah bahawa satu kebaikan dilipatgandakan balasannya sampai sepuluh kali kali ganda” [Muttafaq ‘alaih].

2. Sahl bin Sa’d meriwayatkan yang Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهِ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ : أَيْنَ الصَّائِمُونَ ؟ فَيَقُوْمُونَ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلَوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ. [متفق عليه]

“Sesungguhnya di Jannah ada sebuah pintu yang dinamakan Ar-Rayyan yang masuk melaluinya pada Hari Kiamat hanyalah orang-orang yang berpuasa. Tidak akan masuk seorang pun melaluinya selain mereka, kemudian diserukan, “Manakah orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun berdiri. Tidak ada seorang pun yang akan masuk melalui pintu Ar-Rayyan kecuali mereka. Setelah mereka masuk semua, maka pintu itupun ditutup, sehingga tidak ada lagi yang bisa masuk melaluinya.” [Muttafaqun ‘Alaih].

3. Abu Sa’id Al-Khudri meriwayatkan yang Rasulullah bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِي سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ بَاعَدَ اللهُ بِذلِكَ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا [متفق عليه]

“Tidaklah seseorang berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya dengan puasanya tersebut dari api/nar di hari kiamat, sejauh 70 tahun.” [Muttafaq ‘alaih]

4. Hudzaifah meriwayatkan yang Rasulullah SAW bersabda:
فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ جَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلاَةُ وَ الصِّيامُ وَ الصَّدَقَةُ (متفق عليه)

“Dosa yang dilakukan seseorang kerana fitnah keluarga, harta, atau jiran akan dihapuskan melalui solat, puasa dan sedekahnya.” [Muttafaqun ‘alaihi]

5. Abu Hurairah dan Abu Sa’id Al-Khudri melaporkan yang Rasulullah bersabda :
(( لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ )) [متفق عليه]

“Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan: Jika berbuka dia bergembira dengan berbukanya tersebut, jika bertemu Rabbnya (Allah) dia bergembira dengan (pahala) puasanya [Muttafaqun ‘alaihi, dengan lafaz Muslim].

6. ‘Abdullah bin ‘Amr berkata yang Rasulullah bersabda :
(( الصِّيَامُ و القُرآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ القِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَي رَبِّ إِنِّي مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَ الشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفَّعْنِي فِيهِ؛ يَقُولُ القُرْآنُ: رَبِّ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ فَيُشَفَّعَانِ ))

“Puasa dan Al-Quran keduanya memberikan syafa’at untuk hamba tersebut pada Hari Kiamat. Berkata puasa: “Wahai Rabb, sesungguhnya aku telah menghalanginya dari makanan dan syahwat pada siang hari, maka terimalah syafa’atku untuknya.” Al-Qur`an berkata: Wahai Rabbku, aku telah menghalanginya dari tidur pada malam hari, maka terimalah syafa’atku untuknya. Maka keduanya memberikan syafa’at [Ahmad dan Ath-Thabarani]

7. Abu Hurairah meriwayatkan yang Rasulullah SAW bersabda :
(( ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ : الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ … ))

“Tiga pihak tidak akan ditolak doa mereka: Seorang pemimpin yang adil, seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, dan doa seorang yang dizalimi…” [At-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

8. Abu Hurairah berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
(( اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْـتَـنَبَ الْكَبَائِرَ )) [رواه مسلم]

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat berikutnya, Ramadhan ke Ramadhan berikutnya merupakan penghapus dosa-dosa selama masih meninggalkan dosa-dosa besar”. [Muslim]

9. Abu Hurairah melaporkan yang Rasulullah SAW bersabda :
(( وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ))

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana dorongan iman dan mengharap (pahala) maka pasti Allah ampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. [Muttafaqun ‘alaihi]

10. Abu Hurairah melaporkan yang Rasulullah SAW bersabda :
(( إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ ))

“Jika telah datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu-pintu Jahannam, serta dibelenggu para syaithan”. [Muttafaqun ‘alaihi]

11. Hadith Abu Sa’id Al-Khudri :
(( إن لله تبارك وتعالى عتقاء في كل يوم وليلة – يعني في رمضان – وإن لكل مسلم في كل يوم وليلة دعوة مستجابة )) رواه البزار

“Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan (dari azab neraka) pada setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan sesungguhnya setiap muslim memiliki do’a yang mustajab pada setiap siang dan malam” [Al-Bazzar]

Saturday, June 06, 2009

i dream of X.....

It is now 3am, am helping out azd with the transcribing (but he had already gone to bed, tak pe la..he started his work earlier tadi).

so just a quick entry before i forgot the storyline....jeng jeng jeng!

*******
my dream last night:

suddenly in a place where there were lots and lots of kids....playing with their swords. it sort of looked like a lightsaber...ala yg mcm dlm citer star wars tu..... there were many cubicles.....then suddenly all the children disappeared.
so i asked somebody (tak perasan la sapa) what happened?? where did everybody go?? so this somebody said... the human population has extinct.

waaaaahhhh...mcm citer sci-fi pulak mimpi kali ni....
pastu tetiba je ada scene where people were busy doing something.... i looked around. they were loading their weapons with some kind of bullet.

begini ler kira2nya dialog dlm mimpi tuh:
"apa benda tu?" i asked them.
a somebody (terpaksa panggil somebody sebab tatau pompuan ke lelaki...hehe) said, " ni senapang nk lawan anjing.... anjing tu bukan real anjing... dah kena virus giler apa ntah... so kalu nmpk anjing tu ko tembak la dgn senapang ni"
"apsal bullet tu kaler putih? mana dapat?" i asked that somebody again.
"ni special bullet ni... susah nk cari tau. brand dia 'X'. kalu nk, kena beli kat franklin street nuuuhh," that somebody said and pointed to a junction.

then i looked to that direction, i saw franklin (a supermarket).... but i didnt see any franklin street. so i walked into the supermarket... tetiba je ada kat isle baby food, cari susu aiman....alamak!! susu naik harga lagi!!! cehhh......

end of mimpi....terbangun sebab nak terkucil
muakakakakakakakaaa......................................................

*******

ok la...nak sambung wat overtime
nighty nite everybody!

Tuesday, June 02, 2009

di satu mlm yg sunyi......

Jam dah pukul 3.30am. By this time yesterday, azdie was probably updating his blog...sambil menari pocho-pocho...muakakakaka......... ingatkan dia tgh buat apa pukul 4 pagi smlm, goyang2 depan computer, ghupanya dok hafal steps nak berpocho-pocho. Alkisahnya, tghari tadi masa aiman tgh tido, kitorg beriya menari pocho-pocho depan komputer...hahahahaha...nak tergelak. mula2 tu pening jugak nak ikut, last2 dgn adanya tok guru azd, maka berjaya ikut steps cikgu tudung hijau tu menari...wachaaaa!!! tp kak emy kata, yg tu just the basic steps, ada lg sambungannya....tak pe la, lain tahun la pulak.

So skrg azd dah terbabo. Aiman pulak dah 4 kali mengigau...hopefully tak nangis la. mlm tadi ke rumah kak zurin, solat berjemaah, bertahlil & baca yassin. Ayah kak shikin passed away early this morning. I'm sure it was a total shock for her. Apa2 pun kami doakan semoga kak shikin sekeluarga sentiasa tabah & semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...al fatihah.

Masa mkn2 kat rumah kak zurin tu aiman seronok sakan main dgn syifa, ashraf, iman & ryan. Dok mengusik je kerja dia sambil ikut ashraf. Yg best tu dia panggil syifa, oya...oya (sofea). Laaaa......sofea masih di dlm kotak ingatannya...hehehe... tatau la, sometimes out of the blue tetiba je aiman dok cari2 oya.... oya ane?? ada sekali tu kat dlm toilet, dia nmpk toilet bowl terus ckp oya cing cing.. aiyaaakk..rupanya dia teringat ada sekali tu dia ikut sofea gi pee pee...hahahaha.... mcm laaaa takde benda lain nk ingat aiman ooii...
kdg2 uwin (aunty zurin) pun dia cari jugak. Sampai kena call kak zurin sebab aiman sibuk cari uwin nk borak. ouhh...glamer sungguh kak zurin ni..aka uwin aka aunty judy aka aunty zoey!! hehehe

***aiman mengigau***
"abang...laliii...laliii....(lari..lari)"
-hmm...tu mesti teringat dia dok lari2 ngan ashraf tadi

"cnkslajfgkfkn,z......(tatau apa aiman mumbling...pastu gelak2)

aiman terbatuk.... "mama...maman atukkk"
-gave him susu, abis sebotol then dgn mata tertutup rapat, aiman tersengih sambil kata "laaannn.....laannn.....maman umpa elannnnn (maman jumpa uncle lan)
hehehehe........teringat kat abang lan ghupanya.

****end of mengigau episode***

once upon a time at berrima a few weeks ago.... kak zurin panggil abg lan "sayaaang ... bla bla bla..."
aiman pun dok menyibuk panggil abg lan "sayaaaanggg....sayanggg"
hehehehe.....
mcm parrot daaaa.............
Related Posts with Thumbnails