Salaaamm....
Ye selamat sejahtera puan-puan semua. Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan masak-memasak. Hari ini saya ingin bercerita tentang satu resepi yang baru sahaja saya cuba pagi tadi. Resepi tersebut boleh puan-puan cari di dalam majalah Better Homes and Garden keluaran Mei 2007. Jadi tanpa membuang masa, mari saya perkenalkan nama resepi tersebut iaitu "Caramel and Pecan Swirl". Yeee...agak tergeliat utk saya menaip nama resepi tersebut namun jangan khuatir puan-puan kerana nak membuatnya tidak sesusah mana pun. Yang penting yakin dengan diri sendiri. Hehehehehe....
Asalnya resepi tersebut menggunakan brown sugar utk ditabur di atas doh tersebut. Tetapi saya menggunakan lateral thinking dan sebaliknya menggunakan jam rasberry utk rasa yg lebih uumphh. Perlu dinyatakan bahawa resepi ini tidaklah sama rasanya serta teksturnya seperti mana2 pastry yang biasanya ada dijual di kedai bakery, tetapi rasanya seperti roti. Resepi ini begitu sesuai utk dimakan di waktu petang bersama-sama dengan kopi.
Jadi saksikanlah hasil tangan mak buyung kali ini dan semoga terliur.... Muakakakakaka.....
~elyn~
2 comments:
sedapnyerrr..
mana resepinyer..
ni rajinnya masak..anak pompuan kott. tp x leh kata juga, sbb zmn skrg org lelaki pon terer masak.hehe
uwaaahhhhh amat menyelerakan!!! odar sedozen!
Post a Comment